Ahad, 15 April 2012

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


CAP Minta Hentikan Projek Arowana <b>Di Bukit Merah</b>

Posted: 22 Mar 2012 12:03 AM PDT

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Perak dan Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani melakukan siasatan terhadap pelaksanaan projek ternakan ikan Arowana di Bukit Merah daerah Kerian.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris mendakwa, sejak projek itu dijalankan banyak perkara berkaitan undang-undang tidak dipatuhi terutama mengenai kesan keatas alam sekitar dan kehidupan penduduk setempat.

"Gesaan ini juga dibuat berikutan laporan akhbar tempatan kelmarin mengenai pemalsuan dokumen oleh seorang pengusaha projek tersebut melibatkan 36 lot tanah seluas 28.8 hektar kepunyaan 21 penduduk Kampung Selamat, Simpang Empat Semanggol.

"CAP kesal dengan kejadian itu kerana sebelum ini CAP turut mendapati terdapat banyak peraturan yang tidak dipatuhi para pengusaha projek ternakan ikan Arowana di kawasan tersebut," dakwanya melalui satu kenyataan hari ini.

S.M. Mohamed seterusnya mendakwa, projek itu tidak melakukan Kajian Kesan Ke Atas Alam Sekeliling (EIA) sebelum dilaksanakan dan tanah sawah yang terlibat dengan projek itu tidak ditukar status dari tanah pertanian kepada tanah industri.

Malah, dakwanya, CAP pernah membuat laporan dan menggesa projek itu dihentikan segera sebelum ini kerana dipercayai boleh menjejaskan sumber bekalan air di Tasik Bukit Merah dan mengancam kehidupan kira-kira 9,000 petani serta 200,000 pengguna air.

Ia kerana, dakwa beliau, air yang digunakan oleh sebuah kolam ikan Arowana seluas 0.4 hektar boleh digunakan untuk memberi air kepada 12 hektar sawah padi.

Akibatnya, dakwa beliau, petani-petani di daerah itu terdedah kepada masalah kekurangan bekalan air untuk kawasan sawah seluas 24,000 hektar termasuk juga tanah sawah di daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Sehubungan itu, katanya, CAP sekali lagi meminta kerajaan negeri membatalkan projek tersebut kerana didakwa bakal mengundang berbagai masalah ke atas alam sekitar dan kehidupan rakyat.

"CAP percaya jika kerajaan tidak dibatalkan projek ini boleh menggugat sektor pertanian pada masa akan datang," dakwanya lagi.

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan