Selasa, 2 Ogos 2011

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Jabatan Kesihatan pantau 56 bazar Ramadan <b>di</b> Perak: Dr Mah <b>...</b>

Posted: 02 Aug 2011 05:52 AM PDT

Jabatan Kesihatan negeri akan membuat pemantauan di 56 bazar Ramadan di seluruh Perak agar makanan yang dijual oleh peniaga sentiasa bersih dan selamat dimakan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata penjual juga dikehendaki mengambil suntikan Typhim serta mengetahui langkah diperlukan untuk penyediaan makanan.

"Aktiviti pemantauan ini termasuklah membuat pemeriksaan terhadap sampel makanan dan penilaian tahap kebersihan premis bagi memastikan makanan itu tidak rosak serta mematuhi piawaian yang ditetapkan Jabatan Kesihatan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Operasi Ramadan peringkat negeri anjuran Jabatan Kesihatan negeri di Bazar Ramadan Bercham Raya, dekat Ipoh, petang tadi.

Sementara itu, Dr Mah berkata, penjual juga dinasihatkan supaya memastikan bekalan mentah termasuk air serta peralatan yang digunakan dalam proses penyediaan sentiasa berkeadaan bersih.

"Kita juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila hendak membeli makanan yang mudah dicemari kerana mempunyai santan seperti kerabu dan kuih-muih serta air minuman.

"Jika ingin membeli juadah sepert ini, pengunjung perlu membeli makanan serta minuman di premis yang bersih dan menyediakan makanan yang segar," tegasnya lagi.

Makanan yang dibeli di bazar Ramadan katanya, tidak boleh disimpan terlalu lama kerana ia mudah dicemari oleh bakteria.

Selain itu, orang ramai turut digalakkan menggunakan deria lihat, hidu dan rasa sebelum membeli juadah kegemaran masing-masing di bazar Ramadan, tegas Dr Mah lagi.

"Makanan yang dijual itu juga harus bebas daripada ancaman lalat, lipas dan tikus yang boleh mencemarkan makanan," ulasnya.

Kata Mah lagi, pemantauan yang dijalankan oleh jabatan itu pada tahun 2010 mendapati 28.6 peratus (50 daripada 175) sampel makanan tidak menepati standard Total Plate Count, 37.1 peratus (tidak mematuhi standard coliform); 1.7 peratus (tercemar dengan E coli); 7.4 peratus (tercemar dengan bakteria Stapyhylococcusaureus (bakteria berasal dari pengendalian makanan tidak bersih) 1.1 peratus (dicemari bakteria Salmonella) dan 4.6 peratus (dicemari bakteria Bacillus cereus).

"Pada tahun lalu juga, pemeriksaan telah dijalankan ke atas 5204 buah premis makanan terutama di pasar dan gerai yang dibuka sepanjang Ramadhan.

"Dalam tempoh itu, 1567 rampasan telah dibuat dengan nilai berjumlah RM10,235 kerana kesalahan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu tidak mempunyai label makanan, tamat tarikh luput serta bungkusan makanan rosak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan