Selasa, 23 Ogos 2011

07 di sungkai - Google Blog Search

07 di sungkai - Google Blog Search


MONAT©: # Sekitar "<b>Sungkai</b>" bersama warga Masjid Al-Hidayah.

Posted: 05 Aug 2011 01:25 PM PDT

 Sungkai , Sungkai... Mungkin ada yang tidak tahu apa maksud sungkai , kerana , majoriti perkataan ini digunakan oleh warga Tawau / Sabah / Sarawak. Sungkai ni bermaksud BERBUKA PUASA. Jadi entri kali ini sebenarnya aku cuma post gambar sekitar aku berbuka puasa bersama warga masjid Al-Hidayah , Jalan Apas , Batu 4 , Kg.Kinabutan Kecil.

  Seawal pukul 5.00 petang lagi aku dan ibu tercinta sudah sampai di masjid ni , niat mahu berbuka puasa lepas tu solat maghrib terus ke terawih berjemaah di masjid ni. Memang rasa ketenangan dan aku katakan , yah memang best!. Bagi kaum wanita pula , mempersiapkan juadah bagi mereka yang datang ke masjid untuk sama-sama sungkai di masjid. Ini merupakan masjid kampung aku , dulu aku tinggal di kampung ni sebelum berpindah. Dari berbuka sampai ke terawih banyak juga jumpa dengan kawan-kawan sekampung dulu , yang dulu kecik-kecik sekarang semua dah bujang hensem-hensem. hehehe. Dekat bawah ni aku kongsikan beberapa gambar yang sempat aku snap. :) Sekadar berkongsi.


Hmmm : Bulan Ramadhan seperti beginilah suasana-suasana sebegini dapat dirasai , ianya datang setahun sekali , datang dan pergi , khaifiyatnya tidak sama seperti bulan-bulan yang lain. ONLY IN RAMADHAN :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan