Ahad, 18 September 2011

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


<b>Lenggong</b> Valley: Kita tengok PM <b>di</b> TV malam ni...

Posted: 15 Sep 2011 12:00 AM PDT


Malam ini, pukul 8.45 Perdana Menteri akan menyentuh beberapa perkara berhubung politik, sosial dan keselamatan dalam ucapan sempena Hari Merdeka / Malaysia di TV.

Antara yang dijangka diumumkan beliau termasuk beberapa pendekatan mengurangkan kekangan bagi orang ramai berekspresi.

Beberapa orang yang telah melihat draf ucapan tersebut berkata "ia bakal mendefinisikan semula landskap politik di Malaysia."

Apa sekali pun, kandungan sebenar apa yang akan diucapkan Perdana Menteri hanya akan diketahui malam ini.

Menurut satu sumber yang disebut The Star berhubung perkara ini, " ia membabitkan proses demokratik…inilah yang dinantikan oleh rakyat, dan Kerajaan mendengar apa yang mereka suarakan.

"Ia juga mempunyai hubung kait dengan proses transformasi kerajaan. Kita sudah pun mempunyai transformasi ekonomi dan Kerajaan. Kini tiba masanya bagi transformasi politik seiring perkembangan di peringkat global.

Najib juga dikatakan akan mengumumkan perkara berhubung amalan dan undang-undang yang dirasakan terlalu keras dan tidak demokratik oleh segelintir rakyat, termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO).

Seperti membayangkan apa perubahan atau penambahbaikan yang bakal diumumkan, Selasa lalu Timbalan Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata Kerajaan akan bersikap lebih terbuka terhadap pengamal media dengan cara mendapatkan maklum balas. Ini menurutnya berdasarkan perubahan pada landskap global dan perubahan pantas teknologi maklumat.

Apa jua yang bakal kita dengar pada malam nanti, hakikatnya Kerajaan mendengar suara rakyat. Juga apa jua perubahan yang bakal diumumkan semata-mata bertujuan memantapkan kedudukan negara Malaysia untuk semua seperti yang dijanjikan di bawah slogan 1Malaysia.

Bagaimana pun, pada peringkat ini persoalan yang timbul di kalangan pemerhati politik dan media ialah apakah segala perubahan itu akan diterima baik oleh pembangkang atau apakah mereka akan terus mendesak selagi apa yang dihajatkan tidak selari dengan kehendak mereka?

Kita tunggu jawapannya pada 8.45 malam nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan