Khamis, 19 April 2012

07 di menglembu - Google Blog Search


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

07 di menglembu - Google Blog Search


OUM Perak Online Community: Program Senamrobik <b>di</b> Taiping 15 <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2012 07:58 AM PDT

Cuaca di Taiping amat baik sekali ketika program Senamrobik OUM Jelajah Perak dijalankan di Dataran Kedamaian Taiping pada 15 April 2012. Program ini telah dijalankan bersama oleh Open University Malaysia Kampus Perak bersama Pemuda MIC Perak dan Taiping.


Orang ramai sedang beratur untuk mendapatkan kemeja T percuma dari pihak OUM
Sebahagian dari peserta senamrobik

Sambutan amat menggalakkan bilamana lebih dari 150 orang penduduk Taiping telah hadir sejak jam 7.00 pagi lagi bagi mengambil bahagian dalam aktiviti kecerdasan dan kesihatan badan. 100 peserta pertama telah diberi kemeja T Open University Malaysia secara percuma. Mereka juga turut diberi sebungkus nasi lemak dan air mineral sumbangan Pemuda MIC Perak.

Matron Cheah (kiri) dan Matron Foong, alumni OUM Perak, turut serta dalam program senamrobik

Sesi senamrobik yang bermula pada jam 7.30 pagi tamat pada jam 8.30 pagi di bawah bimbingan jurulatihnya Sdra Shidee dari Majlis Perbandaran Taiping. Pengarah Open University Malaysia (Perak), Dr. Richard Ng, dalam ucapannya berkata objektif utama program senamrobik ini adalah untuk mempromosi gaya hidup sihat kepada masyarakat tempatan di Taiping. Kata beliau, program senamrobik di Taiping adalah siri ketiga pihak OUM anjurkan di Perak selepas ianya dijalankan di Bukit Kledang di Menglembu dan Padang Polo di Ipoh.


Salah seorang peserta bertuah sedang menerima hadiah cabutan bertuah dari Ketua Pemuda MIC Perak, Sdra M. Veeran

Penyampaian hadiah cabutan bertuah oleh Puan Tina Leong, isteri Pengarah OUM Perak

Cabutan bertuah seterusnya dijalankan untuk mencabut enam hadiah bertuah. Sdra M. Veeran, Ketua Pemuda MIC Perak dan Taiping telah diberi penghormatan untuk membuat cabutan dan menyampaikan hadiad kepada peserta bertuah.


Pengarah OUM Perak Dr. Richard Ng sedang menyampaikan cenderahati kepada Sdra M. Veeran, Ketua Pemuda MIC Perak sebagai tanda penghargaan menjayakan program senamrobik ini.

Penyampaian cenderahati kepada jurulatih senamrobik, Sdra Shidee sambil disaksikan oleh Puan Erna (kiri) dan Puan Murni

Sebelum majlis bersurai, Pengarah OUM Perak memaklumkan bahawa pihak OUM akan cuba berusaha untuk mengadakan sesi seperti di masa akan datang supaya penduduk tempatan di Taiping menjadi serasi dengan program senamrobik sebagai aktiviti kesihatan badan.

Ipoh ~ Budak Benteng

Posted: 05 Apr 2012 04:44 AM PDT

Ditubuhkan Sekitar 1880
Kerajaan
- Datuk Bandar Haji Roshidi Hashim
Luas
- Jumlah 248.268 batu persegi (643 km²)
Ketinggian 72 kaki (21.95 m)
Penduduk - Jumlah 710,798
- Kepadatan 2,597.20/batu persegi (1,002.80/km²)
Zon waktu MST (UTC+8)
- Musim panas (DST) Musim Panas dan Hujan (UTC)
Laman sesawang: http://www.mbi.gov.my

Ipoh ialah sebuah bandar raya yang terletak dalam daerah Kinta, dan merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan. Bandaraya ini yang terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur merupakan bandaraya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur,George Town, dan Johor Bahru.

Datuk Bandar Ipoh sekarang ialah Dato Roshidi Hashim.

Nama "Ipoh" diambil daripada pohon "epu" atau lebih dikenali sebagai "pokok Ipoh" dengan getahnya yang beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka.

Kini, "Ipoh" telah berada dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh atau Dewan Bandaraya Ipoh, dimana ia telah pun menyerap masuk pekan-pekan kecil yang berada disekitar bandar seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan ke dalam wilayah Bandaraya Ipoh. Secara sejarahnya, "Ipoh" terbahagi kepada Pekan Lama dan Pekan Baru yang mana dipecahkan oleh Sungai Kinta ditengah-tengah bandarnya.

Berikut merupakan fakta-fakta yang boleh diungkapkan dengan kewujudan Bandaraya Ipoh dan serba sedikit mengetahui tarikh-tarikh Ipoh ditubuhkan.

Terdapat beberapa pekan dan bandar disekitar Ipoh di bawah pentadbiran MBI:

Ampang
Bercham
Buntong
Chemor
Cyber City
Falim
Gugusan Manjoi
Gunung Rapat
Ipoh Garden
Jelapang
Kelebang
Lahat
Meru
Menglembu
Pasir Puteh
Pekan Baru
Pekan Lama (Old Town)
Pengkalan
Simpang Pulai
Station 18
Sunway City
Tambun
Taman Cempaka Ipoh
Tanjung Rambutan

Penduduk di Ipoh adalah terdiri daripada majoriti kaum Cina. Dialek Cina Kantonis adalah bahasa pengantar orang-orang Cina di sini walaupun terdiri daripada kebanyakan kumpulan dialek Cina Hakka, dan Cina Kantonis. Kebanyakan penduduk di Ipoh bertumpu di Menglembu, Buntong, Tasek, Ampang, Bercham serta Pasir Puteh menjadikan keluasan bandaraya Ipoh menjadi semakin besar jika diambil kira pekan-pekan yang terdapat di sekitar pinggir Bandaraya Ipoh.

Ipoh masih menjadi salah satu bandaraya terbesar di Malaysia,walaupun status bandaraya kedua terbesar di Malaysia itu telah di ambil-alih oleh George Town dan Johor Bahru disebabkan kepesatan pembangunan di bandar-bandar tersebut. Statistik populasi adalah seperti berikut:
Populasi = 710,798
Tangga : Ke-empat terbesar bandar-bandar sekitar di Malaysia.

Kumpulan Etnik di Ipoh

Etnik Populasi Peratus
Cina 451,361 70.0%
Melayu 109,616 17.0%
India 80,600 12.5%
Lain-lain 3225 0.5%

Destinasi Pelancongan

Lost World of Tambun

Merupakan tarikan dari Sunway City Ipoh yang terletak di Tambun, Lost World of Tambun adalah antara taman tema air di Perak.Ia akan membawa anda ke pengembaraan yang penuh dengan keseronokan bersama keluarga dan rakan-rakan.Terletak di antara kawasan rimbunan kehijauan dan batu kapur, Lost World of Tambun menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik sehingga membuatkan anda ingin datang kembali.

Muzium Darul Ridzuan

Muzium ini terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh yang berhampiran dengan Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.Telah dibuka pada tahun 1992 dan bangunan muzium telah dibina lebih dari 100 tahun yang lalu.Ia memaparkan pelbagai jenis artifak menarik yang berkaitan dengan sejarah dan pembangunan bandar Ipoh terutamanya dalam sektor perlombongan bijih timah.

Muzium Geologi

Muzium ini mula ditubuhkan sejak tahun 1957.Ia memaparkan pelbagai jenis mineral, batuan fosil dan batu permata dari dalam dan luar negara.

Tokong Gua

Sepanjang Jalan Gopeng, kelihatan banyak tokong-tokong gua yang merupakan kebangaan Ipoh. Nam Tin Tong, Koon Yam Tong, Sam Poh Tong, Ling Sen Tong merupakan antara tokong-tokong ternama di situ. Dinding gua dihiasi dengan pelbagai lukisan dan kaligrafi Cina yang berunsurkan agama Tao dan Buddha. Do Jalan Kuala Kangsar pula tokong gua yang paling popular adalah Perak Tong.

Tokong Paloh Ku Miew

Paloh Ku Miew ialah tokong tertua di Ipoh, yang menyembah Tai Pak Koong, dewa tempatan yang melindungi kaum Cina apabila mereka mula-mula menetap di Ipoh. Antara penyumbang utama kepada tokong ini ialah Yau Tet Shin, seorang pelombong yang sangat terkenal pada masa itu. Tokong ini dapat dilihat daripada jambatan Hugh Low Street (Jalan Sultan Iskandar) yang memisahkan pekan baru dengan pekan lama Ipoh.

Masjid Panglima Kinta

Masjid ini dibina oleh Dato Panglima Kinta. Masjid ini terletak di pekan baru Ipoh. Masjid ini juga dijadikan sebagai Masjid Negeri bagi umat Islam bersembahyang dan melakukan Ibadah.

Taman Dr Seenivasagam

Taman yang terletak di tengah bandar Ipoh ini merupakan salah satu taman yang lama dibina di Ipoh , sesuai untuk pengunjung melepaskan lelah dan beriadah kerana taman ini mempunyai trek motorsikal mini, kolam ikan, tasik serta padang yang agak luas. Taman ini jugak mempunyai replika taman diluar negara, iaitu Taman Jepun yang hanya terletak bersebelahan dengan pintu masuk utamanya.

Pusat Membeli-Belah

Terdapat beberapa destinasi membeli-belah di Ipoh, seperti:
AEON Jusco di Pengkalan
AEON Jusco Kinta City
Ipoh Parade Shopping Centre
Greentown Shopping Mall
De Garden Mall, Ipoh Garden
Glamour Square, Bercham
Econsave,Jalan Kampar
The Store,Jalan Kampar
Tesco Hypermarket, Ipoh
Tesco Fresh & Distribution Centre, Simpang Pulai
Tesco Extra, Taman Tasek Indra
Giant Hypermarket, Sunway City
Giant Hypermarket, Bercham
Pengkalan Emas Mall, Station 18
Kompleks Yik Foong
Billion & The Store Supermarkets (sekitar bandar Ipoh)
Festival Walk, Perak Tourism Hub (dalam pembinaan)
Tesco Hypermarket Pengkalan @ Station 18
Tesco Hypermatket, Bandar Baru Kelebang (dalam perancangan)
Mydin Store Meru Raya (dalam pembinaan)
Mydin Store Manjoi (dalam pembinaan)
Mydin Store Ulu Kinta (dalam perancangan)
Kamdar Ipoh
Gerbang Malam
RTC Gopeng

Pembangunan Ekonomi

Kawasan Greentown berdekatan dengan Dewan Bandaraya Ipoh kini semakin menjadi pusat segala hiburan penduduk Ipoh. Dengan pembukaan komersial baru iaitu Pusat Perdagangan Greentown, telah memberi nafas baru kepada Bandaraya Ipoh khasnya. Aktiviti umum di kawasan penempatan baru komersial ini kebanyakannya adalah meliputi restoran-restoran, medan selera, kedai pejabat, bank-bank, pub, bistro dan kafe.

Medan Ipoh Bistari (dikenali sebagai Bandar Baru Medan) adalah kawasan yang menjadi tempat kesukaan ramai remaja di Ipoh. Penduduk bandar Ipoh telah memberi jolokan bagi kawasan komersial ini sebagai 'Bangsar Ipoh' (a.k.a kawasan pop Bangsar di Kuala Lumpur). Bandar Baru Medan terletak bersebelahan dengan Taman Ipoh Timur. Kawasan ini sangat popular kepada muda-mudi dan remaja dimana terdapat kawasan tumpuan dimalam hari, kafe-kafe, kedai kopi (menghidangkan makanan tempatan), pusat hiburan, Campuran kafe F&B (food and beverage), pub-pub, disko, bistro dan terbaru ialah kafe siber.

Taman Tema Air yang pertama di Ipoh Lost World of Tambun dijangka dapat mengubah keadaan di bandaraya Ipoh serta merupakan "Sunway City" versi tempatan (dikaitkan dengan "Sunway City" yang sebenarnya yang terletak lebih kurang 15km ke arah barat Kuala Lumpur). Di dalam "Lost World of Tambun" terdapat juga kolam air panas semula jadi, dimana sangat popular pada tahun 1960-an dan 1970-an.

Malangnya, kepesatan pergerakan di dalam pusat bandar semakin berkurangan dari tahun ke tahun. Disebabkan itu, Dewan Bandaraya Ipoh telah memperkenalkan satu aktiviti malam yang dikenali sebagai Gerbang Malam ditengah bandar, di Jalan Dato' Tahwil Azar, juga dikenali sebagai "Night Lane". Ia adalah pasar malam yang biasanya dikunjungi oleh orang ramai, tetapi lebih besar dan masa operasi yang lebih panjang.

Pusat Kesihatan

Hospital Ipoh, merupakan salah satu hak milik penuh kerajaan dan merupakan hospital yang terbesar di Ipoh dan Perak amnya. Ia terletak berdekatan dengan kawasan Fair Park and Pusat Perdagangan Greentown. Tidak jauh dari kawasan Hospital itu, terdapat Klinik Kesihatan Greentown. (juga milikan penuh kerajaan)

Swasta

Selain dari Hospital kerajaan, terdapat juga Pusat Perubatan swasta yang terletak disekitar bandar Ipoh.
Sesetengah darinya terletak didalam dan sekitar bandaraya Ipoh:
Hospital Pakar Ipoh
dikenali juga sebagai Pusat Perubatan Pakar Ipoh
Pusat Perubatan Kinta
Hospital Pakar Komuniti Perak
dikenali juga sebagai Perak Chinese Maternity Hospital, terletak di Jalan Kampar
Terdapat dua lagi Hospital swasta yang terletak di pinggir bandar Ipoh, iaitu di Ipoh Garden (South):
Hospital Fatimah
Pantai Puteri Hospital

Sekolah (Rendah dan Menengah)

Terdapat beberapa sekolah di Ipoh dan juga sekolah yang telah dibina hampir se-abad yang lalu. Diantaranya termasuklah:
Anderson School Ipoh
Anglo-Chinese School Ipoh
Ave Maria Convent
Ipoh International School (IIS)
Methodist Girls School Ipoh
SMJK Perempuan Perak
Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
Sekolah Izzuddin Shah
Sekolah Kebangsaan Dato' Panglima Kinta
Sekolah Kebangsaan Manjoi 1 & 2
Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan
Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMARI)
Sekolah Menengah Doktor Megat Khas Ipoh
Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Ipoh (Main Convent)
Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Pasir Puteh
Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya Ipoh
Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Dato' Ahmad Said Ipoh
Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Pasir Puteh
Sekolah Menengah Kebangsaan Menglembu
Sekolah Menengah Kebangsaan Rapat Setia (6J)
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan (SRC)
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Ipoh (RPS)
Sekolah Menengah Kebangsaan Tambun
Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta
Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Jaya
Sekolah Menengah Poi Lam (SUWA)
Sekolah Menengah Seri Intan
Sekolah Menengah Seri Putera
Sekolah Menengah Sri Ampang
Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator (Sek Men Vokasional Ipoh)
Sekolah Menengah Teknik Ipoh Persiaran Brash
Sekolah Raja Perempuan Taayah
Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh
SM Raja Chulan Ipoh
SMJK Sam Tet Secondary School
SRJK(C) Sam Tet Primary School
SMJK Poi Lam
SJK (C) Poi Lam
SMJK Yuk Choy
SRJK(C) Yuk Choy
SRK La Salle Ipoh
SRK MARIAN CONVENT
St Michael's Institution
Tarcisian Convent
Yuk Choy (SUWA) Independent High School
SJK(T) St. Philomena Convent
Wesley Methodist School Ipoh
SMK PINJI,IPOH
SK Jalan Pegoh,Ipoh

Institut Pengajian Tinggi

Universiti Teknologi MARA Perak
Universiti Teknologi PETRONAS
Institut Teknologi Cosmopoint
Institut Kompas Accountancy and Business College
Kolej WIT
Linton College
Olympia College
Polytechnic Ungku Omar
Sunway College Ipoh
Kolej Poly-Tech MARA
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
UniKL RMCP
TAJ College
KERIS College
Kolej Pembantu Perubatan
Kolej Masterskill
Syuen College
Maxwell College
Institut Teknologi Perak
Nursing College Ipoh

Sukan

Terdapat satu kawasan yang luas iaitu di Kampong Simee telah dipilih oleh Dewan Bandaraya sebagai Pusat Sukan. Sukan utama yang popular bagi bola sepak dan sukan-sukan lain, juga bagi acara padang banyak berlaku di Stadium Perak. Bersebelahan Stadium Perak terdapat juga stadium tertutup, iaitu Stadium Indera Mulia, memainkan peranan sebagai hos bagi sukan badminton. Ipoh juga rumah kepada Perak FA .

Berdekatan dengan stadium terdapat Kompleks Sukan Renang yang dikendalikan oleh Dewan Bandaraya. Ia dibuka kepada orang umum dengan kadar harga yang berpatutan (RM1 untuk hari biasa/RM2 untuk cuti umum and hari minggu). Kompleks ini mempunyai kolam bersaiz Olimpik, kolam untuk menyelam, kolam berombak, kolam bersederhana saiz dan kolam untuk kanak-kanak.

Ipoh merupakan tuan rumah velodrom, iaitu dipanggil Velodrom Rakyat. Ia merupakan Velodrom yang pertama di Malaysia dimana ia dibina atas inisiatif Dato' Darshan Singh Gill (sekarang Tan Sri Dato' Seri). Tambahan lagi, Ipoh juga menyerlah sebagai salah satu dari beberapa bandar di Malaysia yang mempunyai "stadium astroturf" untuk sukan hoki, yang dipanggil Stadium Azlan Shah.

Untuk golf pula, padang golf popular yang terdapat di Ipoh ialah Kelab Golf Diraja Perak (sebelah Tiger Lane atau Jalan Sultan Azlan Shah). Kelab Golf Meru terletak di Jelapang. Selain itu, jalan menuju ke Batu Gajah, terletaknya Clearwater Sanctuary golf club.

Tempat bagi sukan-sukan lain termasuklah Kelab Kilat di Pasir Pinji, Padang Ipoh di Pekan Lama, Padang Polo, dan padang polo di Iskandar Polo Club, di Ampang Baru.

Pengangkutan

Jalan Persekutuan: Jalan umum di malaysia menghubungkan Ipoh dengan pekan-pekan sekitarnya dan juga Negeri-negeri lain (seperti pekan Gopeng, dan bandaraya Kuala Lumpur ke arah selatan).
Lebuhraya: Dengan terbinanya Lebuhraya Utara-Selatan, kenderaan dapat bergerak dengan pantas serta lebih efisyen berbanding Jalan umum. Walaubagaimanapun, sesetengah pekan seperti Kampar hanya boleh dihubungi melalui Jalan umum. Pemandu yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan terpaksa memilih keluar ke Ipoh dari mana-mana 4 jalan keluar - Simpang Pulai, Ipoh(S) , Ipoh(U) & Jelapang.

Keretapi: Stesen keretapi Ipoh dioperasikan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan ianya terletak di Pekan Lama. Landasan keretapi ini hanya dapat menghubungkan diantara Ipoh dengan pekan dan bandar-bandar berdekatan.
Bas: Termina bas antara-banndar terletak di Silveritage Galleria dekat Jalan Gopeng, berdekatan dengannya ialah Gunung Rapat, selatan Ipoh (dahulunya terletak di Medan Kidd, Pekan Lama).

Udara: Bagi penerbangan udara, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah merupakan satu-satunya lapangan terbang di Ipoh. Ia terletak berdekatan dengan Gunung Rapat. Walaubagaimanapun, lapangan terbang ini hanya memberi perkhidmatana penerbangan domestik (dan satu penerbangan antarabangsa).

Sejak Mei 2006 (bagi Malaysia Airlines) dan September 2006 (bagi AirAsia), penerbangan telah digantung untuk mendarat di Ipoh. Diantara alasan-alasannya ialah jalinan udara yang tidak menguntungkan serta landasan yang terlalu pendek (untuk kes AirAsia).
Penerbangan antarabangsa pula hanya terdapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (di Lembah Kelang, 200km ke selatan), dimana ia boleh dihubungi di jalan darat oleh bas ekspress (harga lebih kurang RM50 seperjalanan).

Buat masa ini, lapangan terbang Ipoh digunakan oleh satu-satunya syarikat penerbangan Indonesia dan memberi perkhidmatan udara diantara bandar Medan-Ipoh.

Masjid di Ipoh

Masjid di Perak

Masjid Al-Aulia Tembok Jalan Kuala Kangsar, 30010 Ipoh
Masjid Al-Aulia Tembok Jalan Kuala Kangsar, 30010 Ipoh
Masjid India Muslim Jalan Senivasagam, 30450 Ipoh
Masjid Jamek Tanjung Rambutan, 31250 Ipoh
Masjid Jamek Ad-Diniah , Kampung Seri Kinta, 31600 Ipoh
Masjid Paloh Jalan Datoh 30000 Ipoh
Masjid Panglima Kinta 30300 Ipoh
Masjid As-Saadah, Kampung Dato' Ahmad Said, 30020 Ipoh
Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Dairy, Ipoh
Masjid Sultan Idris II (Masjid Negeri) Jalan Dato Sagor, 30000 Ipoh
Masjid Ar-Rahmaniah, Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan 3, 30020 Ipoh
Masjid Tayibbin, Kampung Tersusun Tanah Hitam, 31200 Ipoh
Masjid Al-Muttaqin Taman Meru, Jelapang, 30020 Ipoh
Masjid Ahmadiah , Kampung Kepayang, Kampung Sungai Raya, 31300 Ipoh
Masjid Al-huda, Kampung Sungai Tapah 30020 Ipoh
Masjid Idrisiah, Kuala Pari, 31450 Ipoh
Masjid Kampung Kepayang Fair Park]], Kampung Kepayang, 31400 Ipoh
Masjid Raja NazrIn Shah, Kampung Rapat Jaya Tambahan 31350 Ipoh
Masjid Taman Keledang Jaya 30100 Ipoh
Masjid Al-Ahmadiah, Kampung Changkat Larang, Lahat 31500 Ipoh
Masjid Al-Khairiah, Pengkalan Stesyen Lahat, 31500 Ipoh
Masjid Ghufran, Kampung Manjoi, 30020 Ipoh
Masjid Menglembu, Menglembu 31450 Ipoh
Masjid Al-Furqan, Taman Pengkalan Jaya(sppk) 31650 Ipoh
Masjid Al-Rahmaniah, Pengkalan Baru, Kampung Kepayang, 31300 Ipoh
Masjid Ibnu Salam, Pengkalan Pegoh 31500 Lahat Ipoh
Masjid Kampung Pasir Putih 31650 Ipoh
Masjid Sultan Yusuf, Jalan Raja Musa Mahadi, Rapat Setia, 31350 Ipoh
Masjid Kampung Taufiqiyah, Rapat Setia 31350 Ipoh
Masjid Al-Ittiahadiah, Kampung Tengku Hussein Baru, Taman Silibin, 30020 Ipoh
Masjid Jamil Al-Kholidi, Kampung Sengat, Sungai Raya, 31300 Ipoh
Masjid Kampung Melayu, Sungai Rapat,31350 Ipoh
Masjid Sultan Iskandar Shah 1, Kampung Sungai Rokam 31350 Ipoh
Masjid As-Syakirin, Kampung Tersusun 31400 Tasek Ipoh
Masjid As-Syarifah, Kampung Tasek 31350 Ipoh
Masjid Jamek Al-Amin, Tambun 31400 Ipoh
Masjid Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, 31150 Ipoh

Seni, Budaya dan Hiburan

Ipoh telah dilabelkan oleh para seniman dan penerbit sebagai salah satu lokasi sesuai untuk penggambaran melihatkan kepada kecantikan alam semula jadinya.

Filem-filem yang diterbitkan dan dilakonkan di Ipoh diantaranya ialah:

1980 - Potret Maria, dibintangi Sarimah Ahmad, Rubiah Suparman dan Zulkifli Zain
1999 - Anna and the King, dibintangi Chow Yun-Fat dan Jodie Foster, diarahkan oleh Andy Tennant.
2002 - Embun, diarahkan oleh Erma Fatima.
2003 - Paloh, diarahkan oleh Adman Salleh.
2003 - Kadhal Kisu Kisu, diarahkan oleh P. Vasu.
2004 - Tun Tan Cheng Lock.
2005 - Sepet, dibintangi Sharifah Amani, diarahkan oleh Yasmin Ahmad.
2005 - Gubra, dibintangi Sharifah Amani, diarahkan oleh Yasmin Ahmad.
2006 - After This Our Exile, dibintangi oleh Aaron Kwok dan Charlie Young, diarahkan oleh Patrick Tam.
2006 - Goodbye Boys, diarahkan oleh Bernard Chauly.
2006 - Lust, Caution, dibintangi Tony Leung Chiu Wai dan Lee-Hom Wang, diarahkan oleh pemenang Oscar dari Taiwan Ang Lee.
2007 - Mualaf, dibintangi Sharifah Amani, diarahkan oleh Yasmin Ahmad
2008 - Telent Time diarahkan oleh Yasmin Ahmad
2010 - Love and Death in Java, diarahkan oleh Bill Donovan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved