Stories of The World's Posted: 09 Feb 2012 03:14 PM PST
Sindiket ekstasi RM9.2 juta tumpas Posted: 09 Feb 2012 03:00 PM PST MOHD. SHUKRI (kiri) menunjukkan sebahagian dadah dan peralatan memproses dadah yang dirampas di Malim Nawar di Ipoh semalam.IPOH - Satu sindiket memproses dan mengedar dadah jenis pil ekstasi dipercayai antara yang terbesar di Lembah Kinta tumpas dalam serbuan polis di Malim Nawar, Kampar dekat sini pada 3 Februari lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, dalam serbuan di sebuah rumah yang dijadikan makmal dadah di Taman Malim Permai, Malim Nawar itu pihaknya berjaya merampas dadah bernilai hampir RM9.2 juta. "Sebanyak 46.2 kilogram serbuk disyaki ekstasi yang mampu menghasilkan 462,000 pil dadah jenis sama berjaya dirampas. "Seorang wanita berusia 31 tahun dipercayai anggota sindiket yang bersendirian di dalam rumah itu semasa serbuan turut diberkas," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini semalam. kredit : kosmo.com.my Info Gallery - Balasan yang setimpal bagi orang yang melakukan kesalahan dan merosakkan kehidupan masyarakat | Enam beranak hidup menumpang di surau Posted: 09 Feb 2012 10:46 AM PST NORMALIZA bersama empat orang anaknya ketika ditemui di surau Taman Rinting, Pasir Gudang semalamPASIR GUDANG - Gara-gara suami tiada kerja tetap dan sukar mendapat pekerjaan menyebabkan enam beranak terpaksa hidup merempat. Itulah yang dialami pasangan Muhammad Shah Abdullah, 34, dan Normaliza Mustafa, 33, bersama empat anak mereka, Nor Diana Shafiza, 9, Muhammad Shariz Daniel, 8, Muhammad Shafiz Daniel, 7, dan Muhammad Aiman Daniel, 1. Mereka sekeluarga sejak Selasa lalu terpaksa menumpang teduh di sebuah surau di Taman Rinting, Masai di sini. Sebelum ini, mereka sekeluarga menyewa di sebuah rumah di Flat Tasek 64, Bandar Seri Alam sejak setahun lalu tetapi dihalau tuan rumah ekoran gagal menjelaskan sewa bulanan berjumlah RM270 sebulan yang tertunggak selama tiga bulan. Keadaan mereka sekeluarga yang tidur di tempat solat bahagian luar surau amat menyedihkan kerana tidur beralas tikar tanpa bantal dan selimut. Sejak dihalau keluar dari rumah sewa selepas Tahun Baru Cina lalu, tiga anaknya yang belajar di Sekolah Kebangsaan Seri Alam 1, Bandar Seri Alam terpaksa ponteng sekolah. kredit : kosmo.com.my Info Gallery - Ramai yang menghulurkan bantuan apabila ada kempen bantuan untuk warganegara luar,sedangkan di negara sendiri masih ramai yang memerlukan bantuan tetapi tidak dipedulikan oleh masyarakat | Ketua sindiket penipuan internet bernilai RM10 bilion diberkas Posted: 09 Feb 2012 06:00 AM PST KUALA LUMPUR: Ketua sindiket penipuan antarabangsa terbesar menggunakan internet berpangkalan di Pulau Pinang, yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM10 bilion, dikenali sebagai Huang berjaya diberkas Polis Taiwan. Difahamkan Huang ditahan di lapangan terbang Tai Joo, Taiwan pada 22 Januari lalu sebaik tiba dari China setelah polis Taiwan menggunakan 10 warga Taiwan, yang ditahan di Malaysia, untuk memujuk Huang pulang ke negara itu. Kejayaan penangkapan Huang ekoran satu serbuan ke pangkalan pusat penipuan internetnya di Pulau Pinang pada 6 Januari lalu hasil kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan polis Taiwan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan ia merupakan kejayaan polis dalam membanteras penipuan melalui internet melibatkan sindiket antarabangsa. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, katanya. Pada 6 Jun tahun lalu, polis berjaya menahan 37 orang dalam dua serbuan serentak di Pulau Pinang yang dipercayai terbabit dengan sindiket yang lebih dikenali sebagai "Penipu Macau" dan diketuai seorang warga Taiwan. Tempat berkenaan dijadikan pusat membuat panggilan kerana polis menemui beberapa peralatan khidmat komunikasi termasuk, komputer riba, moderm, penyambung panggilan, telefon dan telefon bimbit di situ. Media melaporkan mereka yang ditahan dalam serbuan itu ialah lima orang rakyat Malaysia, 22 warga China dan 10 rakyat Taiwan cara penipuan dilakukan sindiket itu ialah dengan menghubungi mangsa menyamar sebagai pegawai polis atau bank. Sindiket itu, yang beroperasi sejak 2010, telah berjaya menipu ramai warga China secara memperdayakan mereka supaya memasukkan wang ke dalam akaun pihak ketiga. Cara penipuan dilakukan sindiket itu ialah dengan menghubungi mangsa menyamar sebagai pegawai polis atau bank. Mereka memberitahu mangsa bahawa akaun bank atau kad kredit mereka (mangsa)telah diceroboh oleh pihak ketiga dan wang dalam akaun akan dicuri oleh penipu sekiranya tidak dipindahkan ke akaun lain. Difahamkan kesemua warga Taiwan yang ditahan itu telah diekstradisi ke negara mereka oleh Polis Taiwan untuk membantu siasatan kredit : Bharian.com.my Info Gallery - Tiada guna punya wang yang banyak jika tidak dapat membawa kebahagiaan | CEO Paling Top Tapi Gagal 2011 Posted: 09 Feb 2012 04:30 AM PST Sejak kebelakangan ini, prestasi ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi peneraju industri teknologi maklumat sering menjadi perhatian khususnya bagi para pelabur yang sentiasa memikirkan keuntungan. Bagi 2011, terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat. Yahoo!: Carol Bartz Carol Bartz telah diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Yahoo pada 13 Januari 2009 sehingga dia tidak menyangka dipecat pada 6 September 2011 kerana gagal untuk mengukuhkan prestasi perniagaan syarikat tersebut. Beliau menerima pemecatan itu dari satu panggilan telefon yang dibuat oleh pihak lembaga pengarah setelah para pelabur mula mempersoalkan kredibilit Carol Bart dalam membaik pulih urusniaga Yahoo. Sebelum Carol Bartz memulakan karier di Yahoo, beliau dengan jayanya telah menjadi pengerusi eksekutif bagi syarikat Autodesk, Inc, malah dia juga turut menyandang pelbagai jawatan penting yang lain di syarikat yang sama selama 14 tahun sebelum meletak jawatan pada April 2006 untuk meneruskan kerjaya bersama Yahoo. Kini tempat Carol Bartz telah digantikan oleh Scott Thompson di mana sebelum ini Scott Thompson menerajui syarikat perkhidmatan bayaran dalam talian - Paypal sebagai presiden. Dalam email terakhir yang dihantar oleh Carol Bartz kepada pekerja, selain mengucapkan terima kasih beliau juga turut meluahkan perasaan terkilan kerana dipecat melalui panggilan telefon. Microsoft: Steve Ballmer Sebelum ini Microsoft merupakan salah satu syarikat teknologi yang kukuh & sukar disaingi oleh pemain industri yang lain. Tahun demi tahun sehingga 2011, prestasi Microsoft yang diterajui oleh kian Steve Ballmer sebagai Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) kian goyah. Kini Microsoft mengalami pelbagai masalah bagi melariskan pelbagai produk mereka selain perisian sistem operasi Windows & Office yang sememangnya mempunyai sambutan. Prestasi jualan produk Xbox masih mempunyai keyakinan dikalangan pelabur walaubagaimanapun Microsoft masih jauh ketinggalan malah kerugian bagi produk telefon & komputer tablet. Malah pelaburan bagi enjin carian Bing juga masih tidak memberi impak yang positif untuk menyaingi enjin carian Google. Isu ini menyebakan Microsoft kian kehilangan para pelabur. Ballmer yang mula menerajui Microsoft sebagai Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) sejak Januari 2000 telah gagal dalam beberapa aktiviti pelaburan & penyelidikan. Ballmer juga turut gagal dalam proses pengambilalihan syarikat Yahoo yang pernah dikatakan sebelum ini, bertindak dari kegagalan tersebut Microsoft telah membuat perlaburan dengan membeli syarikat Skype pada harga USD8.5 billion yang turut mengundang kontroversi khususnya daripada pelabur. Selain itu, hala tuju bagi produk sistem operasi seterusnya iaitu Windows 8 masih lagi kabur di hal ini sekali lagi tidak dapat meyakinkan para pelabur menyebabkan produk itu dijangka akan menerima nasib seperti Windows Vista. Nokia: Stephen Elop Sambutan yang dingin bagi produk Windows Phone 7 memberi impak prestasi jualan yang negatif bagi Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Nokia iaitu Stephen Elop. Pihak Nokia menangguhkan projek Meego yang sepatutnya adalah platform seterusnya bagi produk mereka malah terus bekerjasama dengan Microsoft dengan harapan dapat mempercepatkan penghasilan produk telefon mereka. Pada 11 Februari 2011, Microsot & Nokia telah mengumumkan bahawa Windows Phone akan menjadi platform utama bagi telefon pintar Nokia sepenuhnya, sebaliknya produk yakni Windows Phone 7 juga gagal memasuki pasaran mengikut jadual. Oleh yang demikian pihak Nokia telah melancarkan produk telefon berasaskan platform MeeGo tetapi tidak dijual bagi pasaran di Amerika Syarikat & German. Hal ini sedikit sebanyak merencatkan prestasi perniagaan syarikat tersebut dan tindakan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Nokia - Stephen Elop itu menimbulkan pelbagai spekulasi. Pada dasarnya, Stephen Elop ingin membawa kejayaan masa depan Nokia seiring dengan kepercayaan kepada Microsoft selaku rakan kongsi teknologi tetapi strategi itu ternyata meleset kerana Microsoft sendiri turut mempunyai pelbagai masalah. Groupon: Andrew Mason Faktor utama Groupon menolak tawaran pengambilalihan dari Google adalah kerana Andrew Mason - Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Groupon mempunyai keinginan yang lebih dari apa yang ditawarkan iaitu mengumumkan Tawaran Awam Permulaan (IPO) di mana untuk meraih lebih keuntungan. Walaubagaimanapun Groupun berjaya disenaraikan di Bursa Nasdaq pada 4 November 2011, hasrat tersebut tidak semudah yang disangka setelah terdapat beberapa polisi yang tidak mengikuti peraturan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (US SEC). Kewangan Groupon semakin rapuh setelah Andrew Mason menarik wang perlaburan sebanyak USD28 juta malah rakan kongsi lain yang turut mengeluarkan USD380 juta daripada pusingan pembiayaan syarikat ini. Hal ini telah menyebabkan para pelabur kian hilang keyakinan untuk melabur dalam syarikat ini. Memburukkan keadaan, sekeping memo yang ditulis oleh beliau dituju kepada pekerja Groupon menafikan kontroversi yang berlaku dan menyalahkan pihak lain telah mengundang musibah. Seterusnya pihak Groupun telah membatalkan promosi Tawaran Awam Permulaan (IPO) untuk seketika bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Kesempatan ini diambil oleh pesaing seperti Living Social dan Google untuk merapatkan jurang persaingan mereka dengan Groupon. AOL: Tim Armstrong Sesungguhnya AOL amat terdesak mengharapkan Huffington Post dan TechCrunch untuk memberikan prestasi syarikat yang lebih baik dan seterusnya meyakinkan para pelabur. Kandungan maklumat, hiburan & media bukanlan di antara faktor yang diutamakan dalam hala tuju pembaharuan AOL di mana mereka perlukan lebih dari itu untuk berdaya saing pada masa kini. Sejak Carol Bartz dipecat dari Yahoo, ramai penganalis meramalkan bahawa Tim Armstrong adalah yang layak untuk menduduki kerusi Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Yahoo tersebut. Menurut InvestorPlace, pegangan saham AOL menurun sebanyak 34% pada 2011 di mana para pelabur mula hilang keyakinan bagi urus niaga berasakan internet ini. Masalah utama yang dihadapi AOL adalah sama seperti Yahoo iaitu para pelawat laman web & pengiklan yang makin berkurangan. HP: Leo Apotheker Leo Apotheker dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Hewlett-Packard sejak November 2010 dan meletak jawatan pada 22 September 2011 di mana menyebabkan syarikat kerugian USD30 billion dalam permodalan pasaran. Pemegang - pemegang saham Hewlett-Packard mula berasa kurang senang setelah tindakan Leo Apotheker agar Hewlett-Packard membeli pada harga yang tinggi sebuah syarikat pembuat perisian - Autonomy. Untuk mengembalikan kepercayaan di kalangan para pelabur, Leo Apotheker mengumumkan produk terbaru iaitu - TouchPad yang diberi kepercayaan untuk memberi saingan yang serius dalam urus niaga teknologi komputer tablet ini. Walaubagaimanapun pada 18 Ogos 2011, Hewlett-Packard mengumumkan untuk memberhentikan sokongan operasi bagi peranti webOS khususnya produk peranti yang menggunakan sistem operasi ini yakni TouchPad & telefon. Manakala sokongan & pembangunan bagi perisian webOS tetap diteruskan. Disebabkan oleh hal ini, pegangan saham Hewlett-Packard mula susut hampir sebanyak 25%. Walaupun Leo Apotheker berkhidmat kurang dari 11 bulan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Hewlett-Packard, beliau turut menerima pelbagai jenis pampasan sebanyak lebih dari USD26 billion walaupun menyebabkan kerugian lebih dari USD30 billion. sumber asal : gombug.net Info Gallery - Syarikat besar pun boleh rugi apalagi yang kecik. | Kren patah, hempap empat kereta Posted: 09 Feb 2012 03:46 AM PST INSIDEN kren di sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan jatuh menghempap sebuah kereta dan serpihan besi juga merosakkan dua buah kereta (gambar bawah), yang diletakkan berdekatan di Jalan Binjai, Kuala Lumpur, hari ini.KUALA LUMPUR: Empat buah kereta rosak teruk apabila sebuah kepala kren terjatuh di kawasan pembinaan bangunan pejabat 35 tingkat berhampiran Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Ampang Park di sini, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, berkata kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu menyebabkan kerosakan terhadap kenderaan yang diletakkan di kawasan itu membabitkan sebuah Perodua Kelisa, Proton Wira dan Proton Satria. "Sebuah lagi kereta pacuan empat roda, Toyota Lexus, yang sedang melalui kawasan itu remuk teruk di bahagian belakang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Tiada kemalangan jiwa berlaku. Khirudin berkata, bomba masih menyiasat punca kren itu patah bagi memastikan aspek keselamatan bangunan berkenaan terjamin. "Semua aktiviti pembinaan di bangunan itu dihentikan sementara sehingga pengesahan keselamatan selesai," katanya. Seramai 15 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba Pusat Jalan Hang Tuah dan Balai Bomba Chow Kit dihantar ke tempat kemalangan selepas mendapat panggilan pada jam 1.20 tengah hari. Pemandu kereta Toyota Lexus itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Eric, 52, berkata beliau amat terkejut dan agak trauma kerana masih merasai hentaman kuat serpihan kren yang jatuh di bahagian kiri belakang bumbung keretanya ketika melalui kawasan berkenaan. "Saya sedang memandu di jalan itu dan ternampak sesuatu jatuh di depan. Saya cuba mengelak, tetapi kereta saya terkena juga serpihan kren sehingga remuk bahagian bumbung, pintu dan belakang kereta saya," katanya. kredit : Bharian.com.my Info Gallery - Pihak pemaju perlu mengutamakan keselamatan pekerja dan orang ramai ketika kerja-kerja pembinaan dilakukan | Bungkus bayi dalam plastik Posted: 09 Feb 2012 01:00 AM PST DI SINI...Fredly (kanan) menunjukkan lokasi dia menemui bayi perempuan berkenaan.TAWAU: "Mujur kami meronda sejam sekali, kalau tidak bayi ini pasti jadi habuan anjing yang banyak berkeliaran di sini," kata pengawal keselamatan, Fredly Suman, 40, yang menemui bayi perempuan masih bertali pusat ditinggalkan di kaki lima bangunan berhampiran pejabat Jabatan Air di Tanjung Batu, di sini, awal pagi semalam. Menurut Fredly, dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dia bersama rakannya, Umar Emat, 55, sedang melakukan rondaan di kawasan itu sebelum melihat satu bungkusan plastik di siar kaki bangunan terbabit. "Pada mulanya, saya menyangka plastik ini berisi sampah dibuang penduduk atau digonggong anjing. "Tetapi, sebaik membuka plastik ini, saya terkejut melihat wajah bayi yang comel," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam. Katanya, bayi perempuan itu kemudian menangis tanpa henti menyebabkan dia dan rakan membawanya ke pondok pengawal sebelum menghubungi polis. Fredly berkata, dia melihat bayi itu seolah-olah kelemasan dalam plastik dengan berbantalkan kain batik ketika membuka bungkusan berkenaan. "Sebaik dikeluarkan, saya lihat bayi ini masih bertali pusat namun keadaannya seperti sudah dimandikan dengan rambut disisir rapi serta tiada kesan darah di badan," katanya. Fredly berkata, sepanjang bekerja di kawasan itu sejak 18 tahun lalu, kejadian itu pengalaman pertamanya. "Mujur saya cepat membuka ikatan plastik itu, jika tidak sudah pasti bayi itu akan mati kelemasan atau menjadi mangsa anjing liar," katanya. "Selama ini saya hanya membaca kejadian sebegini melalui media, tak sangka pula turut mengalaminya," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin berkata, polis yang menerima laporan bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan. Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, bayi itu dipercayai baru dilahirkan serta berada dalam keadaan sihat dan polis yakin ia baru ditinggalkan di kawasan itu sebelum ditemui pengawal keselamatan berkenaan. "Buat masa ini, bayi yang cukup sifat ini ditempatkan di Hospital Besar Tawau dan berada dalam pengawasan pihak hospital," katanya pada sidang media di pejabatnya. Ibrahim berkata, polis sudah menjalankan siasatan termasuk menggunakan khidmat anjing pengesan dari Unit K9 bagi mengesan individu yang membuang bayi itu. "Mereka yang bertanggungjawab perlu diberkas dan dihadapkan ke mahkamah. "Polis meminta kerjasama mana-mana hospital, klinik bersalin atau mereka yang mengetahui kejadian ini supaya menghubungi polis dengan segera," katanya. kredit : Hmetro.com.my Info Gallery - Masyarakat kembali mengamalkan gaya hidup jahilliah,akhirat kelak tempat yang seadil-adilnya dan setiap perbuatan akan ada balasannya | kemaruk raba sesama lelaki Posted: 08 Feb 2012 11:00 PM PST TUMPUAN...pengunjung beratur untuk memasuki kelab malam terbabitKUALA LUMPUR: Berkucupan, berpelukan dan raba-meraba sesama lelaki sambil berjoget mengikut rentak muzik menjadi lumrah di ruang tarian sebuah kelab malam di ibu kota yang sering dikaitkan dengan tempat golongan gay berpesta. Tanpa mempedulikan suasana panas, dianggarkan hampir 200 pemuda bersesak-sesak menari terlompat-lompat sambil meneguk arak, berpelukan dan berkucupan sesama mereka tanpa segan silu sebaik muzik dimainkan. Sebelum ini golongan homoseksual sering dikaitkan dengan hubungan cinta sesama jantina hingga melakukan hubungan seks luar tabii, namun tidak banyak diketahui mengenai aktiviti hiburan mereka. Berdasarkan maklumat, Harian Metro melakukan tinjauan pada awal pagi Sabtu lalu di sebuah kelab malam di ibu negara dan mendapati ratusan lelaki berusia 20 tahun menari serta berpelukan ghairah sesama jantina bermula jam 1 hingga 3 pagi. Disebabkan terlalu seronok, mereka mengajak orang yang tidak dikenali menari bersama, malah dalam suasana sesak itu ada di antara mereka 'kemaruk' meraba lelaki lain. kredit : hmetro.com.my Info Gallery - Dunia akhir zaman,perbuatan pelik dianggap kebiasaan | Amukan jiran Posted: 08 Feb 2012 10:00 PM PST KUALA LUMPUR: "Saya menjerit dan berdiri di belakang suami ketika kami diserang jiran yang bersenjata rantai besi dan topi keledar," kata Siti, 33, cedera dipukul jirannya yang berang selepas insiden kemalangan kecil membabitkan dirinya dan suami serta isteri jirannya. Dalam kejadian jam 11.30 pagi di Setiawangsa, di sini, kelmarin, pasangan terbabit tergamam apabila jirannya memecah pintu rumah sebelum menyerang mereka. Menceritakan semula kejadian, Siti, penyelia sebuah pusat beli-belah berkata, sebelum diserang, dia bersama suami yang menunggang motosikal pulang ke rumah dilanggar motosikal ditunggang isteri jirannya. Menurutnya, akibat pelanggaran itu berlaku pertengkaran beberapa minit sebelum suaminya meredakan keadaan dan mereka pulang ke rumah kerana motosikal mereka hanya mengalami kerosakan kecil. "Sangkaan saya kejadian itu sudah selesai meleset apabila tiba-tiba jirannya itu mengamuk dan menyerang kami selepas dimaklumkan isterinya mengenai kemalangan kecil itu. "Saya yang ketika itu memasak terkejut apabila terdengar dentuman kuat dari luar pintu rumah. Ketika itu, suami berada di ruang tamu sebelum melihat jiran meluru masuk dan memukulnya," katanya. Siti berkata, lelaki terbabit yang berusia 30-an kemudian melibas rantai besi hingga terkena badan suaminya, malah dia yang berada di dapur meluru keluar membantu, namun turut dipukul lelaki terbabit yang seolah-olah hilang pertimbangan. "Walaupun puas kami menyuruh jiran itu bertenang dan berbincang, namun lelaki terbabit tidak mempedulikannya sebaliknya semakin ganas menyerang kami. "Selepas beberapa minit kami cuba mempertahankan diri, akhirnya lelaki itu berhenti sebelum melarikan diri," katanya. Menurutnya, akibat serangan itu, mereka cedera di kepala dan lebam seluruh badan. "Saya tidak sangka hanya kerana salah faham menyebabkan dia menyerang kami dan bertindak ganas memecah pintu rumah. "Saya dan suami hingga kini masih trauma, tambahan pula ini kali pertama ia berlaku," katanya. Bimbang dengan keselamatan diri dan tidak mahu kejadian sama berulang, mereka membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak untuk tindakan lanjut. kredit : Hmetro.com.my Info Gallery -Berbincang untuk menyelesaikan masalah, tindakan melulu hanya akan merugikan diri dan memburukkan keadaan | Misteri kematian Patrick Wong? Posted: 08 Feb 2012 08:00 PM PST Keratan Utusan Malaysia 20 November 2009KUALA LUMPUR 8 Feb. – Pengendali portal berita Free Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin hari ini mendakwa kematian ahli perniagaan, Datuk Patrick Wong Kie Yik yang terjatuh dari balkoni rumahnya pada 19 November 2009, sebenarnya dibunuh. Lebih mengejutkan, Raja Petra mendakwa kematian bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia itu mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan pasir membabitkan pemimpin pakatan pembangkang di Selangor. Katanya, ia berdasarkan pertemuan antara beliau dengan mendiang di United Kingdom pada Oktober 2009 atau sebulan sebelum kejadian itu, di mana Patrick telah berjanji untuk mengumpul maklumat mengenai penyelewengan pasir untuk disiar dalam Free Malaysia Today. Jelas Raja Petra, beliau percaya tiga perompak bersenjata parang yang memecah masuk rumah mendiang di Bukit Bandaraya, Bangsar, adalah pembunuh yang diupah oleh pihak yang terbabit dalam penyelewengan pasir kerana bimbang isu rasuah tersebut didedahkan Patrick. "Seorang kawan baik saya telah dibunuh dan saya ingin tahu mengapa. Sekarang, selepas hampir tiga tahun, saya memiliki bukti yang akan mendedahkan cerita 'rasmi'. Sumber dalaman memberitahu saya ia bukan rompakan, ia satu pembunuhan berkait dengan perniagaan. "Ini kerana selepas pertemuan di United Kingdom, Patrick meminta tempoh sebulan untuk mengumpul maklumat mengenai sindiket perlombongan pasir di Selangor, bererti pada November saya boleh mula menyiarkan pendedahan itu tetapi ia tidak berlaku. "Beberapa minggu kemudian, Patrick dibunuh. Polis kata mendiang maut kerana terjatuh tetapi laporan bedah siasat mendapati kematiannya disebabkan kecederaan di kepala dan leher (seperti dicekik)," dakwanya seperti mana dipetik dari http://www.freemalaysiatoday.com. Dalam kejadian pada 19 November 2009 lalu, Patrick, 57, yang ketika itu berada dalam bilik komputer dilaporkan maut apabila terjatuh daripada balkoni, ketika cuba menyelamatkan diri selepas panik melihat dua daripada tiga perompak menyerbu tingkat atas rumahnya. Bagaimanapun, anak perempuan dan lelaki Patrick yang masing-masing berusia 18 dan 25 tahun serta pembantu rumah tidak diapa-apakan, sebaliknya perompak hanya melarikan dompet mangsa berisi USD300 (RM1,018) dan telefon bimbit milik anak perempuan mendiang. Dalam pada itu, sebagai memperjuangkan kematian sahabat baiknya itu, Raja Petra berikrar akan mendedahkan segala bukti rasuah dan penyelewengan pasir yang didalangi beberapa pemimpin pakatan pembangkang selepas tiga tahun beliau mengumpul maklumat. Ujarnya, tindakan tersebut demi memberi penghormatan kepada Patrick kerana mendiang semasa hayatnya menentang aktiviti rasuah dan penyelewengan pasir di Selangor yang seolah-olah 'dihalalkan' walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetahui perkara itu. "Sekurang-kurangnya saya dapat memberi penghormatan kepada mendiang walaupun sedar dengan risiko nyawa yang terpaksa saya hadapi tetapi jika apa yang berlaku pada Patrick terjadi ke atas saya, ia mengesahkan apa yang saya kata (pembunuhan) tentang mendiang," dakwanya. kredit : kosmo.com.my Info Gallery - Jika benar terdapat bukti dan saksi,pihak polis perlu membuka fail siasatan yang lebih teliti didalam kes ini | 2 cek RM4j kepada Sosilawati tak ditunai Posted: 08 Feb 2012 07:00 PM PST SHAH ALAM - Perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu tertuduh pertama N.Pathmanabhan telah mengeluarkan dua cek berjumlah RM4 juta untuk dibayar kepada jutawan kosmetik itu tetapi kedua-duanya tidak ditunaikan. Pengurus operasi Hong Leong Bank cawangan Banting, Yvonne Tiong Guat Choo, 39, berkata, dua keping cek bertarikh 9 September 2010 itu adalah daripada akaun peribadi Pathmanabhan untuk dibayar kepada Southern Symphony Sdn. Bhd., syarikat yang dimiliki oleh Sosilawati. "Merujuk kepada penyata akaun Hong Leong Bank atas nama Pathmanabhan, kedua-dua cek itu tidak ditunaikan sehingga 15 September 2010," katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abdul Ghani. Yvonne Tiong memberi keterangan pada hari ke-66 perbicaraan kes Pathmanabhan yang merupakan bekas peguam, serta tiga pekerja ladang T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, serta pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44. Pathmanabhan, 42, Thilaiyalagan, 20, Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, dituduh melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan kredit : kosmo.com.my Info Gallery - Berjumpa ditempat terbuka atau dipejabat untuk urusan yang melibatkan jumlah wang yang banyak | Pelanggan leka judi terkejut Posted: 08 Feb 2012 05:00 PM PST SEREMBAN – Polis menyerbu tiga premis yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian siber, dalam Ops Judi Ciber, di sini, malam kelmarin. Hasil serbuan dilancarkan serentak oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen Polis negeri itu, sebanyak 65 set komputer yang diubah suai menjadi mesin perjudian haram berjaya dirampas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, serbuan bermula kira-kira jam 11.30 malam itu diadakan di dua lokasi berasingan iaitu di Temiang dan Rasah. "Seramai 25 lelaki dan empat wanita warga tempatan yang leka berjudi ditahan. Tiga lelaki tempatan dipercayai penjaga premis juga ditahan untuk membantu siasatan. "Mereka berusia lingkungan 20 hingga 40-an terkejut ketika serbuan kerana tidak menyangka kehadiran polis membuat pemeriksaan," katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, semua pelanggan dibebaskan selepas keterangan diambil. "Selain komputer, turut dirampas wang tunai RM3,038 dipercayai kutipan hasil perjudian daripada tiga premis terbabit. "Kes disiasat di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 2001) yang memperuntukkan denda RM10,000 bagi setiap mesin yang dirampas atau penjara lima tahun jika sabit kesalahan," katanya. Hamdan berkata, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 6 Enakmen Pusat Hiburan yang membawa hukuman denda minima RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun sekiranya sabit kesalahan. kredit : kosmo.com.my Info Gallery - Banyak lagi perniagaan yang halal yang boleh diceburi,judi hanya akan menjatuhkan ekonomi dan menambah sikap pemalas Umat Islam | Lelaki dituduh cederakan isteri guna mancis Posted: 08 Feb 2012 04:00 PM PST Wan Mustafa Mamat, 40, didakwa dengan sengaja melakukan perbuatan itu terhadap Rohana Abdullah, 40, pada jam 9.30 malam, di rumah mereka di Kampung Kedai Buloh di sini, 2 Februari lalu. Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan. Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah. Dalam perkembangan sama, Wan Mustafa turut menafikan tuduhan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki 0.2 gram heroin ketika ditahan, 3 Februari lalu. Kedua-dua kes pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Hafiz Abd Rahman di hadapan Majistret Mohd Hafiz Mohd Noor. Kes disambung semula 4 Mac depan, sementara tertuduh dibenarkan diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin. Akhbar sebelum ini melaporkan seorang lelaki memukul isterinya dengan kerusi sebelum mencucuh mata kiri wanita itu dengan api sehingga melecur selepas mengamuk kerana tidak diberikan wang dipercayai untuk membeli dadah. Dia bagaimanapun ditahan polis selepas anak perempuan mereka yang berusia 19 tahun membuat laporan polis pada jam 7.45 malam, keesokan hariny kredit : sinarharian.com.my Info Gallery - Ramai yang tidak memahami konsep sebenar perkahwinan,lelaki sepatutnya membimbing dan melindungi isterinya,bukan sebaliknya |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan