Sabtu, 18 Februari 2012

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


GERAK TAWAN PERAK (PARLIMEN <b>LENGGONG</b>)

Posted: 11 Feb 2012 06:03 AM PST

LENGGONG- 10 Feb 2012: Jentera Pilihanraya Pas kawasan Lenggong turun bersama Pesuruhjaya Pas Perak, Ust Abu Bakar Hussien, Timb. Pesuruhjaya Pas Perak, Tn Hj. Razman Zakaria dan Ketua Penerangan Pas Perak, Ust Nuri Al Amin dengan pelan strategik, Gerak Tawan Perak (GTP) bagi menawan Parlimen Lenggong diadakan disini pada jam 3:30 petang di tengah-tengah pekan kecil Lenggong, telah berjaya menepati sasaran.
Sebanyak 400 naskah risalah berbagai isu, berjaya diedarkan kepada orang-ramai disekitar pekan sehari dan disekitar majlis Sambutan tahun baru cina anjuran Umno-Bn Lenggong, yang kebetulan diadakan pada hari yang sama.
Pelancaran program (GTP) peringkat Lenggong, ditumpukan di 5 buah kampung di DUN Kenering, yang berada didalam parlimen Lenggong, iaitu Kg. Lawin, Kg. Tawai, Kg. Air Ganda, Kg. Padang dan Kg. Tg. Kala sebagai permulaan.
Program ini juga dijalankan diseluruh Kawasan kerusi Parlimen ditandingi Pas di Negeri ini, bagi  memperkenalkan Pas kepada masyarakat umum, khususnya di Perak.
Pelancaran logo dan slogan "Perakite", Rakyat Sepakat, Perak Berkat, bertujuan menggantikan logo dan slogan 1Malaysia tajaan Umno-Bn.
Dengan adanya logo dan slogan ini, masyarakat akan lebih mudah mempromosikan Pas tanpa menampilkan logo parti disemua tempat, terutamanya ketika memakai logo ini untuk masuk ke tempat mengundi sepertimana Umno-Bn menggunakan logo 1Malaysia untuk meraih undi didalam dewan mengundi ketika pilihanraya.
Seramai 100 orang jentera pilihanraya Pas Kawasan telah diberi taklimat khas mengenai strategi-strategi untuk mencapai kemenangan Pas pada pilihanraya akan datang, oleh Timb. Pesuruhjaya 2 PAS Perak Ust. Misbahul Munir Masduki, Ust. Nuri Al Amin dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya Pas Perak, sdr. Salman Salleh, di Kg. Lawin pada petang yang sama.
Program sehari ini turut diisi di 3 tempat berasingan dengan pengisian kuliah maghrib oleh Ust Misbahul Munir di masjid Kg. Air Ganda, dan Ust. Nuri Al Amin di masjid Kg. Tg. Kala, manakala Pengarah Jabatan Pilihanraya Pas Perak, tuan Asmuni Awi, mengadakan dialog bersama bekas-bekas AC, Homeguard dan bekas-bekas polis di Kg. Padang pada masa yang sama.
Kemuncak program pelancaran (GTP) peringkat Parlimen Lenggong, ceramah umum pada jam 9 hingga 12 malam, disampaikan oleh Tn. Hj Razman, Ustaz Misbah, Ust. Nuri, dan Tn. Asmuni, diadakan di Kg. Tawai untuk memberi penerangan kepada masyarakat pengundi di Kg. Kenayat, Kg. Pdg. Jeri, Felda Papulut dan kampung-kampung berdekatan yang hadir dalam jumlah yang menepati sasaran.

KEBANGKITAN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) <b>DI LENGGONG</b>

Posted: 29 Dec 2011 09:08 AM PST

       Sejarah membuktikan Hulu Perak adalah salah satu daerah yang menjadi kubu kuat UMNO/BN sejak sekian lama. Sejarah juga membuktikan UMNO/BN menang dengan begitu selesa di Hulu Perak dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) hanya diketahui wujud sekitar musim pilihanraya dan seperti yang dijangka jauh sekali untuk menang. Faktor pendalaman, penduduk yang ketinggalan dari arus kemodenan memudahkan lagi UMNO/BN mempertahankan kuasa mereka disini.       Apa pun, itu keadaan begitu sudah menjadi sejarah di Lenggong. Kini tidak lagi sedemikian. PAS sudah mula mendapat tempat di kalangan penduduk di Lenggong, masyarakat disini sudah mula mengenali PAS, faham apa yang diperjuangkan. Ini dapat dibuktikan dengan perbandingan yang dibuat semasa silam.Jika dahulu PAS tidak dikenali, ditakuti oleh bangsa Cina, India malahan ada juga orang Melayu di Lenggong ini yang takut dengan PAS. Era kebangkitan PAS di Lenggong dapat dilihat sekitar 2 tahun ini semenjak pimpinan PAS diperingkat Kawasan Lenggong bertukar. Sejak diterajui oleh Yang Dipertua (YDP) baru iaitu Tuan Haji Razman Zakaria, perubahan demi perubahan dapat dilihat. Penulis tidak sekali kali mengatakan pimpinan lama gagal malahan bersyukur dan berterima kasih kepada mereka kerana merekalah golongan sanggup menerajui perjuangan di Lenggong sebelum ini.         Perubahan besar dan isu - isu yang diperjuangkan oleh PAS di Lenggong seperti isu berkaitan Felcra, masalah berkaitan tanah, kebajikan masyarakat, salah guna kuasa pemimpin dilihat adalah faktor utama PAS mula diterima di Lenggong. Perubahan inilah yang membuatkan beberapa pimpinan UMNO/BN di Lenggong tidak senang duduk. Mereka juga dilihat terpaksa bekerja seperti yang dilakukan oleh PAS dan tidak bersenang lenang seperti sebelum ini. Banyak kampung - kampung yang dahulu menjadi kubu kuat mereka telah dipecahkan oleh PAS. Ini antara bukti masyarakat di Lenggong sudah dapat menerima PAS dan ini juga menjadi ukuran kekuatan UMNO/BN di Lenggong.     Akhir kalam dari penulis, jauh disudut hati ini terasa begitu yakin kemenangan sudah dihampiri. Harapan supaya diperkukuhkan lagi gerak kerja, tidak berputus asa dan menerima dugaan dengan redha, insyaAllah Allah SWT akan memberi kemenangan pada PRU 13 ini. Kepada semua amilin - amilin " Ayuh kita bangkit bersama - sama, berganding bahu, berjuang untuk menegakkan agama Allah, kita kuburkan UMNO/BN di Lenggong ini"... TAKBIR!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan