Isnin, 11 Julai 2011

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


AKU DAN KEHIDUPANKU: Aku <b>di</b> Zoo <b>Taiping</b> & Night Safari

Posted: 20 Jun 2011 05:31 PM PDT

Zoo Taiping terletak disebelah Tasik Taiping aje.
Night Safari bukak pukul 8 hingga 11 malam.
Tapi pukul 7 aku dah sampai.
Satu jam aku kena tunggu mereka bukak pintu kandang.

Malam itu,
akulah customer no 1 mereka.
Pengunjung tak ramai sebab bukan musim cuti sekolah.
Mereka kata kalau musim cuti,
tak menang tangan nak melayan pengunjung.
Tiket mahal jugak iaitu 16 ringgit untuk dewasa 10 ringgit untuk kanak2.
Adakah ianya berbaloi?

Dapat tiket aku terus naik tram.
Pusing keliling zoo selama 40 minit.
Tengok tabiat haiwan2 di waktu malam.
Walaupun pakai kamera DSLR,
tak banyak gambar yang boleh aku ambil.
Tak boleh guna flash.
Tak boleh guna tripod.
Jadi, tak satu haiwan pun yang dapat aku potretkan.

Pada aku, mereka kena upgrade penerangan yang diberikan.
Bukan setakat beritahu nama haiwan aje.
Beritahu juga serba sedikit pasal tabiat haiwan2 tersebut.
Setakat beritahu disebelah kiri adalah kandang harimau,
aku pun boleh cakap begitu.
Beritahulah ada berapa ekor harimau, berapa usia mereka,
dah berapa orang manusia yang kena terkam, dsbnya.

Zoo Taiping memang cantik dan menarik.
Landskapnya seperti dalam hutan.
Kandang haiwannya luas dan kelihatan semulajadi.
Haiwan2nya pun sihat2 belaka.
Betul kata orang.
Zoo Taiping 10 kali lebih menarik banding Zoo Kuala Lumpur.
Juga 100 kali lebih luas banding Zoo Saleng di tempatku.

Pukul 11 malam aku tiba di hotel semula.
Berakhirnya hari pertama percutianku.
Esok sambung lagi...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan