Isnin, 6 Jun 2011

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


Daerah <b>Hulu</b> Perak « Belum Outdoor Adventure (BOA)

Posted: 21 May 2011 09:05 AM PDT

Daerah Hulu Perak

Mungkin tidak ramai yang mengenali kawasan Hulu Perak secara dekat kerana kedudukan nya yang agak jauh dari Kuala Lumpur kecuali kepada pengunjung-pengunjung Taman Negeri Diraja Belum ataupun yang memandu dari Kelantan ke Baling atau Pulau Pinang. Hulu Perak secara am nya mempunyai 3 daerah, Lenggong, Gerik dan Pengkalan Hulu dan terbahagi kepada beberapa mukim. Pendapatan utama penduduk di sini ialah pertanian, peladangan, perikanan dan juga menjual hasil-hasil hutan.

Lenggong

Lenggong terkenal dengan ikan pekasam, tasik Raban, teh Lenggong, tapak-tapak arkeologi (Perak Man) dan juga gua-gua yang unik. Dengan keluasan 113,725 hektar dan anggaran bilangan penduduk sebanyak 22,161 orang, daerah Lenggong terbahagi kepada 3 mukim, Lenggong, Temelong dan Durian Pipit. Pendapatan utama penduduk kawasan ini adalah pertanian dan perikanan. Lenggong terkenal dengan Pusat Ikan Pekasam negara yang terletak di Tasik Raban.

Tasek Raban ini sesuai bagi yang menggemari sukan air. Kawasan dipersekitaran tasik ini juga disediakan pelbagai kemudahan seperti chalet , taman kanak-kanak, restoran terapung dan pusat khidmat pelancong. Di tasik ini juga sering diadakan sukan air peringkat Negeri Perak sempena Hari Kebangsaan. Di antara acara yang sering diadakan ialah Perlumbaan Perahu Panjang dan Kayak.

Muzium Arkeologi Lenggong atau dikenali sebagai Muzium Arkeologi Kota Tampan terletak di sebuah kawasan bekas ladang Kelapa Sawit di Kampung Kota Tampan, Mukim Temelong, Lenggong dan berada dalam Daerah Hulu Perak iaitu 8 km ke selatan dari Pekan Lenggong dan 2 km dari jalan raya Kuala Kangsar – Grik. Keluasan keseluruhan kawasan muzium ini di anggarkan seluas 8.16 ekar dan yang telah dibangunkan seluas 2 ekar dengan 2 blok bangunan yang mempunyai 2 Galeri Pameran, Pejabat, Bilik Audio Visual, Bilik Mesyuarat dan Bilik Penyelidikan.

Lembah Lenggong mempunyai sejumlah 16 gua, termasuk beberapa yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat tarikan pelancong. Sumber berpotensi ini akan menerima sambutan baik terutamanya daripada pelancong yang berminat kepada aktiviti meneroka gua dan sejarah zaman purba. Di antara gua-gua yang berpontensi termasuklah Gua Kajang (dimana terdapat tulisan zaman purba) dan Gua Gunung Runtuh (tempat dijumpai tulang-tulang "Perak Man"). Kota Tampan merupakan satu kawasan tarikan arkeologi di mana tinggalan zaman "Paleolitic" telah dijumpai. Di bahagian utara daerah ini juga terdapat gua batu kapur di Bukit Damar.

Antara tempat-tempat menarik di Lenggong ialah:

1. Tasik Raban
2. Muzium Arkeologi Kota Tampan
3. Lata Kekabu
4. Gua-gua bersejarah
5. Ladang Dragon Fruit
6. Ladang Rusa Chuas & Luat
7. Ladang Teh dan Rossele
8. Pusat Lumba Motorcross
9. Homestay Kampung Beng

Gerik

Gerik terkenal dengan Taman Negeri Diraja Belum yang menjadi ikon eko-pelancongan negeri Perak. Dengan keluasan 219,127 hektar dan anggaran penduduk seramai 69,800 orang, daerah Gerik terbahagi kepada 5 mukim, Gerik, Kerunai, Kenering, Belum dan Temenggor. Pendapatan utama penduduk di kawasan ini ialah pertanian, perladangan, perniagaan, perikanan dan pendidikan.

Keunikan Taman Negeri Diraja Belum dengan pelbagai habitat flora dan fauna yang menakjubkan berhubung kait dengan lagenda asal Belum. Nama Hutan Belum diambil daripada nama asal perkampungan Melayu iaitu Kampung Belum Lama meliputi enam perkampungan kecil.

Hutan Belum yang diwartakan sebagai Taman Negeri Perak telah diisytihar semula sebagai `The Royal Belum' oleh DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak pada bulan 31 Julai 2003. Ia berkeluasan 117,500 hektar, terletak di Daerah Hulu Perak bersempadan dengan Taman Negara Halabala, Thailand di bahagian utaranya. Kawasan ini hanya boleh dihubungi melalui pengangkutan air dari Pulau Banding yang mengambil masa sekitar satu jam setengah.

Tasik Temenggor merupakan tasik buatan manusia terbesar di Perak yang terletak lebih kurang 35km ke utara timur Gerik dan meliputi kawasan seluas 15 200 hektar. Pengunjung yang terutamanya pencinta alam akan terpegun dengan keindahan dan kecantikan flora dan faunanya. Disini juga terdapat sebuah perkampungan kecil orang asli. Tasik ini juga amat sesuai kepada mereka yang meminati aktiviti memancing.

Antara tempat-tempat menarik di Gerik ialah:

1. Lata Ulu Lawin
2. Pualau Banding
3. Taman Negeri Diraja Belum
4. Tasik & Empangan Temenggor
5. Kampung-kampung Orang Asli
6. Dataran Kuala Rui
7. Air Beruk
8. Lata Pinang
9. Empangan Pong
10. Batu Hampar
11. Taman Rafflesia Kampung Bongor
12. Dataran Pengkalan Buaya
13. Hutan Simpan Pulau Tali Kail
14. Gunung Kenderong, Kerunai, Chamah, Basah dan Sepat

Pengkalan Hulu

Pengkalan Hulu atau nama lamanya Kroh terkenal dengan banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Keindahan flora dan faunanya sememangnya memukau sesiapa sahaja yang berkunjung ke tempat-tempat pelancongan di sini.

Pengkalan Hulu pada dahulunya dikenali sebagai Kroh. Sejarah nama Kroh bermula dengan sebuah sungai kecil yang mengalir melalui kawasan ini. Sungai yang mengalir ini berpunca dari sebuah kampung yang bernama Selarong. Selarong bermaksud 'denai gajah' dalam bahasa Arab. Sungai ini menjadi tempat mandi dan berkubang gajah-gajah kepunyaan Raja Reman yang bilangannya menjangkau ratusan ekor. Bagi memudahkan gajah-gajah tersebut mandi, Raja Reman telah memerintahkan agar empangan dibina untuk membendung air. Aliran sungai yang diempangkan itu menjadi sebuah tasik kecil dengan keadaan airnya yang sentiasa keruh. Disebabkan itulah bandar ini telah dinamakan sebagai Kroh pada masa dahulu.

Pada 4 Januari 1984, semasa pemerintahan Sultan Perak ke-33 iaitu Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah (Sultan Idris Shah II), baginda telah berkenan meminda nama Kroh kepada Pengkalan Hulu kerana tempat ini menjadi tempat persinggahan apabila baginda berangkat ke daerah Hulu Perak.

Kini, tinggalan tasik kecil tersebut telah dibangunkan oleh pentadbiran daerah sebagai taman rekreasi yang dinamakan Taman Tasek Takong. Kaitan antara gajah dengan nama Kroh juga telah diabadikan menerusi logo Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan.

Antara tempat-tempat menarik di Pengkalan Hulu ialah:

1. Bukit Sejuk
2. Dataran Gading
3. Kem Motivasi & Rekreasi Gua Gendang
4. Lata Kasut
5.. Kolam Air Panas
6. Lapangan Golf Pengkalan Hulu
7. Lata Sungai Hitam
8. Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic
9. Kelian Intan
10. Kompleks Bebas Cukai Pengkalan Hulu / Betong

Artikel oleh Belum Outdoor Adventure

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan