07 di kamunting - Google Blog Search |
RAKYAT MARHAEN: Ditahan <b>di Kamunting</b> kerana bantah nadir bumi Posted: 17 Apr 2012 04:48 AM PDT Professor kejuruteraan kimia Tan Ka Kheng ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menentang loji pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah pada 1987, tetapi hal demikian tidak menghalang beliau untuk terlibat dalam kempen yang sama 25 tahun kemudiannya. Sebagai ahli akademik di sebuah kolej swasta tempatan dan penyelidik dengan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Tan dengan lantang menentang loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan. Tetapi lebih tiga dekad lalu, usaha yang sama menentang loji Asian Rare Earth (ARE), menyaksikan beliau menjadi individu pertama ditahan bawah Operasi Lalang pada 1987. "Saya bertanya kepada polis cawangan khas ketika saya disoalsiasat, 'mengapa awak tahan saya"," imbau Tan ketika ditemubual Malaysiakini. Jawapan yang diterima, "Sebab awak jadi dalang. Awak dalang jawatankuasa (bantah) Empangan Bakun, Pengerusi PSG (Papan Support Group), (pengasas grup teater) PENTAS... Tangan awak ada di mana-mana." Tan pernah menjadi naib pengerusi Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (EPSM), berkelulusan sarjana dalam bidang kejuteraan alam sekitar dari Universiti Carlifornia, Amerika Syarikat dan pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra Malaysia). |
You are subscribed to email updates from di kamunting - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan