Isnin, 29 Ogos 2011

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


YB Dato Hamidah Teruskan Ziarah Ramadhan <b>di</b> Hospital <b>Batu Gajah</b>

Posted: 27 Aug 2011 07:18 AM PDT

Program Ziarah Ramadan anjuran Skuad Sayang UMNO Bahagian Gopeng berjaya mendekatkan pemimpin kerajaan negeri ini dengan rakyat apabila mereka saling bertemu sambil beramah mesra dengan pesakit yang dirawat di hospital.

Menerusi program itu YB Dato Hamidah Osman selaku Adun Sungai Rapat dan Exco Kanan kerajaan negeri memilih hospital daerah  Batu Gajah sebagai destinasi seterusnya. 


YB dato Hamidah ketika ditemui semasa lawatannya ke hospital Batu Gajah berkata berkata, pihak pusat Khidmat dan Skuad Sayang menganjurkan program berkenaan bagi mendekatkan pemimpin dengan rakyat terutama menjengok mereka yang sedang dirawat di hospital.

YB Dato Hamidah yang hadir bersama Skuad Sayang turut disambut kakitangan Hospital Batu Gajah.

Pada majlis itu YB Dato Hamidah turut melakukan lawatan ke wad sambil menyampaikan sumbangan hamper, makanan dan wang kepada 75 pesakit yang sedang dirawat di hospital berkenaan.

YB Dato Hamidah sudi menyumbangkan cenderahati kepada 75 pesakit dan staf Hospital Batu Gajah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan