Ahad, 9 Oktober 2011

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


KISAH CINTA NASI LEMAK: Berita Terkini, Kemalangan <b>Di Teluk Intan</b>

Posted: 01 Oct 2011 09:01 AM PDT

Berlaku satu kemalangan di Sungai Manik yang menyebabkan satu kematian dan satu lagi cedera parah. Kejadian berlaku apabila seorang pemilik kereta telah melanggar seekor ayam milik Wak Suparjo, penghuni di kampung tersebut. Ayam tersebut cedera ringan sahaja, tapi perbalahan berlaku antara pemilik kereta dan Wak Suparjo kerana pemilik kereta enggan membayar ganti rugi kepada Wak Suparjo dengan mengatakan Wak Suparjo kononnya lalai kerana tidak menjaga ayamnya hingga menyebabkan belaku kemalangan antara ayam dan kereta miliknya. Wak Suparjo yang hilang sabar dengan keangkuhan pemilik kerete tersebut bertindak membelasah pemilik kereta tersebut dan akhirnya belaku satu kejadian tumbuk menumbuk dan akhirnya Wak Suparjo telah meninggal dunia dikerjakan oleh pemilik kereta tadi.
Ayam cedera ringan, pemilik kereta cedera parah dan dikejarkan ke hospital manakala Wak Suparjo meninggal di tempat kejadian. 

INDAH RASA J.MALIM: Cerita Kenangan <b>Di Teluk</b> Anson <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2011 12:02 AM PDT

Rojak dan Mee Rebus Mastan Ghani

Selepas puas menaiki bot penambang, kami akan meronda pusing-pusing disekitar bandar Teluk Intan. Jika berkesempatan, kami akan pergi menonton wayang. Ada beberapa pawagam di Teluk Intan yang masih wujud sehinga ke hari ini ketika banyak pawagam-pawagam lama di sekitar negeri Perak telah lama gulung tikar atau ditutup kerana tiada sambutan.

Bila hari sudah hampir ke angka 3,  kami akan pergi ke sebuah restoran rojak dan mee rebus yang amat terkenal di Teluk Intan. Restoran yang dimaksudkan ialah Restoran Mastan Ghani. Restoran ini hanya khusus menjual rojak dan mee rebus sahaja. Tetapi percayalah, rojak dan mee rebusnya adalah yang terbaik di Malaysia. Bunyinya memang agak melampau namun bagi kebanyakan pengunjung yang baru pertama kali merasa rojak dan mee rebus disini pasti akan kembali semula. Hal ini juga berlaku kepada saya. Namun pada saya, rojak disini lebih enak dari mee rebus. Hehehehehe.

Restoran Mastan Ghani Teluk Intan

Kami biasanya menyantap mee rebus atau rojak bersama-sama dengan ABC. Terasa benar-benar nikmat yang sempurna bila sahaja mulut ini disuap dengan ABC dan rojak atau mee rebus. Masih teringat juga gelak tawa saya dan kawan-kawan berlumba menghabiskan baki ABC yang tersisa.

Kebiasaannya, inilah destinasi kami yang terakhir sebelum kami bergerak pulang ke Bidor. Kadangkala kami balik dengan tangan yang kosong dan duit raya sudah habis atau tinggal sedikit sahaja. Ada juga sesekali kami pulang dengan membeli barang-barang yang sudah lama diinginkan. Pernah juga saya membeli seutas jam  tangan yang sudah lama saya inginkan dengan harga RM35. Pada waktu itu nilai RM35 adalah amat tinggi. Namun demikian seingat saya, jam tangan itu tidak pernah saya pakai dan ia hanya tersangkut sahaja di dinding atau saya simpan di poket. Apa boleh buat, lengan saya terlalu kecil untuk seutas jam tangan yang bersaiz besar.... huhuhuhuhuhuu.

Stesen Bas Lama Teluk Intan

stesen bas lama Teluk Intan

Sebelum balk ke Bidor kami biasanya akan lepak-lepak sebentar di Stesen bas Teluk Intan. Stesen bas ini biasanya sesak dengan umat manusia. Sambil cuci-cuci mata sempat juga kami mengorat gadis-gadis manis yang lalu lalang. Kadangkala ada juga berlaku pertengkaran dengan kumpulan - kumpulan remaja lain apabila masing-masing ingin tunjuk jantan. Namun biasanya ia tidak diakhiri dengan pergaduhan kerana masing-masing tahu ia bukan sesuatu yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. 

Stesen bas ini masih digunakan walaupun perkhidmatan bas ekspress telah mula beroperasi di terminal bas baru yang terletak di bandar baru Teluk Intan. Namun bagi bas ulang alik ke Bidor, Kampung Gajah, Sabak Bernam, Hutan Melintang dan Bagan Datoh, semuanya masih beroperasi di stesen ini.

Dalam jam 4 petang biasanya kami bergerak pulang ke Bidor. Namun keriuhan di dalam bas tidak pernah hilang. Biasalah zaman-zaman remaja penuh dengan usik mengusik dan gelak ketawa. Sampai sahaja di Bidor masing-masing pulang ke rumah tanpa banyak soal. Basikal yang dikunci berhampiran stesen bas Bidor menanti dengan setia. Di dalam poket .... duit raya semakin habis atau memang habis langsung. Ketika itulah hati mula menyesal memikir hendak menyimpan di tahun hadapan.

Namun.... skrip yang sama akan berulang di Aidilfitri tahun hadapan ... dan saya akan terus tersenyum mengenang memori lama yang indah ini ...

Al-Fatihah buat sahabat seperjuangan Allahyarham Mohd Yusuf Bin Abdullah ( Usup Petai ) 

yang meninggal dunia pada 10 September 2011 yang lalu. 

Artikel ini adalah sebagai satu catatan kenangan untuk Allahyarham sebagai mengenang

kehidupan remaja kami. Allahyarham juga sebahagian dari ''kami'' yang disebutkan dalam artikel diatas.

Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan