07 di pasir salak - Google Blog Search |
Malam Derita Bangsa <b>di Pasir Salak</b> (Oleh: Rahmat Haron <b>...</b> Posted: 17 Feb 2012 04:05 AM PST "Apa yang perlu kita cari dan temukan…ialah suatu jenis politik baru. Bukan politik berkerajaan, tetapi politik perlawanan. Politik pembangkangan. Politik berganding bahu merentas dunia dan menghalang kemusnahan tertentu." – Power Politics, Arundhati Roy. Dalam keadaan masyarakat melarat akibat kerakusan korporat keparat dan pemerintah yang rasuah, suara seniman, seperti yang dihasratkan dalam petikan di atas akan muncul. Justeru, di sinilah letaknya peri penting Malam Derita Bangsa di Felcra Changkat Lada, Pasir Salak, Perak yang berlangsung pada Ahad malam, 5 Februari yang lalu. Acara ini dianjurkan oleh Pas Kawasan Pasir Salak dan Lajnah Pembangunan Tanah Perak. Menurut YDP Pas Kawasan Pasir Salak, Dr. Muhaimin Sulam, "nama Derita Bangsa diambil sempena sebuah antologi puisi Usman Awang dan Dino S.S." Muhaimin, yang juga setiausaha Badan Perhubungan Pas Perak yakin, "rakaman tentang derita bangsa oleh sang penyair tidak sekadar memenuhi rak buku dan perpustakaan universiti." Tetapi menurut tokoh cendekiawan yang memperolehi PhD dalam bidang kepimpinan politik dari University of Wales ini lagi, "ia adalah gelodak yang mengangkat kesedaran umat." Selesai Maghrib, kami bergerak dengan konvoi bersama Unit Amal Pas Pasir Salak. Tahun ini, tiada pertempuran, tiada FRU, tiada gangguan di sini. Tirai persembahan dibuka apabila penulis naik ke pentas. Di hadapan, kira-kira 2,000 orang penonton hadir untuk meraikan acara. Sebenarnya pentas berhias ini terletak di atas sebuah lori. Begitulah kreatifnya pihak penganjur. Tanpa dana besar atau dokongan infrastuktur sekalipun, acara masih dapat berlangsung secara sederhana dan merakyat. Malam itu, para hadirin disajikan persembahan seloka Pak Salleh Bakar, nyanyian Mel Wings, puisi Pyanhabib dan jenaka Tukar Tiub. Merujuk kepada angka hutang negara, penyair Pyanhabib dalam puisinya Nota Kepada PM, bertanya, "berapa senkah RM 400 bilion itu?" Bersambut sorakan penonton. Acara forum pada malam tersebut, menampilkan kelainan pada malam bersama para panelis, 'MB' Nizar Jamaluddin, penyair Dinsman, Pengerusi Anak, Mazlan Aliman, Timbalan YDP Pas Kawasan Pasir Salak, Haji Razman Zakaria dan Hishamudin Rais. Muhaimin pula menjadi moderator. Kebiasaan acara ceramah sehala diubah ke dalam bentuk forum interaktif bertukar-tukar pandangan dengan soalan-soalan daripada moderator dan khalayak hadirin. Hishamuddin dan Dinsman mengupas peranan seniman dalam menghadapi keadaan rakyat menderita akibat pemerintahan gerombolan Umno selama lebih lima dekad ini. Dinsman mahu pimpinan politik memahami hal-hal budaya dan keseniaan. Manakala, Hishamuddin, seorang penulis, pembikin filem dan bekas tahanan ISA berseloroh, "saya adalah seorang propagandis." Panelis bintang pada malam itu – malam menjelang hari peringatan rampasan kuasa Perak 6 Februari 2009 – tidak lain tidak bukan ialah 'the real' Menteri Besar Perak yang dirampas amanah kuasanya, DS Nizar Jamaluddin. "Bagaimana kepimpinan Pakatan yang dikatakan Umno sebagai anti Melayu ini meluluskan permohonan Tuan Guru Haji Abdul Latif (Pak Teh) sejak 1996 untuk sekolah pondok agama di Keroh Gerik di atas tanah seluas 45 ekar," soal Nizar. Haji Razman turut mempertahankan tindakan Nizar memberi tanah kepada rakyat bawahan yang dikecam hebat gerombolan Umno – pemberian geran kepada kampung-kampung tersusun orang Melayu sebanyak 7 ribu ekar, kampung-kampung nelayan dan petani Cina sebanyak 3 ribu ekar (mereka telah menetap sejak 70 tahun lalu) dan ribuan ekar tanah adat Orang Asal. Sementara itu, tema derita bangsa ditaksirkan Pengerusi Anak, Mazlan Aliman dalam isu semasa penyenaraian saham dan pajakan tanah Felda ke bursa saham. Mazlan memberi peringatan terhadap, "nasib peneroka Felda yang tidak terbela, ditipu pemimpin Umno seperti yang pernah dialami oleh para peneroka Felda Sungai Buaya, Felda Sendayan, Felda Labu dan Felda Cahaya Baru." Begitulah Malam Derita Bangsa, bahawa seniman amat diharap-harapkankan tumbuh sebagaimana pesan Muhaimin, "bukan sekadar menjadi penyaksi tetapi pencetus satu revolusi di tanah bersejarah; Pasir Salak!" Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26796 |
You are subscribed to email updates from di pasir salak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan