Rabu, 28 Mac 2012

07 di kampar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di kampar - Google Blog Search


Syazwani Mazlan Official Blog: Saya Berketurunan <b>Kampar</b> Piliang <b>...</b>

Posted: 08 Mar 2012 01:39 AM PST



Trilog. Hahaha. ni kes orang berduyun add aku secara tetiba. padahal letak gambar punya sememeh (sakai) je. Tak syak pasal cousin aku ni laaa.. ada nak stalker habis. aku jadi mangsa =_=''


Assalammualaikum.

Bila umur dah dekat 21 tahun , mulalah nak tahu asal usul keturunan sendiri. ok, aku tak pernah nak ambil tahu pun. Tapi hari ni terasa nak tahu sangat-sangat yang aku ni keturunan mana. Kita tahu, semua orang Malaysia bukan berasal dari sini kan? Hanya orang asli je yang sebenarnya asal dari tanah Malaysia ni.  Orang asli lagi banyak dapat kelebihan kalau korang taktahu lah kan. Macam-macam keturunan yang ada kat Malaysia ni . Contohnya : orang jawa, banjar , melayu siam , kampar & lain-lain.

Selidik punya selidik, tanya punya tanya dengan orang-orang yang terdekat, oh rupanya aku ni keturunan Kampar Piliang (belah mak) & Kampar Domo (belah ayah) . Tapi...tapi.....aku langsung tak fasih & tak tahu bahasa kampar..... aiyoyoyo.... nyesalnya tak tahu bahasa ibunda sendiri!

Orang kampar ni, aku akui ramai yang tak tahu kewujudan keturunan kampar... yang femes JAWA jeeer... hehehe... Betul tak? Banjar pun apetah lagi... ramai yang tak tahu keturunan-keturunan ni.... Kena research gamaknyeee.... Kalau ada buku pasal kampar, dah lama aku beli!!! sesiapa? ada nak belikan? ;)

Adat dan kebudayaan orang Kampar memang sama dgn Minang (ada kontrovesi disini-org Minang kata org Kampar tu keturunan Minang dn orang Kampar pula kata Minang tu asalnya dri Kampar. Suku2 utama Kampar adalah suku2 Melayu (ini suku yg paling besar, banyak sub sukunya), Domo, Piliang, Patopang, Mandeleong dan Caniago. Setiap suku ini ada juga pecahannya tapi tidak sebanyak suku Melayu. Orang2 Kampar tersebut dgn kealimannya dan berpegang teguh kepada ' Adat Bersendi Syarak dan Syarak bersendikan Kitabullah. Syarak Menyebut, Adat Membuat.'

Orang suku Kampar (Kampau) berasal dari lima (5) kota utama yang merupakan penempatan utama di tepi Sungai Kampar di Kabupaten (daerah) Kampar di Riau, Sumatera iaitu:

i. Kuok (pekan sehari: Selasa)
ii. Salo (pekan sehari: Isnin)
iii. Bangkinang (pekan sehari: Ahad dan Rabu)
iv. Air Tiris (pekan sehari: Sabtu)
v. Rumbio (pekan sehari: Khamis)

Setiap kota terdiri daripada empat (4) suku utama iaitu:

i. Domo Bagindo Bosau
ii. Tok Said
iii. Piliang
iv. Melayu

suku lain :1. Pitopang

3. Kampai

Setiap suku mempunyai seorang ketua. Oleh yang demikian setiap kota akan memiliki 4 orang ketua suku yang akan menghadiri pertemuan ketua-ketua suku di kota Bangkinang. Ketua suku yang mempunyai bilangan anak buah yang teramai akan dipilih sebagai ketua suku sesebuah kota. Setiap perhimpunan ketua-ketua suku di Bangkinang akan dihadiri oleh 20 orang ketua suku (4 X 5). Seorang ketua suku sesebuah kota yang mewakili anak buah yang paling ramai akan menjadi ketua suku orang Kampar.

Pada awalnya Orang Kampar datang ke malaysia / Semenanjung Tanah Melayu melalui jalan laut Selat Melaka. Setelah itu mereka menggunakan jalan sungai dan darat. Seterusnya mereka membuat penempatan baru di kawasan sekitar sepanjang Sungai Pahang. Penempatan baru orang-orang Kampar bermula dari Pekan – Chenor – Temerloh – Jerantut. Selain itu mereka juga tersebar ke Kuantan – Mentakab – Kerdau - Kuala Krau dan Kuala Lipis.

Orang-orang Kampar yang mendarat di pantai barat Semenanjung membuat penempatan baru di Selangor (terutamanya di Batang Kali dan Kajang), di Perak (terutamanya di Batu Gajah, Kampar dan Parit Buntar).

Pekerjaan utama orang-orang Kampar ialah berdagang. ( memang aku akui, family aku superb berbisness. Atok aku belah mak jual pakaian , atok aku belah ayah ada kedai runcit )

Kini anak-anak keturunan Kampar sudah tersebar di merata ceruk-rantau Malaysia dan hidup membaur dengan keturunan suku-suku yang lain. Sebahagian daripada masih mewarisi bahasa dan budaya Kampar manakala sebahagian lagi sudah terputus hubungan dengan asal usul mereka.(macam aku lah ni..langsung tak tau pape =_=' )


Nature . No make-up pls ;) taken 2012


with my auntie....sayang gilaaa kat dia nii...hehehe

sekarang ini ciri-ciri tradisional masyarakat kampar agak sukar ditemui lagi disebabkan arus pemodenan. tetapi masih boleh juga ditemui ciri-ciri tradisional kampar (walaupun amat sedikit) sekiranya melalui kwsn kampung2 di sekitar daerah kampar, perak. ( sekarang ni rumah dah flat , banglo , teres . dah pupus rumah2 tradisional dlm kalangan family aku...)


Yang aku tahu, atok kedua-dua belah mak ayah aku dah menetap di Kampar perak. Lepas merdeka , semua hijrah ke selangor . Sebab tu bersepah-sepah keturunan kampar di negeri selangor ;)


Sejarah masyarakat Kampar di Malaysia bermula dri tahun 1526 apabila rombongan pembesar2 dri Kampar mengiringi Raja Muzafar Shah, Putera Mahkota Sultan Mahmud Shah Melaka, belayar ke Gangga Nagara (Perak) dan mendarat di Beting Beras Basah, di kuala Sg Perak, dekat Bagan Datoh. Mereka kemudiannya menobatkan Putra Mahkota tersebut sebagai Sultan Muzafar Shah Perak. Sultan Mahmud mengambil perlindungan di Kampar yg diperintah oleh abangnya Raja Abdullah, apabila kalah dgn Portugis thn 1511 lari ke Pulau Penyengat di Bintan dn seterusnya ke Kampar.
Adiknya Muzafar bernama Alauddin Shah menjadi Sultan di Johor dan keturunan akhirnya adalah Sultan Mahmud yg mangkat dijulang. Setelah itu Johor diperintah oleh raja2 keturunan Bugis. Pekan Kampar di Perak memangnya dipelopori oleh orang2 Kampar dri Riau. Dauk Bahaman, Pahlawan Pahang, ayahnya adalah keturunan Kampar dri Bangkinang. Masyarakat Kampar banyak terdapat di pesisir negeri Perak dri Hutan Melintang ke Teluk Intan, Kampar, Tapah, Parit, Slim, Tg Malim, di Selangor di kawasan pesisir dri Kuala Selangor smpai ke Sabak Bernam, Batang Kali, Sg Masin, Ulu Yam, Kuang, Rawang, Kg Medan PJ, Sentul, Shah alam , Klang dan Gombak. (KAMPAR DAH BERSEPAH DI SELANGOR ;) ) Di Pahang pula di Dong, Raub, Jerantut feri, Pasar Kuala Kerau dan Kerdau, Bt 1 Temerloh, Mentakab, dan Bt 8 Kuantan. Di Johor pula di Bt 4 jln Kota Tinggi-Mersing.

aku rinduu roomate aku sem 1 & sem 2 ni dulu!!


With my cousin. Gambar zaman sekolah men.. dlm ting 3 ke bawah tak silap aku lah

Now , dia dah besar. sebaya dengan aku. Rindu nak jumpa dia... Kecik-kecik kitaorang rapat gileee! ;) (poyo je dia ni..pakai kasut sport nak tinggi.konon tinggi le tuu.haha!)
Senarai orang kenamaan yang berketurunan Kampar :


Kedah- Dt Dr Affifuddin Omar, Mantan Timb. Menteri Kewangan dan Prof Dt Dr Asmah Omar, Pakar Bahasa Melayu,
Perak- Dt Hamzah Zainudin, Timb Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dt Nazri Siron, SUB Kementerian Pertahanan,


Selangor- Dt Mohlis Jaafar, Timb DG Kementerian Pendidikan Tinggi, 

Pahang- Tan Sri Mohamad Yusof, Mantan DG Jab Perdana Menteri, Dt Gumuri Hussin,Pengurusi Bank SME,Penyanyi Alyrhm Dt Sudirman Arshad, Alinoor dan Mastura, Pengarah Filem U-Wei Shaari, 

Dri ATM Mej Jen Dt Amir Baharudin (B), Mej Jen Dt Mazlan Kasap, Mej Jen Dt Mahdi Yusof dn Aly
rhm Brig Jen Rosli Yusof (B).

Dri Johor- Mantan Senator dn Exco Dt Yusoff Malim Kuning. 


Bawah ni, contoh bahasa Kampar. Ni pun aku research kat google ;) lebih kurang mcm dialek negeri sembilan kan? Hehehehe
"tapi ado juo masalahnyo...banyak yang endak goti bahso awak..paje kekenek olun tontu paham apo bahso awak..banyak yang dah bercampur bahwo lain..salah omak bapak juo,endak omou mengingatkan papajey bahso awak..." 


Ni zaman umur aku awal remaja. zaman hot-hot ni. waakakakkak! geli kan?;p


ni dah matured sikit. hahahaha. before masuk 19an tak silap

Kebanyakan family aku berkulit cerah. Tu tak dinafikan. & anak-anak kampar ni comel-comel tak tinggi mana , ikut baka family ayah masing-masinglah. heeeee... sekarang baru aku faham asal-usul aku... so... tak payah nak belagak-lagak sangat dengan asal usul masing-masing kan....even dah tenggelam oleh arus pemodenan.. aku takkan lupa tapi bahasa ibunda tak tahu langsung rasa macam aku orang asing dari suku kampar.....:'(
Asal-usul korang camne pulak?? cepat tanya parents masing-masing.... Cari sampai puas hati.. berbangga lah dengan asal-usul korang tak kira jawa ke , banjar ke kan.... :) Seronok bila dapat research bangsa sendiri. hehehe.

P/S : ALHAMDULLILAH... dengan semua nikmat yang Allah beri . Thanks :) Muka aku banyak berubah!! heee Rupanyee aku pun ada keturunan di Perak eyh ?

Thnks sudi baca sampai habisss.. Siapa orang dari suku Kampar , sila contact aku!!! hehehe ;p

KREDIT : https://www.facebook.com/note.php?note_id=384066766402 , http://interestgrouppahang.wetpaint.com/thread/4455378/Tambahan+Kpd+Usul+Asal+Kita+Di+Atas & google :)

5 ulasan:

adikasha on 2 Februari 2015 11:57 PTG berkata...

Kite geng laa,Kampar Piliang..

adikasha on 2 Februari 2015 11:58 PTG berkata...

Assalam..x sangka ada ramai jugak suku kaum Kampar,bertahun-tahun org duk tnya saya cakap bahasa apa kalo diorg dgr saya call mak saya,bila baca blos ni rase seronok sgt...ade geng laa Kampar Piliang..

Zaman Saleh on 24 Februari 2015 12:13 PG berkata...

Nak malu apa awak urang Kampar adikasha

Zaman Saleh on 24 Februari 2015 12:15 PG berkata...

Otak suku demo - ayah suku Melayu menetap di kg sg lesung kampar perak

Zaman Saleh on 24 Februari 2015 12:27 PG berkata...

Maaf pembetulan omak suku demo - ayah suku melayu

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved