07 di tanjung malim - Google Blog Search |
KERENGGA: Shah Alam, Putrajaya, Nilai, dan <b>Tanjung Malim</b> jadi <b>...</b> Posted: 10 Jun 2011 12:00 AM PDT Lajnah Pengguna & Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (LPAS DPPN Png) mengucap tahniah dan syabas diucapkan kepada pakar-pakar daripada UKM kerana berjaya mengemukakan hasil kajian mereka kepada umum tentang isu peningkatan pencemaran udara akibat daripada peningkatan kenderaan di atas jalan raya. LPAS DPPN Png memandang serius kenyataan yang dipaparkan di muka hadapan sebuah akhbar harian pada 3 Oktober (Isnin) lepas yang bertajuk Pengeluaran asap kenderaan berlebihan cemarkan udara. Empat 'Bandar Beracun'. Laporan tersebut menunjukkan bahawa penduduk di Shah Alam, Putrajaya, Nilai, dan Tanjung Malim diancam pencemaran udara akibat daripada asap kenderaan berlebihan dimana boleh mengubah status Bandar selamat kepada Bandar beracun. Manakala Bandar yang membimbangkan ialah Seberang Jaya (Pulau Pinang), Kemaman (Terengganu), dan Johor Baharu. Tidak terkecuali bandaraya seperti Kuala Lumpur juga akan mengalami pencemaran udara kritikal menjelang 2020 berdasar statistic peningkatan jumlah kenderaan iaitu sebanyak 7% setahun. Sudah sampai masanya kerajaan khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan dengan kerjasama pihak-pihak berkenaan perlu mencari satu formula atau mekanisme dalam menangani masalah ini. Antara cadangannya ialah mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan menggunakan kenderaan awam untuk ke tempat kerja mahupun bersiar-siar semasa cuti hujung minggu. Persoalannya adakah sistem penggangkutan awam di negara ini setanding dengan negara negara maju di dunia? Jika dilihat kepada standard pengangkutan awam di Malaysia, ia masih menggambarkan bahawa sistem atau kemudahan infrastruktur pengangkutan awam masih ditahap yang tidak memuaskan kepada pengguna jalan raya khususnya untuk orang awam berbanding negara-negara membangun mahupun dikalangan negara maju. Bagaimanakah Kerajaan Pimpinan Umno BN mahu merealisasikan impian Wawasan 2020 yang di ilhamkan oleh Tun Dr Mahathir sedangkan sistem pengangkutan awam masih lagi di dalam keadaan yang tidak teratur dan lemah? Masalah sistem pengangkutan awam yang dikenal pasti khususnya di Pulau Pinang ialah:- 1) Perkhidmatan bas yang tidak tepat masanya ke setiap tempat atau lokasi yang dituju dan menyebabkan orang awam lewat ke tempat kerja masing-masing. 2) Kekurangan jumlah bas menyebabkan kepadatan penumpang ketika berada didalam bas mahupun semasa menunggu bas di setiap perhentian. 3) Perlu naik dan turun sebanyak 2 atau 3 buah bas sebelum sampai ke lokasi yang dituju. Contohnya seorang pekerja di Komtar perlu menaiki bas daripada rumah (seberang jaya) ke Terminal Feri (jetty) dan daripada jetty ke Komtar. 4) Sikap segelintar pemandu bas yang kadang-kadang tidak berhenti di perhentian yang disediakan untuk mengambil penumpang dan menurunkan penumpang di tempat yang tidak sepatutnya. Namun setiap kali belanjawan atau pengurangan subsidi minyak petrol (kenaikan harga petrol) diumumkan oleh Kerajaan Umno BN, alasannya ialah penjimatan duit subsidi minyak petrol dan suntikan dana semasa belanjawan adalah untuk ke pengangkutan awam. Tetapi sampai sekarang sistem pengangkutan awam masih di takuk yang lama. Sebagai contoh, pada tahun 2006, kerajaan menaikan harga minya petrol sehingga RM 1.65 sen seliter. Ucapan yang dipaparkan oleh media upahan Umno BN, Timbalan Perdana Menteri pada masa itu menyeru rakyat-rakyat berjimat cermat khususnya yang kerap mengunjugi kedai minum atau makan supaya mengurangkan daripada meminum teh tarik atau kopi daripada 2 hingga 3 kali ke sekali atau bancuh minum di rumah saja. Padahal pemimpin-pemimpin besar terus berboros jutaan ringgit untuk kepentingan individu atau kroni-kroni mereka. Datuk Seri Najib juga menyatakan hasil daripada pengurangan subsidi minyak petrol. Kerajaan dapat berjimat sehingga 4 billion ringgit dan duit ini akan di salurkan untuk penambah baikan system pengangkutan awam kelak. Akan tetapi sampai sekarang janji Kerajaan Umno BN tidak di tunaikan lagi. Yang hanya Kerajaan Umno BN tunaikan ialah kenaikan harga minyak petrol, diesel, gas dan barang-barang makanan keperluan asas tetapi dalam masa yang sama satu lagi akta yang menindas rakyat dilaksanakan iaitu GST. Sememangnya pencegahan lebih baik daripada perawatan terutama nya akibat daripada penceramaran udara iaitu komplikasinya ialah penyakit lower respiratory infection track seperti broncholitis dan penyakit upper respiratory infection track seperti tonsilaitis. Sesuatu harus dilakukan agar bandar-bandar di Malaysia ini menjadi tempat yang selamat untuk diduduki dan ianya mestilah bermula dengan penguatkuasaan yang ketat tanpa unsur-unsur rasuah. Yang pastinya ini tidak akan menjadi kenyataan sekiranya Umno BN dibiarkan terus menjadi pemerintah di negara ini. Dzulfahmi Abu Bakar ialah Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna & Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang |
You are subscribed to email updates from di tanjung malim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan