Jumaat, 1 Julai 2011

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


Masih ku Ingat: Singgah <b>di Teluk Intan</b>

Posted: 27 Jun 2011 05:41 AM PDT

Minggu lepas, aku pergi ke Teluk Intan, Perak. Sesampai di Teluk Intan, hari telah hampir malam. Aku terus check in di Grand Court Hotel yang baru beroperasi. Menurut pekerja hotel tu, premis ini baru dibuka pada bulan April lalu. Rate biliknya tak mahal, selepas discount, bilik twin sharing cuma RM102 sahaja.

Selepas berehat dan membersih diri, aku keluar ke pusat bandar mencari makanan. Pusing-pusing mencari tempat makan, akhirnya berhenti dekat menara condong Teluk Intan. Ada banyak gerai makan kat situ.

 Semasa makan, aku perhatikan pemandangan menara condong itu cukup cantik dengan lampu yang berwarna-warni. Orang Teluk Intan panggil menara condong ni "Jam Tinggi"

Rupa-rupanya warna lampu pada menara itu bertukar warna setiap minit. Dari warna biru bertukar kuning, kemudian merah dan hijau. Menurut cerita, menara yang berciri binaan Cina ini dibina pada tahun 1892.

Menurut cerita lagi, selain terdapat jam besar ,terdapat juga tangki air di atas menara ini. Namun begitu tangki air itu tidak berfungsi lagi buat masa ini. Manakala jam besar masih berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit. 


Dari luar, menara ini nampak seperti 8 tingkat, tapi yang sebenarnya cuma 3 tingkat sahaja. Kita boleh naik menara ini tetapi pada waktu siang sahaja,malam tak boleh naik. Nampaknya tak dapat nak naik menara ni kerana esok dah nak balik!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan