Sabtu, 25 Jun 2011

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Puakajoran.blogspot.com: Santai <b>di</b> Sungai <b>Trolak</b>

Posted: 05 Jun 2011 07:44 PM PDT

Lama rasanya tidak terlibat dengan aktiviti sungai. Masa yang tidak mengizinkan, ditambah pula dengan cuaca yang tidak menentu. Khabar yang saya terima semalam, ketika ini rakan-rakan sedang berpesta sepit biru di Ulu Basir. Cuaca panas dan kering menjadikan udang galah, galak menjamah umpan. Saya belum berkesempatan untuk ke lokasi. Begitu juga rakanpuakajoran yang lain. Musim cuti sekolah begini banyak undangan perkahwinan yang diterima. Musim cuti ini juga digunakan untuk aktiviti "rehlah" bersama-sama keluarga.

Di kesempatan ini saya paparkan aktiviti Pak Su @ Cepoi . Nazri @ Mat Proton dan komplotnya sedang menghabiskan masa beraktiviti di sungai Trolak. Aktiviti selepas banjir. Masih ada lagi lampam yang menghuni sungai yang telah dicuci dan ditarah dasarnya ini.



 Sebarau masih boleh didapati di sungai Trolak.













 Tilan juga ada di sungai ini.



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan