Sabtu, 9 Julai 2011

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


<b>DI</b> BALIK PINTU: Musibah Terhadap Sahabatku Ismail- Sg <b>Behrang</b>

Posted: 19 Jun 2011 04:05 AM PDT

Al-Fatihah...

KUALA KUBU BHARU 18 Jun – Dua beradik maut, manakala empat lagi ahli keluarga termasuk ibu mereka yang sarat mengandung lapan bulan cedera parah setelah van dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 46, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Batang Kali, di sini, tengah malam tadi.


Kejadian berlaku pukul 12.40 tengah malam semasa mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah di Sungai Behrang, Perak, setelah membeli-belah di sebuah pasar raya di Rawang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Suprintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, kemalangan berlaku apabila van dinaiki enam sekeluarga itu tiba-tiba hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

Beliau berkata, van itu kemudian terbabas melintang jalan dan pada masa sama sebuah lori dari arah bertentangan gagal mengelak lalu merempuh bahagian sisi kiri kenderaan tersebut.

"Rempuhan kuat menyebabkan dua beradik itu yang duduk di bahagian belakang iaitu Nurfarahanim Ismail @ Sanadi, 18, dan Muhamad Danial, 5, tercampak keluar.

"Nurfarahanim maut di tempat kejadian akibat cedera parah tersepit di bawah tayar kenderaan, manakala Muhamad Danial meninggal dunia di hospital kira-kira pukul 2 pagi ini," katanya di sini, hari ini.


Beliau berkata, bapa mangsa, Ismail @ Sanadi Othman, 45, dan ibu mereka, Noraida Abd Rahman, 39, pula mengalami kecederaan parah.


Katanya, turut cedera parah ialah dua lagi adik-beradik mangsa iaitu Norzarie Sopiah, 7, dan Mohd. Haikal Ismail berusia lebih setahun.

Tambahnya, empat beranak terbabit kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

"Semasa kejadian, sebuah kereta yang mengekori belakang van mangsa, dipandu oleh seorang lelaki, Chang Sun Fei, 30, turut terbabas dan merempuh saluran paip di tepi jalan semasa cuba mengelak daripada merempuh belakang kenderaan berkenaan.

"Sun Fei dan pemandu lori, Jamali Mokhtar, 45, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Sementara itu, menurut salah seorang anak Ismail, Muhd. Yusuf, 21, memberitahu, sebelum kejadian, ibu bapa bersama empat adiknya termasuk Nurfarahanim dan Muhamad Danial sempat singgah di rumahnya di Bandar Sungai Buaya di sini, setelah membeli-belah di pasar raya di Rawang.

"Mereka pergi ke pasar raya tersebut untuk membeli barang-barang sekolah Nurfarahanim yang akan memasuki tingkatan enam di Sekolah Menengah Khir Johari, Tanjung Malim, Perak dan persiapan menyambut adik ke-11 yang bakal dilahirkan ibunya, Ogos depan," katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini.


Menurut Muhd. Yusuf, semasa di rumahnya, Nurfarahanim sempat meminjam telefon bimbitnya untuk menghubungi rakan dan tidak menyangka pertemuan tersebut adalah kali terakhir antara mereka.


Katanya, jenazah kedua-dua adiknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Sungai Behrang selepas solat Zohor hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warisan Bengkulu: Usuran Bengkulu Serawai <b>di Behrang</b>

Posted: 22 Apr 2011 01:26 AM PDT

Usuran ni kalu ngikut ughang tuo2 dulu...bercerita pasal salasilah keluargo.... dulu maso aku keciak2 kalau ada ughang2 tuo kawan No aku...memang rajin beusuran bilo berayak ke ghuma... terimo kasiah Amok anak Do Karim ngenjuak salasilah keturunan Dayat dengan Dukat yang ado di kawasan Behrang, ini termasuak la No aku dulu.. aku bertanyo mak aku...No dengan Nang aku betemu di mano dalam salasilah ni... kicek mak aku...di Puyang Sapu Jagat... kalu nido keruan, Puyang Sapo Jagat ni tino...tapi pahlawan gerut.... banyak ilmu Sakti ooo... bak Sapu Jagat Lang Simbar... itu namo panggilan oo baie...nama nenian ooo nido keruan... ughang ngelar oo Sapu Jagat pasal bilo dibunuah Belando...palak oo keno keghat....masiah buliah megang pisau dengan gigi... palak ooo baie melayang.... itu cerito ughang tuo2 dulu la... ta nian ta nido Allahu A'lam.... zaman puyang2 kito belum berugamao Islam lagi...

Puyang Lang Simabr ado 2 anak....Sapu Jagat anak tino...kelawai sapu jagat namo Seramin.. Seramin ni 2 bini... sughang Rajimin... sughang lagi Sinjan... Rajimin ni la asal usul keturunan Dukat dengan Dengan Dayat yang bertaburan di daerah Kg. Padang/Kg. Masjid/Kg. Paya Lebar....

Dukat ado 6 ughang anak.... Badurama, Ali Rama (Hj. bakar), Siri Arip, Siti Adip, Tisip dengan Siti Asip.... anak2 Badurama nyola keturunan Wak Una mak cikgu Baim...ramai yang duduak di Sg Choh, mak aku nido keruan... Ali Rama ni keturunan Moyang pada Cikgu Sima, Wak Pui, Wak Jambul, Wak Khalik, Wak Jadi, Wak Tawal mak Ust Yusup, Mak Wo Katik (bini arwah Hj. Nor), Wak Binap, Wak Watab.
 Siti Arip ni moyang aku. Nek aku Siti Awas ado 2 begading... sughang lagi Siti Lias, mak Wak Sai Kelan, Cik Sara gegalo tu la...
Anak beganak Siti Adip tu bak Wak Peli, sudo tu Daisa niniak Do Agok, Din Ayam, Zam dll tu.... Anak beganak Tisip tu Datuk Mana, Datuk Janok....yg lain2 aku nido keruan
Sudo tu sughang lagi anak Dukat Siti Asip ado anak namo Awaludin tapi nido datang ke Malaya.
Sudo tu pulo yang sebelah Dayat ado 5 begading, Haisarah, Rajib, Sidip, dengan Meraip (Hj. Karim).
Anak beganak Rajib arwah Datuk Nawas dengan arwah Datuk Junas. Anak Sidip antaro o Primas, mak Wak Jalal lanang. Haisarah dengan Meraip (Hj. Karim) mak aku nido kenal anak beganak oo...
sudo ni aku nak muat eluak2 usuran sebelah Nang aku pulo.... 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan