Rabu, 18 April 2012

07 di tanjung piandang - Google Blog Search

07 di tanjung piandang - Google Blog Search


Sepetang <b>Di</b> Kuala Kurau dan <b>Tanjung Piandang</b> Panduan Guru <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2012 12:54 AM PDT

dsc0000105.jpgdsc0000104.jpgdsc0000104.jpgdsc0000112.jpgdsc0000107.jpgdsc0000102.jpgdsc0000108.jpg

1 Pada hari Isnin yang lalu kira-kira jam 5.00 petang Datuk Razak (Capt) dan Din Bakau seorang lagi sahabat saya telah menjemput saya di rumah untuk ke Kuala Kurau, tempat kelahiran saya. Ini bermakna sudah dua kali Datuk Razak membawa saya ke pekan Nelayan yang dikuasai oleh pembangkang itu.

2 Kalau dahulu saya dibawa untuk melihat sendiri bagaimana Datuk menyelesaikan masalah bot nelayan yang ditahan oleh APMM, kali ini saya tidak pasti apa tujuan mereka ke sana. Saya pun tidak bertanya apa tujuan mereka membawa saya ke sana sebab bagi saya, saya mengambil keputusan untuk ikut sahaja ke mana destinasi mereka.

3 Sebaik-baik sahaja sampai di Simpang Ampat, Semanggol yang menempatkan pekan pada setiap hari Rabu yang popular dengan panggilan Pekan Rabu oleh penduduk di sini, kereta yang kami naiki membelok ke sebelah kiri memasuki jalan Gula untuk ke Kuala Gula sebelum melalui jambatan yang menghubunkgan antara Kuala Gula dengan Kuala Kurau.

4 Sampai sahaja di pekan nelayan Kuala Kurau yang dikuasai oleh pembangkang, Datuk memberitahu saya bahawa dia nak belanja saya dan Encik Din makan kari ikan semilang. Selepas solat 'Asar di masjid Kuala Kurau, kami terus ke Warung Ikan Semilang yang terkenal itu. Tetapi warung belum dibuka. Melalui percakapan menggunakan hanfon antara Datuk dengan pemilik warung, kami tahu bahawa ada lebih kurang setengah jam lagi sebelum warung dibuka.

5 Sementara menunggu warung dibuka, saya dan Encik Din mengambil kesempatan untuk berbual dengan beberapa orang yang lebih tua daripada saya yang semuanya berketayap. Mereka sedang rancak berbual ketika saya mendatangi meja mereka. Saya memperkenalkan diri sebagai cikgu Bashid anak kepada Tok Imam Harun Nafiah yang pernah berbendang di Parit Haji Manan atau lebih dikenali sebagai Tebuk Jawa.

6 Al-Hamdulillah salah seorang daripada yang berbual dengan saya yang kelihatannya lebih tua daripada yang lainnya telah memperkenalkan dirinya sebagai Haji Kasbi mengenali arwah ayah saya. Dia memberitahu yang lain bahawa ayah saya adalah seorang ahli lagu.Maksud beliau ialah ayah saya mahir dalam seni bacaan al-Quran (tarannum) dan tajiwid.

7 Memandangkan ada yang mengenali saya di situ, perbualan semakin rancak sehinggalah perbualan bertukar tajuk daripada separa agama kepada seluruhnya politik apabila Encik Din Bakau dengan gaya biasanya membuka bab politik.

8 Dalam masa menunggu itu rupa-rupanya Datuk Razak yang masih berada di dalam kereta telah menelefon Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar dan Naib Ketuanya serta beberapa AJK bahagian tersebut untuk memaklumkan akan kehadirannya di Pekan Kuala Kurau, khususnya di warung ikan semilang.

9 Lebih kurang setengah jam menunggu warung pun dibuka, dan setengah jam selepas itu datanglah En Mohd Salleh Bin Mat Disa, Ketua UMNO bahagian Parit Buntar yang lebih dikenali dengan panggilan cikgu Uchop yang disebut-sebut sebagai bakal calon Parlimen Parit Buntar atau Kuala Kurau. Dan kira-kira 15 minit selepas itu datang pula Encik Abu Bakar, Naib Ketuanya yang turut disebut-sebut sebagai calon bagi DUN Titi Serong.

10 Rupa-rupanya pertemuan pada lewat petang itu bukan sekadar acara makan ikan semilang dan minum tetapi pertemuan keluarga dan sahabat antara JK Teringgi UMNO Bahagian Parit Buntar dengan Datuk Razak. Daripada pertemuan dan perbincangan yang saya dapat saksikan dapatlah dirumuskan bahawa mereka sangat mengenali Datuk Razak, sangat menghormatinya malahan menerima arahan-arahan dan nasihat daripada beliau.

11 " Sangat terkenal dan berpengaruh," bisik hati saya. Perbelanjaan makan dan minum petang itu dibiayai oleh cikgu Uchop. Terima kasih cikgu Uchop yang sangat dihormati di kawasan Parti Buntar, khususnya di kawasan Kuala Kurau.

12 Selepas solat Maghrib berjemaah di masjid daerah, kami bergerak ke rumah Ayahanda Shariff Lobo di jalan atas Tanjung Piandang. Sampai di sana rupa-rupanya ramai yang menunggu kami di sana termasuk Cikgu Uchop.

13 Di situ beberapa strategi dan taktik diatur bagaimana hendak menawan kembali kawasan Kuala Kurau, khususnya kawasan nelayan yang ada kira-kira 3 000 orang. Perbincangan berlangsung selama 2 jam sebelum kami dijamu dengan satay, ketupat dan kopi o kau.

14 Terima kasih kepada Ayahanda Shariff Lobo yang melayan kami dengan sempurna sekali. Dan bagi saya sendiri tentulah saya berterima kasih dengan Datuk Razak yang bersetuju mengambil saya sebagai sahabatnya.Jika tidak saya tak kan merasai semua nikmat perjuangan ini. Dan yang lebih penting sampai menikmati tidur sambil berdiri. He he.

Catatan Abd Bashid Harun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan