07 di ipoh - Google Blog Search |
- Mari Mengenali Sir Shahril: Untuk sahabat <b>di Ipoh</b>
- Konsert sulung Jamal Abdillah <b>di Ipoh</b>
- Konsert Solo Terbesar Jamal Abdillah <b>Di Ipoh</b> Sejak 1979
Mari Mengenali Sir Shahril: Untuk sahabat <b>di Ipoh</b> Posted: 09 Jan 2012 09:48 AM PST ayoop...ade orang merajukkk~ maaaaaaff~ dah lebih 2 bulan tak contact....sooooryyyy~ online pun atas dasar kerja.. nnti sy call hujung minggu ni k.. sy ade hadiah dari Spain~ *wink2* buat masa sekarang ade esaimen perlu ditumbangkan..chiyah!hehe~ doakan ye... Tahniah pada semua senior Unit F yang bakal memulakan perjalanan hidup sebagai seorang guru.. setelah berita tergempar tempat posting telah berjaya disemak tadi..insya-Allah.. Allah dah tetapkan apa yang terbaik untuk antum semua... doa ana moga, semangat yang membara untuk mendidik akan terus kekal membara.. Abg Ehsan dapat Sarawak, Abg Rafiq dapat KL, Abg Zhafran n Nizam kat mane eh? mintak2 die dapat Sabah..bleh ana bercuti2..yeaw! =D |
Konsert sulung Jamal Abdillah <b>di Ipoh</b> Posted: 04 Jan 2012 12:00 AM PST Konsert sulung Jamal di Ipoh Peminat setia Jamal Abdillah di Ipoh, Perak pasti teruja apabila mendapat tahu penyanyi bersuara emas itu akan mengadakan konsert sulung berskala besar pertama di Ipoh pada 28 Januari ini. Dianjurkan oleh Bombay WorldWide Sdn. Bhd. dan Persatuan Budak Bus Stand Ipoh (BBSI) konsert berkenaan akan diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada pukul 8.30 malam. Menurut Jamal, konsert yang dinamakan Konsert Raja Pop Jamal Abdillah 2012 itu adalah sebagai penghargaan buat peminat di kampung halaman yang menyokongnya selama ini. "Peluang mengadakan konsert di Ipoh amat baik sebab belum pernah saya mengadakan konsert solo yang besar macam ini di sana walaupun berkeinginan untuk melakukannya sejak dulu lagi. Sebelum ini, saya cuma mengadakan persembahan kecil sahaja di sana. "Sebagai rakyat negeri Perak saya bangga kerana dapat mengadakan konsert besar di negeri kelahiran saya. Ini juga merupakan peluang terbaik untuk mengadakan konsert di sana kerana apatah lagi sekarang ini Tahun Melawat Perak," ujarnya mengenai keterujaannya mengadakan konsert di tempat sendiri. Ungkap Jamal lagi, sebelum ini bukan dia tidak pernah menerima pelawaan untuk mengadakan konsert secara besar-besaran di Ipoh tetapi keadaan tidak mengizinkan untuknya menerimanya pada masa itu. Diiringi pemuzik profesional dari Kuala Lumpur, Jamal akan menghiburkan peminatnya selama dua jam setengah dengan 28 buah rangkaian lagu popularnya. Pada konsert itu nanti, Jamal akan mengadakan persembahannya melalui tujuh segmen berbeza berdurasi selama 12 minit untuk setiap segmen. "Antara segmen yang akan saya tampilkan adalah duet, pencarian gadis Melayu, lagu-lagu dari filem popular, lagu-lagu Datuk Ahmad Nawab dan lagu-lagu P. Ramlee," kata Jamal yang bakal keluar dengan jenama sendiri iaitu JA selain bakal menghasilkan jenama minyak wangi sendiri iaitu Azura dan Zack. Tiket-tiket berharga RM80, RM140 dan RM300 dan pembelian boleh dibuat melalui online dengan melayari www.tiket2u.biz. Peminat yang membeli tiket berharga RM300 berpeluang bertemu Jamal selepas konsert dan menikmati hidangan Hi-Tea bersama penyanyi itu. Peminat Jamal juga boleh membeli tiket dengan mengunjungi Ipoh Rumpun, Medan Istana, Fuzwa Enterprise (Kedai Kek Watie) di Greentown Mall, Yeop CD Jalan Perwira, Kampung Manjoi, Ipoh, Along Corner (Gerai Majlis Daerah Kinta Barat, Batu Gajah) Adam Celphone Centre di Super Kinta dan Eezi Wedding Centre. Full content generated by Get Full RSS. |
Konsert Solo Terbesar Jamal Abdillah <b>Di Ipoh</b> Sejak 1979 Posted: 29 Jan 2012 02:48 AM PST IPOH – Konsert Raja Pop Jamal Abdillah 2012 merupakan konsert terbesar penyanyi itu di Stadium Indera Mulia di sini malam semalam sejak beliau bergelar Juara Bintang RTM pada tahun 1979. Pada konsert yang dipersembahkan oleh Persatuan Budak Bus Stand Ipoh itu menyaksikan Jamal menyanyikan lebih 20 lagu selama hampir 2 jam di hadapan kira-kira 5,000 peminatnya. Menurut penyanyi kelahiran Teluk Intan ini, dia bersyukur kerana masih menyanyi selepas lebih 30 tahun di mana sehingga kini para peminat masih menyokong kerjayanya itu. "Saya masih ingat sewaktu mahu menyertai ujibakat Bintang RTM saya hanya membawa RM15 untuk pergi ke Radio Malaysia Ipoh. RM3.50 daripada duit itu saya gunakan sebagai tambang. "Sekarang ternyata ia jauh berubah dan saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Selepas 32 tahun saya terbabit dalam bidang ini saya terasa tua, cuma buat masa saya tidak ada 'teman' sahaja," katanya pada konsert itu. Pada konsert itu, Jamal antaranya menyanyikan lagu popularnya seperti Kekasih Awal Dan Akhir, Azura, Keluhan Perantau, Seroja, Ghazal Untuk Rabiah dan Sepi Seorang Perindu. – mynewshub.my Berita Berkaitan:Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di ipoh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan