07 di pasir salak - Google Blog Search |
<b>Pasir Salak</b> ~ Budak Benteng Posted: 17 Apr 2012 03:09 AM PDT Pasir Salak merupakan sebuah bandar yang terletak di tepi Sungai Perak, Perak, Malaysia. Di seberang sungai terletaknya pekan Kampung Gajah. Di belakang Pasir Salak terletaknya jelapang padi Seberang Perak. Kini Pasir Salak berbangga dengan adanya Kompleks Sejarah Pasir Salak. Jalan perhubungan Sebelum tahun 1980, ramai penduduk kampung di tepian Sungai Perak terpaksa menaiki bot penampang berenjin untuk pergi ke bandar Teluk Intan. Sehingga 2005, Pasir Salak masih lagi merupakan sebuah kampung tradisional Melayu beridentitikan rumah kutai dan rumah limas negeri Perak. Kebangkitan Nasionalisme Pasir Salak sinonim dengan sejarah kebangkitan orang Melayu menentang penjajah British yang memandai-mandai mengutip cukai mengikut peraturan mereka. Lantas itu Dato' Maharaja Lela Pandak Lam bingkas bangun menjulang keris apabila Sultan Abdulah iaitu Sultan Perak pada tahun 1874 yang curiga, kesal dan 'terlajak' dengan Perjanjian Pangkor yang ditandatangani di dalam HMS Pluto di Pulau Pangkor. Parlimen Pasir Salak Nama Pasir Salak diangkat menjadi 'Parlimen Pasir Salak' pada tahun 1980 ketika pilihan raya diadakan. Sebelum itu Parlimen Pasir Salak dikenali dengan nama Parlimen Hilir Perak. Pada tahun itu Dato Megat Junid Megat Ayob dari Kampung Padang menjadi calon parti Barisan Nasional. Sementara Tan Seri Ramli Ngah Talib bertanding di Dewan undangan Negeri Perak kawasan Kampung Gajah. Asal-usul nama Nama Pasir Salak berasal dari pasir di tepi sungai Perak yang dipenuhi kulit buah salak. Salak ialah sejenis buah, kulitnya berwarna coklat, isi agak putih dan pokoknya seperti Pokok Nipah. Sungai merupakan nadi kehidupan masyarakat di tepi sungai sebagaimana penduduk Pasir Salak. Di sungai inilah penduduk kampung menyara hidup dengan menjadi nelayan sungai, bot penambang, menghanyutkan buluh dan balak, mengangkut buah durian dan lain-lain buah-buahan ke Teluk Intan. Pentadbiran Pentadbiran Kampung Gajah masih lagi bersifat kampung walaupun Perang Perak telah lama berlalu. Pasir Salak juga merupakan sebuah mukim. Salah seorang penghulu yang terkenal ialah Dato Maharaja Lela. |
You are subscribed to email updates from di pasir salak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan