Isnin, 18 Julai 2011

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


<b>Taiping</b> Mali: Hampir 80 warga Bangla hilang tempat tinggal <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 15 Jul 2011 06:07 AM PDT










Pagi tadi kira-kita jam 11.00 pagi telah berlaku satu kebakaran bangunan kedai dua tingkat di Taman Kota Jaya, Pekan Simpang, Taiping Perak.

Kebakaran tersebut menyebabkan hampir 80 pekerja Bangladesh hilang tempat tinggal dan harta benda mereka termasuk wang tunai yang berjumlah puluhan ribu ringgit.

Kesemua warga Bangla tersebut adalah pekerja di kilang sarung tangan Comfort Rubber Glove. Mereka dijangka akan balik ke negara asal dalam tempoh 3 bulan lagi kerana tamat permit.

Tiga buah jentera bomba dari Taiping dan Kamunting telah berjaya memadamkan kebakaran daripada merebak ke bangunan lain.

Kebakaran tersebut kemungkinan besar berpunca daripada peralatan elektrik atau sambungan yang terlalu banyak. Sebahagian pekerjanya tiada dipremis tersebut kerana bekerja di kilang dan yang tinggal ialah mereka yang baru pulang dari syif malam yang tamat jam 7.00 pagi.

Kebakaran tersebut menyebabkan kerosakan besar pada bahagian atas bangunan tersebut dan kesemua pekerja yang berada ditingkat atas dan bawah berjaya menyelamatkan diri.

Persoalan yang perlu dijawab oleh majikan dan pemilik premis tersebut ialah,  adakah bangunan tersebut mendapat kelulusan PBT untuk dijadikan asrama yang menempatkan hampir 80 penghuni.

Adakah pihak insuran akan membayar ganti rugi kepada pemilik bangunan tersebut?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan