07 di seri iskandar - Google Blog Search |
Bazar Ramadan <b>Seri Iskandar</b> Dilanda Hujan Ribut | Admiral'z Legacy Posted: 21 Aug 2011 05:14 AM PDT Dek kerana kebuntuan untuk mencari juadah berbuka untuk hari ini, maka aku pun bergeraklah ke Bazar Ramadan Seri Iskandar yang berhampiran dengan UTP. Memandangkan hujan ribut yang berlaku di kawasan sini, aku terpaksa menunggu sehingga jam 6.30 petang untuk ke bazar setelah hujan reda. Setibanya di sana, terkejut bila lihat kebanyakkan khemah-khemah rosak & roboh dan hanya sedikit sahaja gerai yang beroperasi. Kasihan sungguh melihat peniaga yang berniaga, terutamanya yang berniaga lauk-pauk kerana semua makanan yang dijual rosak setelah khemah mereka terbalik. Pastinya apa yang berlaku ini mengingatkan aku pada tragedi Bazar Ramadan Jasin, Melaka pada 3 Ramadan tahun lepas. Hujan dan ribut yang melanda telah mengorbankan 3 nyawa. Berikut adalah video semasa ribut di Bazar Ramadan Jasin pada tahun lepas. Walaupun apa yang berlaku di Bazar Ramadan Seri Iskandar tidaklah seteruk apa yang berlaku dalam video ini, tetapi ianya tetap menyedihkan, terutamanya kepada para peniaga. Anggap sahaja ini adalah ujian Allah di bulan Ramadan. InsyaAllah, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik lagi di masa hadapan. Oh ya, memandangkan tidak sampai 20 gerai sahaja yang beroperasi, apa pula menu berbuka aku hari ini? Aku hanya membeli Air Laici Kang sahaja sewaktu ke bazar tadi. Dan selebihnya hanya berbuka dengan kuih raya Batang Buruk yang baru sahaja dibeli semalam. Alhamdulillah, walaupun tidak kenyang, tapi bersyukur... Batang Buruk & Laici Kangp/s: Apa pula juadah berbuka anda hari ni? Mesti sedap-sedap kan? |
You are subscribed to email updates from di seri iskandar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan