07 di pangkor - Google Blog Search |
Warga PSB bermotivasi jiwa <b>di Pangkor</b> - PSB Blog Posted: 16 Apr 2012 08:02 PM PDT Last Updated on Tuesday, 17 April 2012 04:58 Written by srazak Tuesday, 17 April 2012 11:02 Sintok, 12 April 2012 – Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) sekali lagi selepas 5 tahun telah mengadakan retreat selama 3 hari mulai 8 hingga 10 April 2012 bertempat di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor. Retreat kali ini disertai oleh seramai 115 orang kakitangan disertai juga oleh seorang pelajar USIM yang sedang menjalani latihan amali dan sebahagian ahli keluarga kakitangan. Tema retreat kali ini ialah "Motivasi Jiwa". Ia merupakan modul ke-2 selepas modul-1 yang diadakan pada tahun lepas di Pendang Lake Resort untuk sebahagian staf PSB. Program-program telah dikendalikan oleh 2 orang fasilitator utama terdiri dari Prof. Madya Dr. Sukri b. Ahmad dan Ustaz Mohamad Khadafi b. Hj . Rafie dari UUM CAS Training & Consultancy. Objektif utama program ini ialah untuk membentuk jiwa yang positif di kalangan pekerja di dalam sesebuah organisasi; meningkatkan motivasi dan semangat kerja berpasukan kepada semua staf PSB; membawa staf meneroka alam untuk berfikir dan membuka minda dan seterusnya memantapkan jiwa untuk untuk membina keseronokan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing; memenuhi kehendak staf yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar supaya dapat membetulkan niat masing-masing dalam dunia pekerjaan; dan membina hubungan yang mesra di kalangan pegawai dan staf kumpulan pelaksana. Pelbagai aktiviti di dalam bilik kuliah dan luar telah diadakan bagi mecapai maksud objektif program ini. Pada keseluruhannya program ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik dari segi penyertaan dan pengendalian. - Sekian Comments are closed. |
You are subscribed to email updates from di pangkor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan