Selasa, 27 Mac 2012

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


Operasi Sita Mesin Penapis Air <b>Di Taiping</b>

Posted: 24 Mar 2012 11:12 PM PDT

Enam kes melibatkan mesin penapis air (water dispenser) dicatatkan setelah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Taiping menjalankan operasi besar-besaran di sekitar bandar Taiping, di sini.

Ketua PPDNKK Cawangan Taiping, Basaruddin Mohiyuddin berkata, operasi yang diketuai Pegawai Penguatkuasa Kamarul Anaz Kassim itu bermatlamat membanteras kegiatan salah laku berhubung ketepatan isi padu air mesin berkenaan.

Menurutnya, bertindak atas aduan orang awam, pihaknya, menjalankan operasi ke atas individu/ pemilik mesin penapis air dengan kadar harga RM0.10 seliter yang diletakkan di kaki lima kedai.

"Sepanjang operasi ini, enam kes telah dikenal pasti dan kesemua mesin-mesin penapis air tersebut disita untuk siasatan lanjut di bawah kesalahan Akta Timbang Sukat 1972.

"Nilai rampasan melibatkan RM30,000 dan jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM4,000 bagi setiap kesalahan atau penjara sehingga tiga tahun," katanya.

Katanya, PPDNKK ingin mengingatkan dan memberi amaran kepada semua peniaga supaya mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan.

Beliau berkata, sehingga kini bagi tahun ini sahaja, PPDNKK Taiping telah menerima 21 kes di bawah kesalahan Timbang dan Sukat 1972 dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM60,000 bagi kesalahan sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan