07 di bidor - Google Blog Search |
Tentang Kami..: Buru kepala samseng Posted: 03 Apr 2012 05:34 PM PDT TAPAH: Seramai 100 remaja sekolah dan belia berusia lingkungan 15 hingga 20 tahun kempunan untuk menjadi anggota kumpulan kongsi gelap apabila dua kepala gengster yang cuba merekrut golongan muda itu, melarikan diri selepas polis menyerbu sebuah restoran di Bidor dipercayai lokasi pendaftaran ahli baru. Dua beradik yang menjadi kepala gengster itu dipercayai yang cuba menarik minat remaja menyertai aktiviti ala kongsi gelap dengan menjadikan restoran berkenaan sebagai markas mendaftar ahli baru. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata pihaknya menerima aduan berhubung perjumpaan kumpulan berkenaan yang dipercayai sedang merencanakan strategi bagi mengaktifkan aktiviti yang menyalahi undang-undang. Menurutnya, pihak polis yang mendapat maklumat berhubung perjumpaan haram itu bertindak menyerbu restoran berkenaan, malam Jumaat lalu. sumber : mymetro |
You are subscribed to email updates from di bidor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan