Jumaat, 5 Ogos 2011

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


TEMAN <b>Di Gopeng</b> banyak masalah, FAMA perlu buat sesuatu:YB Dato <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2011 02:45 AM PDT


Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan Pelancongan Dan Hal Ehwal Wanita, Dato' Hamidah Osman akan membuat perbincangan dengan Pengarah FAMA bagi menyelesaikan masalah yang berlaku pada peniaga di Terminal Agri Bisnes (TEMAN).

Dalam lawatam mengejut Hamidah ke Teman hari ini, beliau menerima rungutan berkaitan permasalahan yang selama ini membelenggu peniaga hasil tani di pusat pembekalan makanan itu.

Selain itu katanya, kebanyakkan dari premis-premis di kawasan itu dilihat kosong dan seolah-olah tidak mempunyai tuannya.


"Selepas menerima rungutan dari peniaga di kawasan ini… jadi hari ini saya membuat tinjauan dan saya lihat memang banyak masalah yang timbul sebenarnya.

"Saya hairan kenapa banyak kedai-kedai kosong disini…tempat ini bukanlah tempat untuk disewa semata-mata… tetapi kita mahu TEMAN hidup dan terus maju.

"Apa yang saya lihat…kedai-kedai ini ada tuannya tetapi tidak beroperasi… kita tidak mahu TEMAN jadi satu projek Gajah Putih kerajaan… ia perlu dibangunkan bagi memastikan peniaga disini dapat menjana pendapatan masing-masing.

Justeru, Hamidah mencadangkan pihak FAMA supaya memberi tempoh kepada peniaga atau penyewa supaya memulakan operasi perniagaan masing-masing.

Sekiranya gagal, maka FAMA berhak menawarkan premis berkenaan kepada peniaga lain yang lebih berminat untuk membekalkan makanan asas tani di pusat pemborongan ini.

Tambah beliau lagi, alasan FAMA yang menyatakan pembukaan TEMAN masih dalam tempoh percubaan tidak lagi relevan kerana pasar borong itu telah beroperasi sejak 10 bulan lalu.

"Bagi saya ini bukan lagi tempoh percubaan…sepatutnya pihak FAMA turun dan mengenalpasti apakah masalah-masalah yang peniaga disini hadapi… kita perlu tahu kenapa orang ramai tidak datang membeli di TEMAN.

"Dari satu segi, saya rasa memang promosi tidak cukup…banyak isu yang perlu kita selesaikan jadi saya harap perjumpaan saya dengan pengarah FAMA nanti dapat memberi jalan penyelesaian terbaik,"katanya

Hamidah ditemui selepas mengadakan lawatan mengejut di TEMAN pagi tadi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan