Rabu, 3 Ogos 2011

07 di bagan serai - Google Blog Search

07 di bagan serai - Google Blog Search


Masalah Pesawah <b>di Bagan Serai</b> dapat perhatian kerajaan <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2011 06:30 PM PDT

Kira-kira RM 300 juta diperuntukkan bagi membuat kajian berkaitan masalah sistem pengairan yang dialami lebih 8,000 pesawah di sekitar Bagan Serai.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata melalui kajian tersebut kerajaan akan mengenalpasti pendekatan terbaik yang boleh digunapakai dalam usaha memastikan pesawah di kawasan itu mendapat hasil pertanian yang baik setiap bulan.

Dalam pada itu, beliau juga meminta Kementerian Pertanian untuk mengemukakan hasil kajian berkenaan yang dijangka siap hujung tahun ini.

"Kita tahu pesawah disini telah mengalami masalah berkaitan pengairan ekoran dari projek ikan arowana di sekitar Tasek Merah sehingga ia telah menjejaskan hasil tanaman mereka.

"Bagaimanapun kerajaan tidak akan dapat menyelesaikan masalah itu sekelip mata…ini kerana masalah berkenaan perlu diberi penelitian terperinci dalam setiap aspek selain menggunakan kos dan jangka masa yang agak panjang.

"Saya percaya apa pun jalan penyelesaian yang akan kita dapat nanti…akan kita usahakan secara berperingkat.

Muhyiddin berkata demikian pada majlis perjumpaan Timbalan Perdana Menteri Bersama Pesawah di Kampung Parit Haji Kassim, semalam.

Dalam pada itu beliau juga menasihati pesawah supaya tidak menggunakan konsep 3T (Tanam, Tinggal dan Tuai) kerana ia akhirnya hanya akan mengurangkan pengeluaran padi negara.

Sebaliknya, beliau meminta supaya pesawah menggunakan kaedah estet padi dengan membenarkan tanah mereka dimajukan oleh syarikat besar memandangkan ramai penanam padi sudah berusia.

"Anak-anak mereka tak minat nak teruskan jadi petani padi. Ini menyebabkan kawasan penanaman padi semakin lama semakin kurang sedangkan kita nak kekalkan pengeluaran kita sebanyak 70 peratus daripada kegunaan.

"Kalau kita banyak import akhirnya akan membebankan kita juga. Jangan biar tanah sawah terbiar. Kalau kita boleh tumpu cara ini (estet padi), tak perlu tumpu kepada kerja-kerja sawah," katanya

Muhyiddin berkata masalah yang sering diutarakan oleh para penanam padi adalah masalah air tetapi ada kawasan-kawasan yang tidak berhadapan dengan masalah itu masih menghasilkan pengeluaran padi yang rendah

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Projek RBW Perkongsian Ke-2 <b>di Bagan Serai</b> - Projek Sarang Burung <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2011 12:54 AM PDT

Buat makluman tuan/puan,
Projek Rumah Burung Walet (RBW) ke-2 akan diadakan di Bagan Serai (bersebelahan rumah mak saya) dan bukan di Kuala Kurau seperti yang dicadangkan sebelum ini kerana masalah tanah yang belum selesai.
Buat makluman semua.. perkongsian rumah kedua sudah mencapai RM185k dan baki yang tinggal cuma RM15k sahaja lagi. Sekiranya masih ramai peserta berminat.. keluasan @ panjang rumah tersebut akan ditambah kepada 80' @ 100' dan pintu masuk burung akan dibuat 2 bahagian.. tkasih

Kepada yg berminat untuk menjadi rakan kongsi sila hubungi sy segera kerana projek telah dimulakan (tambak tanah) dan pembinaan akan dibuat dalam masa terdekat.. harap maklum

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Perisik Rakyat®: Sekitar Ceramah MB Ir Nizar <b>Di Bagan Serai</b> <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2009 01:14 AM PST

Malam tadi di Markaz Tarbiyah PAS Bagan Serai, berlangsung Ceramah Perdana Isu-isu semasa oleh YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar.

Majlis dimulakan tepat jam 9:30 malam dengan ceramah pembukaan dan suntikan semangat oleh pengerusi majlis.

YAB Menteri Besar Dato' Seri Ir Nizar tiba lebih kurang jam 9:40 malam dan disambut dengan laungan takbir dari para hadirin yang membanjiri kawasan ceramah.

Majlis semalam dianggarkan telah menarik lebih kurang 3000 audience yang telah memenuhi kawasan sekitar Markaz Tarbiyah PAS seawal waktu maghrib sebelum memulakan solat Maghrib berjemaah disusuli denagn solat Isyak berjemaah di masjid bersebelahan Markaz Tarbiyah PAS Bagan Serai.

Deretan gerai-gerai para peniaga kecil juga dipenuhi dengan para hadirin yang mengambil kesempatan mengalas perut masing-masing sementara menunggu majlis bermula.

Apa yang paling menarik dalam majlis semalam ialah bilamana ia berjaya mengumpul audience dari berbagai kaum dan agama di bawah satu bumbung. kelihatan masyarakat dari kaum Cina dan India tidak segan silu memenuhi dewan ceramah dan tanpa rasa takut atau segan, mereka memenuhi barisan hadapan deretan pendengar ceramah.

Tahniah Pakatan Rakyat kerana berjaya menyatukan semua kaum tanpa paksaan dan bayaran dibawah satu bumbung diatas satu nama - PERPADUAN...!!!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan