Khamis, 8 Mac 2012

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Sekolah perikanan moden dibina <b>di Lumut</b>

Posted: 07 Mar 2012 03:12 PM PST

PUTRAJAYA 7 Mac – Sebuah sekolah perikanan yang dilengkapi kemudahan latihan, sistem simulator, peralatan penangkapan ikan serta bengkel kejuruteraan laut akan dibina di Kampung Aceh, Lumut bagi melahirkan pekerja mahir tempatan dalam bidang itu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, Unit Perancang Ekonomi telah meluluskan RM80 juta untuk projek tersebut dan penyediaan tapak bagi fasa pertama telah pun siap.

"Pemeteraian perjanjian hari ini adalah untuk membina bangunan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Perakuan Perutusan Makmal Pengurusan Nilai bagi pembinaan sekolah perikanan itu di sini hari ini.

Sekolah perikanan yang dibina di atas tapak seluas 12 hektar itu bertujuan melahirkan graduan berkemahiran tinggi dan berdaya saing dalam bidang perikanan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan