Khamis, 21 Julai 2011

07 di beruas - Google Blog Search

07 di beruas - Google Blog Search


Nelayan, antara tiga penerima bantuan baikpulih rumah <b>di</b> Parlimen <b>...</b>

Posted: 06 Jul 2011 06:33 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Di bawah program Jelajah One Malaysia (JOM) yang diperkenalkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO, Abdullah terpilih menjadi salah seorang daripada tiga penerima program baikpulih rumah di peringkat Parlimen Beruas. ...

&#39;Dinosour&#39; Melayu | Pribumi Perkasa Negara

Posted: 17 Jul 2011 08:14 AM PDT


Beruas,Perak 17Julai 2011: Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali hari ini mencemoh editor akhbar "the Star",Wong Chun Wai kerana menggelarnya sebagai "dinosaur politik".Jadi, saya ingin memberitahu Wong Chun Wai, anda boleh menulis dan memperbodohkan orang lain tetapi tidak "dinosaur" Ibrahim Ali."

Dalam SMS kepada unit media, Dato Ibrahim berkata, Saya begitu berbangga menjadi 'Dinosour' Melayu yang akan melindungi dengan apa sahaja daripada mereka yang cuba hendak menulis 'kontrak sosial' yang baru untuk Malaysia, iaitu Persekutuan Tanah Melayu.

'Dinasor' adalah binatang purba pra sejarah yang paling besar dan di geruni di era dan sezamannya.

Presiden Perkasa yang terkenal dengan suara pembakar jiwa dan semangat orang Melayu mengulas kolum tulisan Wong yang disiarkan hari ini yang bertajuk 'Talk less listen harder'.

Didalam kolum tersebut Wong menulis: "Kita tidak berminat dengan bangunan 100 tingkat, pertelagahan bodoh politik, sama ada isteri perlu taat kepada suami mereka di bilik tidur atau kecaman perkauman dari 'dinosaur' politik seperti Ibrahim Ali dari PERKASA."

Menjawab tulisan tersebut, Ibrahim Ali berkata: "Maaf, saya juga tidak berminat dalam kecaman perkauman dari kolumnis bapa buaya seperti Wong Chun Wai dari Star."

Beliau mendakwa Wong menulis mengenai perkara-perkara yang sensitif dan secara halus cuba untuk memusnahkan negara dan "perlembagaan asasnya".

Sambil memberi amaran kepada Wong supaya menjaga pelakuannya dan menjadi seorang rakyat Malaysia yang baik, Dato Ibrahim Ali menambah, Saya begitu berbangga menjadi 'Dinosour' dan 'Jangan cuba meminta lebih-lebih. Cukup-cukuplah."

Sementara itu di Beruas Perak,YB Dato Ibrahim Ali telah memberikan ucaptama dan seterusnya merasmikan mesyuarat Agung Perkasa bagi negeri Perak yang mana telah di hadiri lebih 1200 orang Jawatankuasa dari seluruh daerah daerah dari negeri Perak.

Para hadirin berdiri sambil menyanyikan lagu Negara Ku dan Lagu Perkasa..

Turut hadir di Majlis yang di adakan di Dewan Indrawati,Bruas,Perak, ialah Ketua UMNO Bhg. Beruas Dato Hj Abd. Manaf B. Hashim sebagai tetamu jemputan, Setiausaha Agung Perkasa Tuan Syed Hassan Syed Ali, Dr Marzuki ( Bendahari), Sdr. Zaini Ahmd ( YDP Perak),Sdr Abu Bakar Yahya ( ADT) Sdr Abdullah Mansur (YDP Selangor), Tuan Syed Osman ( YDP Kedah), Sdr Irwan Fahmi ( Ketua Wira) dan Sdr Zaizul ( Pen. Setiausaha Agung/ Tim. Pengerusi Perak).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan