Belalang ada terdengar mengenai satu kemalangan maut membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar sekolah dan lori treler di Lebuh raya PLUS melalui radio ERA sebentar tadi.
Daripada laporan awal sebuah akhbar yang Belalang baca, seorang guru dan tiga orang pelajar telah maut dalam kemalangan terbabit yang berlaku berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Behrang.
Kejadian berlaku pada awal pagi ini sekitar 4:30 pagi.

Sekadar hiasan. Carian Google
Berikut adalah 2 petikan berita yang Belalang ambil dari akhbar Berita Harian-
Seorang guru turut maut menjadikan semua empat terkorban dalam nahas membabitkan bas yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah treler di KM382 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Behrang, pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi.
Sebelum itu laporan awal menyebut tiga maut di tempat kejadian, semuanya membabitkan pelajar sekolah.
Jurucakap trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim berkata, bas berkenaan membawa rombongan pelajar dan guru sebuah sekolah dari Kulim, Kedah.
******************************
Tiga pelajar sekolah terbunuh apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM382 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Behrang, pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi.
Jurucakap trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim berkata, bas berkenaan membawa rombongan pelajar dan guru sebuah sekolah dari Kulim, Kedah.
Sekiranya ada perkembangan terbaru, akan Belalang update kemudian. Takziah kepaa semua keluarga yang terlibat.
Related posts:
- Guru Agama Liwat Pelajar
- Pelajar Kolej Swasta Maut Kemalangan Di Jertih
- Pelajar Tingkatan Satu Maut Kemalangan Dengan Ambulans
- Kanak-kanak Maut Dirempuh Kereta Guru
- Ditumbuk Senior | Pelajar Perempuan Lebam Muka
- Pergaduhan Pelajar: 20 Belasah Seorang Pelajar
- Pelajar 16 Tahun Kelar Bayi Dalam Asrama
- Guru Wanita Maut Mangsa Langgar Lari
- Tiga Sahabat Maut Kemalangan
- Pelajar Malaysia Di Surabaya Maut Ditetak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan