07 di bagan serai - Google Blog Search |
300 ahli NGO <b>Bagan Serai</b> bantah Bersih 3.0, kutuk Nizar kaitkan <b>...</b> Posted: 27 Apr 2012 08:33 AM PDT Lebih 300 ahli yang mewakili badan bukan kerajaan (NGO) di Bagan Serai menyuarakan bantahan keras terhadap penganjuran Bersih 3.0 yang dijadual berlangsung secara serentak di seluruh negara, mulai jam 2 petang esok. Antara NGO yang mengambil bahagian dalam bantahan aman yang berlangsung dalam tempoh 30 minit itu termasuklah Kelab Rekreasi Sukan Bermotor Selinsing, Kelab Kulaan Malaysia (KKM) dan Persatuan Pribumi Perkasa (PERKASA) cawangan Bagan Serai. Bantahan yang berlangsung di hadapan balai polis Bagan Serai itu turut mempertikaikan tindakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang membuat tuduhan wujud komplot antara Perdana Menteri dengan angkatan tentera untuk merebut kuasa jika Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke -13 nanti. Mereka membawa sepanduk tertera perkataan Ambiga Anti Islam, Bersih Jadi Kotor, Ambiga Petualang Negara, Bersih Agenda Yahudi dan Nizar Bohong sebelum wakil daripada setiap NGO membuat laporan polis terhadap bantahan tersebut. Yang Dipertua Kelab Rekreasi Bermotor Selinsing, Mohamad Noor Dawood, berkata pihaknya membantah sekeras-kerasnya perhimpunan Bersih 3.0 yang diketuai oleh Ambiga Sreenevasan yang secara terang-terangan menyokong seks songsang. Beliau turut menyelar tindakan Nizar yang juga merupakan Adun Pasir Panjang kerana membuat tuduhan liar dan tidak berasas yang mengaitkan Datuk Seri Najib dengan pemimpin tertinggi ATM dalam soal keselamatan negara. Sementara itu, Setiausaha KKM, Azlan Che Lob, pula berkata, rakyat tidak seharusnya menyokong Bersih 3.0 kerana ia jelas bermotifkan politik dan ingin mencari publisiti murahan. Perhimpunan itu juga katanya, boleh mengancam keselamatan rakyat jika berlaku pertempuran antara peserta dan anggota keselamatan yang bertugas mengawal keamanan. "Himpunan Bersih ini tidak seharusnya dianjurkan kerana kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji ketelusan pilihan raya di negara ini. "Bersih 3.0 jelas dibayangi sokongan pembangkang yang ingin mencari isu baru untuk menarik sokongan pengundi atas pagar dan menunjukkan bahawa kerajaan BN zalim terhadap rakyat," katanya lagi. Mengulas tindakan Nizar pula, Azlan menegaskan, tuduhan wakil rakyat Pas itu terhadap PM dan BN sangat serius kerana ia sekadar andaian atau khabar angin sahaja. "Rakyat sentiasa memandang tinggi pasukan tentera dan tuduhan yang dilemparkan oleh Nizar yang mengaitkan pasukan itu dengan komplot rampasan kuasa jika BN tewas pada PRU-13 boleh menjatuhkan imej pasukan itu di mata rakyat," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from di bagan serai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan