Rabu, 2 Mei 2012

07 di changkat keruing - Google Blog Search

07 di changkat keruing - Google Blog Search


Kereta Terbabas Dalam Sungai: Kanak-Kanak Lelaki Hilang <b>...</b>

Posted: 02 May 2012 04:15 AM PDT

Gambar Hiasan -

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun hilang, manakala kedua ibu bapanya selamat apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan tercampak ke dalam Sungai Kayan di Kilometer 29 Jalan Teluk Intan-Sitiawan, awal pagi Rabu.

Ting Ching Chik, 2, dikatakan tercampak keluar dari kereta itu dan hilang di bawa arus, dan sehingga kini usaha mencari dan menyelamat kanak-kanak itu masih diteruskan.

Bapa kanak-kanak itu, Ting Hock Seng, 45, dan ibunya Kia Chew Shie, 34, berjaya keluar dari kenderaan mereka yang hampir dipenuhi air, kata Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohd Fakri Che Sulaiman.

Beliau berkata ketika kejadian pada pukul 2 pagi itu, keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Sitiawan ke Bidor.

"Kereta Proton Waja yang pandu Ting hilang kawalan lalu terbabas dan tercampak ke dalam sungai," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Sementara itu, dua beranak maut apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Km 7 Jalan Ayer Tawar-Pantai Remis, dekat Sitiwan pada pukul 6.30 petang Selasa.

Chew Kok Lee, 29, dan anak lelakinya Chew Jun Xiang, 3, berasal dari Changkat Keruing, Sitiawan, mati di tempat kejadian.

Kereta yang dipandu Chew yang dalam perjalanan dari Ayer Tawar ke Pantai Remis itu dipercayai cuba memotong sebuah kereta di hadapan tetapi gagal lalu bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan, kata Mohd Fakri.

Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat manakala pemandu lori terbabit hanya cedera ringan, katanya.

-BERNAMA

Kanak-kanak dua tahun hilang apabila kereta terbabas | Berita <b>...</b>

Posted: 02 May 2012 02:50 AM PDT

IPOH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun hilang, manakala kedua ibu bapanya selamat apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan tercampak ke dalam Sungai Kayan di Kilometer 29 Jalan Teluk Intan-Sitiawan, awal hari ini.

Ting Ching Chik, 2, dikatakan tercampak keluar dari kereta itu dan hilang di bawa arus, dan sehingga kini usaha mencari dan menyelamat kanak-kanak itu masih diteruskan.

Bapa kanak-kanak itu, Ting Hock Seng, 45, dan ibunya Kia Chew Shie, 34, berjaya keluar dari kenderaan mereka yang hampir dipenuhi air, kata Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohd Fakri Che Sulaiman.

Beliau berkata ketika kejadian pada pukul 2 pagi itu, keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Sitiawan ke Bidor.

"Kereta Proton Waja yang pandu Ting hilang kawalan lalu terbabas dan tercampak ke dalam sungai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, dua beranak maut apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Km 7 Jalan Ayer Tawar-Pantai Remis, dekat Sitiwan pada pukul 6.30 petang semalam.

Chew Kok Lee, 29, dan anak lelakinya Chew Jun Xiang, 3, berasal dari Changkat Keruing, Sitiawan, mati di tempat kejadian.

Kereta yang dipandu Chew yang dalam perjalanan dari Ayer Tawar ke Pantai Remis itu dipercayai cuba memotong sebuah kereta di hadapan tetapi gagal lalu bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan, kata Mohd Fakri.

Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat manakala pemandu lori terbabit hanya cedera ringan, katanya. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan