Sabtu, 7 April 2012

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


AELB perlu siasat tahap radiasi <b>Bukit Merah</b> - KeadilanDaily.com <b>...</b>

Posted: 22 Mar 2012 03:08 AM PDT

(Oleh: Mohd Martin Kahar)

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye menggesa Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) menyiasat radiasi berlebihan di sekeliling loji tinggalan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah dan tapak pelupusan sisa kekal di Bukit Kledang, di Ipoh.

Beliau berkata, menurut laporan gerakan Selamatkan Malaysia Stop Lynas (SMSL) tahap radiasi di kilang Mitsubishi Chemical, yang ditinggalkan hampir dua dekad lalu, masih merbahaya kepada kesihatan awam.

"Laporan didedahkan berkenan radioaktif yang tinggi iaitu 0.19 mikrosievert sejam di tapak kilang ARE dan 2.2 mikrosievert sejam di tapak pelupusan (di Bukit Kledang) dan ia bersamaan 1.75 mikrosievert setahun iaitu 75 peratus lebih tiggi daripada dikeluarkan oleh AELB," katanya katanya pada perbahasan usul tergempar yang dikemukakan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan.

Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia pagi tadi meluluskan usul tergempar membahas dakwaan tahap radiasi berlebihan di ARE dan tapak pelupusan sisa kekal di Bukit Kledang.

Dalam perbahasan itu, Dr Lee  mencadangkan Kementerian Kesihatan melakukan kajian terperinci mengenai peratusan kecacatan kelahiran, leukimia dan kanser di kedua-dua kawasan berkenaan untuk mengesahkan dakwaan wujudnya radiasi berlebihan.

"Kita dimaklumkan di kawasan Bukit Merah sekurang-kurangnya tiga pekerja mengangkut sisa radioaktif ini mati awal, lapan kes luekimia dan ada kes kecacatan sejak lahir. Malangnya Kementerian Kesihatan setakat ini tidak mempunyai data kes tersebut," katanya.

Beliau yang juga Pengarah Biro Kesihatan KEADILAN berkata, di Mongolia, kajian menunjukkan hasil pertanian terjejas dan penduduk yang tinggal berdekatan kilang nadir menghadapi masalah kesihatan

Tambah beliau keadaan sama berlaku di China, apabila kajian kolej perubatan membuktikan kanak-kanak di kawasan kilang radioaktif itu menghadapi masalah IQ rendah berbanding kanak-kanak di kawasan lain.

8 Mac lalu Ketua Pengarah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan berkata tapak di kedua-dua kawasan itu selamat dijadikan taman rekreasi.

Menurutnya ia boleh dilakukan selepas kawasan tapak pelupusan sisa di Bukit Kledang itu dikedap sepenuhnya yang dijadualkan tahun depan.

Bagaimanapun, SMSL ketika melakukan lawatan ke tapak pelupusan tersebut mendapati kedua-duanya masih berbahaya walapun kilang berkenaan ditutup 18 tahun lalu.

Bacaan berhampiran tapak kilang adalah sekitar 0.19 mikrosievert setiap jam manakala bacaan berhampiran tapak pelupusan sisa pula berjumlah kira-kira 0.2 mikrosievert bagi setiap jam.

Kedua-dua bacaan, jika dihitungkan kepada bacaan asas tahunan, di luar tahap selamat iaitu pada 1 milisievert setiap tahun seperti yang dinasihatkan AELB.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=28486

Tiada ulasan:

Catat Ulasan