Jumaat, 9 Mac 2012

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Kaki samun Geng Samuel lumpuh

Posted: 08 Mar 2012 03:11 PM PST

IPOH 8 Mac – Polis berjaya melumpuhkan Geng Samuel, kumpulan yang dipercayai aktif melakukan kegiatan samun bersenjata, curi kenderaan dan peras ugut di sekitar daerah ini dengan tertangkapnya tiga ahli kumpulan itu dalam serbuan di sini baru-baru ini.

Kesemua suspek berusia 25 hingga 30 tahun itu ditahan selepas kegiatan kumpulan berkenaan terbongkar susulan laporan polis yang dibuat tiga mangsa yang disamun di daerah Buntong dan Menglembu, Ahad lalu.

Ekoran laporan tersebut, polis menangkap suspek pertama di Buntong pada hari kejadian manakala suspek kedua dan ketiga masing-masing ditahan di Menglembu pada 5 dan 7 Mac lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahalan berkata, dalam kejadian pertama, kumpulan yang dipercayai aktif sejak tiga bulan lalu itu menyamun seorang lelaki pada pukul 6 pagi dengan merampas wang tunai RM50 dan sebuah motosikal.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan