Rabu, 27 Julai 2011

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


Raja Dr Nazrin rasmi SMK Bandar <b>Behrang</b> 2020 | peraktoday.com

Posted: 11 Jul 2011 11:20 PM PDT

Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan SMK Bandar Behrang 2020, dekat Tanjung Malim yang dibina dengan kos RM22 juta dan beroperasi sepenuhnya sejak September tahun lalu.

Dibina atas tapak seluas enam hektar, sekolah kategori luar bandar itu merupakan salah satu mercu tanda di Bandar Behrang 2020 dan kini mempunyai lebih 600 pelajar termasuk dari etnik Orang Asli.

Majlis perasmian itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Adun Behrang; Jamaluddin Mohd Radzi, Adun Slim; Datuk Khusairi Talib serta Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Rauhi Mohd Isa.

Ia juga bersempena sambutan ulangtahun keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ke-83, tahun ini.

Terdahulu, Zambry dalam ucapannya berkata, pendidikan adalah pemangkin utama bagi meningkatkan kehidupan rakyat dan jika masyarakat terpinggir daripada arus pendidikan, mereka akan menjadi masyarakat yang mundur dalam serba-serbi.

"Sejarah perabadan hebat juga membuktikan kejayaan sesebuah negara tidak dibina atas kekuatan tentera tetapi disebabkan oleh penguasaan ilmu.

"Perak juga pernah menikmati dan mengecapi zaman gemilang dengan kewujudan Sultan Idris Training College (SITC) yang kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana berjaya melahirkan golongan cendiakawan dan pemimpin berkaliber," katanya.

Tegasnya lagi, hasil liberalisasi turut membuka seluas-luasnya peluang kepada mana-mana pihak untuk melibatkan diri dalam bidang pendidikan secara komersial dengan penyertaan sektor swasta.

Sementara itu, pembukaan SMK Bandar Behrang 2020 kata Zambry, diharap dapat melahirkan modal insan yang cemerlang yang bakal menentukan masa depan negara.

Dengan kemudahan dan insfrastruktur terbaik, pihak ibu bapa, guru dan pelajar harus mempunyai iltizam dan tekad untuk menjadikan ilmu sebagai bekalan hidup di masa depan, katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, kawasan Tanjung Malim juga tambahnya, amat berpotensi untuk berkembang pesat kerana bersempadan dengan Selangor yang memberi kelebihan dan kebaikan tersendiri kepada Bandar Behrang 2020.

Katanya, kawasan itu menikmati perkembangan pesat kerana mendapat limpahan ekonomi dari Lembah Klang serta ciri dwifungsi iaitu sebagai bandar automatif dan bandar universiti.

"Dengan rangkaian jalan yang baik termasuk Lebuhraya Utara Selatan serta perkhidmatan keretapi, kawasan sekitar Tanjung Malim dan Proton City ini dijangka mengalami pembangunan pesat.

"Menjelang 2020, kita jangka kedua-dua kawasan ini akan menjadi bandar yang serba maju dan moden," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan