Sabtu, 23 Julai 2011

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Blog Suam Kuku: Perjalanan Hidupku <b>Di</b> IKM <b>Lumut</b> (Sem 3)

Posted: 03 Jul 2011 01:58 AM PDT

Ini lah Sem terakhir aku di IKM Lumut Perak. Macam macam jadi kat aku kalau korang baca time aku Sem 1 dan Sem 2. Tapi kali ini aku tak duduk kat dorm lama, aku da pindah bilik.Aku duduk dengan member yang satu kepala dengan aku jer lebih kurang dalam 7 orang 1 bilik. Yang paling best bilik itu sangat sejuk di malam hari dan sangat panas di siang hari.
Sem ini aku pulun sakan belajar. Aku pun tak taw perubahan drastik datang kat aku.Tugasan hantar awal nak dapat A la katakan.Yang paling aku minat belajar Computer Architecture. Kat bawah nie aku list kan ape yang jadi kat aku sepanjang Sem 3 nie..
  • Sem paling best sebab dapat kawan kawan yang gila dan satu kepala.
  • Bilik aku ada telebisen sebab member aku bawak dari rumah, rumah die dekat je pon.
  • Makan petang aku masih tak turun gak.
  • Puasa dengan kawan kawan ( puasa ker?? )
  • Berbuka sejam awal. 
  • Paling tak suka buat electronic kena solder lagi, benda tue yang aku lemah,aku orang paling akhir keluar dari dewan peperiksaan.
  • Sem ini aku selalu balik kampung.
  • Aku belajar pasal OS Debian.
  • Sem 3 ini sorang dapat 1 komputer, spec pun best, jadi hari-hari 1 kelas aku main D.O.T.A dengan  game Bola ramai-ramai, Seronok gile,
  • Sedih sampai aku menangis bila berpisah dengan member 1 dorm, 1 kelas. Yelah dah duduk 1 tahun 6 bulan dengan diaorang. Aku nagis.
  • Sehari sebelum cuti sem, ada exam yang paling susah pernah aku buat exam network,berkenaan dengan Linux dengan Windows Server 2008. Malam sebelum exam tue tangkap-tangkap gambar konon buat kenangan, amik gambar lompat-lompat. Nak dijadikan cerita member aku lompat dari katil terpijak kaki aku. Gila babas sakit macam patah jer aku rasa, badan da macam Bob Kuman, Keesokannya terpaksa aku amik exam dengan kaki sakit.
  • Belakang dorm aku ada budak mati sebab sawan.
  • Kan aku pernah cerita aku Berkasih-kasihan dengan budak Sem 3 Course aku time aku Sem 1, da putus da. Lepas Sem 3 nie aku Berkasih-kasihan pulak dengan kawan sekelas die, satu course gak. Tapi sekarang tak ada lah. Ish-ish pe nak jadi kat aku kan.
  • Sem paling penat sebab kena bertukar-tukar kelas.
  • Family aku tak pernah amik aku kalau cuti Sem, selalu balik naik bas jer.. Kadang-kadang terasa gak.
p/s : Terima kasih kepada Lecture yang sudi mengajar En.Zul, En.Lan, En.Kharizan, En.Syuk, Pn.Lin.Terima kasih sangat-sangat dan kepada kawan-kawan IKM, aku rindu korang, maafkan aku kalau ada buat salah kat korang semua..
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan