Sabtu, 13 Ogos 2011

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


Pasaraya Mydin Gugusan <b>Manjoi</b> mula operasi April 2012 | peraktoday.com

Posted: 12 Aug 2011 11:09 PM PDT

Gugusan Manjoi, perkampungan Melayu tradisional terbesar di Malaysia dijangka berubah menjadi sebuah perkampungan yang serba moden apabila pasaraya Mydin, gedung jualan borong dengan harga berpatutan mula beroperasi menjelang April tahun depan.

Projek yang dibina dengan kos RM50 juta itu juga bakal menawarkan kira-kira 300 peluang pekerjaan kepada anak tempatan serta memberi peluang kepada pengusaha kecil dan sederhana (IKS) di kawasan sekitarnya memasarkan produk mereka di pasaraya itu.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, berkata pihaknya juga menyediakan 18 lot kedai dan lapan lot gerai makanan untuk disewa kepada penduduk yang berminat untuk berniaga dalam pasar raya itu.

"Keutamaan pastinya diberi kepada penduduk tempatan untuk menyewa lot kedai dan gerai makanan yang disediakan dalam pasaraya ini.

"Kita yakin pasaraya ini bukan dapat menarik pengunjung di sekitar Ipoh tetapi juga dari kawasan luar Perak selain menjadi pemangkin kepada lebih banyak pembangunan di kawasan Gugusan Manjoi," katanya kepada pemberita di Ipoh, pagi ini.

Terdahulu, Menteri Kewangan Kedua yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah melawat tapak projek pasaraya Mydin Gugusan Manjoi di Kampung Sungai Tapah.

Dalam perkembangan berkaitan, Ameer berkata, apabila beroperasi kelak, pasaraya itu akan menawarkan perkhidmatan jualan barangan keperluan harian kepada penduduk kampung dalam radius tiga kilometer (km).

"Syarikat mengambil keputusan untuk membuka cawangan pasaraya Mydin yang keenam di Gugusan Manjoi kerana mahu pembangunan bermula dari dalam kampung dan seterusnya limpahan ekonomi turut dirasai di kawasan sekitarnya.

"Pasaraya Mydin Gugusan Manjoi ini adalah pasaraya pertama yang dibina dalam kawasan kampung dengan berkeluasan 70,000 kaki persegi," katanya lagi.

Selain di Gugusan Manjoi, sebuah lagi pasaraya besar Mydin sedang dibina iaitu di Meru Raya yang menelan kos RM150 juta.

Projek itu dijangka siap pada Februari tahun depan, kata Ameer.

Sementara itu, beberapa penduduk tempatan yang ditemui Peraktoday.com menyambut baik pembangunan projek pasaraya Mydin di Gugusan Manjoi yang disifatkan mampu melonjakkan ekonomi di kawasan sekitarnya.

Jamilah Mansor, dari Kampung Dato' Ahmad Said, berkata rakyat tempatan khususnya anak muda berpeluang untuk bekerja di pasaraya itu apabila ia beroperasi kelak.

"Dengan terbinanya pasaraya ini, Gugusan Manjoi bakal menjadi sebuah perkampungan tradisional yang moden dan menjadi tumpuan bukan sahaja pengunjung tempatan tetapi juga orang luar," katanya.

Peniaga pasar malam, Mohd Elan Hamid, 45, pula berkata, projek itu bakal menjadi platform kepada peniaga Bumiputera untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam perniagaan.

"Bagi saya, projek ini boleh membawa banyak kebaikan kepada rakyat dan kemajuan kepada kawasan sekitar Gugusan Manjoi.

"Sebagai peniaga, kami pasti turut menerima tempias dengan kehadiran pengunjung yang datang membeli barang keperluan di pasaraya Mydin," jelasnya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan