Walaupun apa yang berlaku di Bazar Ramadan Seri Iskandar tidaklah seteruk apa yang berlaku dalam video ini, tetapi ianya tetap menyedihkan, terutamanya kepada para peniaga.
Anggap sahaja ini adalah ujian Allah di bulan Ramadan.
InsyaAllah, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik lagi di masa hadapan.
Oh ya, memandangkan tidak sampai 20 gerai sahaja yang beroperasi, apa pula menu berbuka aku hari ini?
Aku hanya membeli Air Laici Kang sahaja sewaktu ke bazar tadi.
Dan selebihnya hanya berbuka dengan kuih raya Batang Buruk yang baru sahaja dibeli semalam.
Alhamdulillah, walaupun tidak kenyang, tapi bersyukur...
Batang Buruk & Laici Kangp/s: Apa pula juadah berbuka anda hari ni? Mesti sedap-sedap kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan