Khamis, 18 Ogos 2011

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


Asyila Zainuddin: sepetang <b>di</b> bazar Ramadhan <b>Teluk Intan</b>..

Posted: 06 Aug 2011 08:48 AM PDT

Assalamualaikum^^ update blog selepas selesai terawih dan selepas kekenyangan setelah perut ini disumbat dengan soto daging dan juga otak-otak..
alkisah, petang tadi dalam pukul 4 petang dah gerak dah dari rumah nak pergi pekan Teluk Intan yang jaraknya lebey kurang 3km la dari rumah.. sampai2 je kat bazar tengok, orang ramai bukan main.. ish3.. dah gaye macam 5 minit lagi nak berbuka je.. dengan budak2 SEMESTI outing beli makanan macam2, terus ter-flashback zaman kat sekolah dulu.. hehe.. dengan baju prep yang kaler maroon.. lebey kurang la dengan baju prep aku dulu..

yang best bila pergi bazaar nih :
-dah macam pesta makanan dah.. serious banyak gile pilihan.. kuih tu, macam2 jenis kuih.. kalau murtabak tu sampai tiga empat gerai jual murtabak..

-dapat terserempak dengan kawan lama, cikgu2 sekolah.. macam tadi terserempak dengan kawan sekolah rendah+sekolah menengah.. pastu terserempak cikgu bahasa inggeris sekolah rendah dengan cikgu sekolah agama rakyat dulu.. hehe..


tapi yang tak best sebab:


-asap2 dari pembakaran otak2, ikan bakar, ayam percik tu telah mencemarkan kesucian tudung aku.. sob3.. balik rumah je, tudung bau asap.. padahal baru je rasmi tudung tu..



-cuaca panas terik membuatkan tekak ni lebih kering daripada biase.. nampak air yang berais tu rasa macam nak minum semua je.. wuwuwu..


-probability untuk menjurus ke arah pembaziran sangat la tinggi.. tengah lapar kan, nampak tu nak, nampak ni nak.. air sampai tiga empat jenis.. tapi itu bukan aku.. hikhik..
sebelum balik sempat merembat sepasang hand sock@sarung lengan yg berwarna pink! ^^

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan