Ahad, 26 Februari 2012

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


Gambar Kebakaran Gudang Kitar Semula <b>di</b> Kawasan Perindustrian <b>...</b>

Posted: 22 Oct 2011 05:00 AM PDT

Salam sejahtera buat semua.

Kilang di Menglembu Terbakar

Badan terasa penat setelah lebih lapan jam meluangkan masa dengan Irsyad dan Luqman di luar UTP. Kami bergerak ke luar sebaik sahaja solat Subuh menuju ke Teluk Senangin, Lumut kerana melarikan diri daripada gangguan bekalan elektrik di UTP pada pagi tadi.

Lewat petang tadi, saya dikejutkan dengan berita kebakaran sebuah gudang kitar semula di Kawasan Perindustrian Farlim, Menglembu yang jaraknya tidaklah terlalu jauh sangat dari UTP. Berikut adalah petikan berita yang dipaparkan di Utusan Malaysia Online pada petang tadi.

IPOH 22 Okt. – Sebuah gudang barangan kitar semula di Kawasan Perindustrian Farlim di Menglembu di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku petang ini.

Kebakaran pukul 1.54 petang itu boleh dilihat dari jarak 10 kilometer di bandar ini apabila asap hitam memenuhi ruang udara di kawasan tersebut.

Penolong Pengarah Operasi, Bomba dan Penyelamat negeri, Wan Azmi Wan Ahmad berkata, empat jentera dengan 21 anggota dari Balai Ipoh, Simpang Pulai dan Pasir Putih bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua pekerja yang berada dalam gudang itu sempat menyelamatkan diri.

Kebetulan ada seorang pengguna Twitter iaitu JoLum berkongsikan empat keping gambar kebakaran yang sempat dirakam oleh beliau. Salah satu daripada gambar tersebut telah dipaparkan di atas dan lagi tiga ada di bawah.

Kilang di Menglembu Terbakar

Kilang di Menglembu Terbakar

Kilang di Menglembu Terbakar

Tambahan, satu video telah dikongsikan oleh pengguna YouTube yang telah memuat naik video yang dirakam semasa kejadian kebakaran tersebut terjadi.

beliamuda: Tak pasti sangat mana Kawasan Perindustrian Farlim ni. Rasanya lalu je kalau ambil jalan Lahat – Menglembu untuk ke Ipoh. Mungkin kawasan tu kot?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan