Sabtu, 11 Februari 2012

07 di pantai remis - Google Blog Search

07 di pantai remis - Google Blog Search


Teratakarmo: Pertandingan Memancing <b>di Pantai Remis</b> Kuala <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2012 08:12 AM PST


Pertandingan Memancing di Pantai Remis Kuala Selangor disergah semalam semata-mata ingin melihat jiran-jiran masuk pertandingan memancing. Bermula pukul 3.00 petang sehinggalah pukul 6.30 petang. Cuaca toksah cerita panas ya amat dan Para Peserta memancing dianggarkan lebih 500 orang kut.

Suasana macam pesta bila hadiah tempat pertama berjumlah RM12,000 tunai menjadi rebutan para peserta. Memang ramai betul peserta yang masuk pertandingan kali ini. Aku taklah nak tunggu sampai habis sebab cuaca panas banget. Sekadar memberi sokongan kepada jiran aku dengan batang pancing mereka dari 15 kaki ke 18 kaki.

SIAP ADA JURU TEKNIKAL LAGI..
PANCING PESERTA BERSELIRAT BILA RAMAI PESERTA

Hampa gak sebab aku tengok kebanyakan ikan yang naik sekadar ikan "Blues Gang" @ Ikan Belukang. Selain daripada itu ikan sembilang dan juga ikan gelama turut menjadi mangsa pancing. Para Peserta aku rasa tak kisah ikan jenis apa yang naik sebab pertandingan berdasarkan berat ikan, jadi ikan jenis apa tak kisah janji berat.

HASIL TANGKAPAN YANG ANTARANYA DIJANGKA MENANG RM12,000
SALAH SEORANG PESERTA BERJAYA MENAIKKAN TANGKAPAN
Gian gak rasanya bila tengok jiran-jiran layan pancing ni, tapi memandangkan jumlah yuran sebanyak RM70 agak tinggi bagi aku. Kalau yuran RM20 ke RM30 mahu aku pun turut serta masuk pertandingan. Kesesakan luarbiasa kali ini dipantai remis dengan kehadiran kaki-kaki pancing ini.

SUASANA PANTAI REMIS DENGAN PARA PESERTA PEMANCING
PANTAI REMIS TEMPAT BERSANTAI SEISI KELUARGA
Pantai remis ni kalau dibangunkan aku rasa boleh menjadi tarikan kepada orang luar yang ingin beriadah dan jalan-jalan cari makan. Pembangunan perlu dilakukan agar ia dapat menarik para pengunjung ke lokasi yang bagi aku cukup cantik sekali sekiranya diberi penjagaan yang baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan