Isnin, 7 Mei 2012

07 di changkat keruing - Google Blog Search

07 di changkat keruing - Google Blog Search


SERVANTHOOD: Soalan-soalan jawapan bertulis dan lisan bagi <b>...</b>

Posted: 16 Mar 2012 03:10 AM PDT

Soalan-Soalan Yang Memerlukan Jawapan Lisan dan Bertulis Bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Dewan Negeri Yang Kedua Belas Perak Darul Ridzuan mulai 3hb April, 2012.

Tarikh : 16hb Mac 2012

Daripada : YB DATO' NGEH KOO HAM (Kawasan Sitiawan)

Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan lisan

1. Bertanya kepada YAB Menteri Besar kenapa Kerajaan Negeri Perak BN meluluskan projek pusat penagihan bijih besi Syarikat Vale International untuk dibina di kawasan pelancongan Teluk Rubiah dan tidak di Tanjung Hantu yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat.

2. Bertanya kepada YAB Menteri Besar menyatakan kenapa bayaran premium untuk tempoh pajakan 99 tahun lebih tinggi daripada tanah selama-lamanya seperti dalam kes Yeoh Woo Kiang di Kampong Jering, Ayer Tawar (Ruj Pejabat Tanah Manjung Bil(10)dlm PT MJG A2/452/08-5).

3. Bertanya kepada YAB Menteri Besar kenapa potongan premium 80% tidak diberikan kepada pemohon Lim Su choon dan Lim Su Jee (Ruj Pejabat Tanah Manjung: Bil(12)dlm PT MJG A2/20/08-3) di Changkat Keruing dan lot-lot kedai di Pasar awam, Ayer Tawar sungguhpun tanah-tanah tersebut adalah juga dalam kawasan kampung-kampung Baru.

Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan bertulis

1. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan samada pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghubungi Kerajaan Negeri berkenaan dengan lapuran SPRM No. 50/2011 yang dibuat oleh ADUN Sitiawan untuk mendapat senarai penerima-penerima 68,503 ekar tanah yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri dari 2009 hingga Julai 2011 dan sudahkah Kerajaan Negeri memberikan butir-butir yang diminta oleh SPRM?

2. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan berapakah jumlah keluasan tanah yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri kepada Yayasan Perak untuk menjana hasil bagi sekolah-sekolah Tamil di Negeri Perak dan sudahkah tanah tersebut didaftarkan atas nama Yayasan Perak.

3. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan butir-butir 7 kes dalam Negeri Perak yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia berkenaan dengan perkara-perkara yang dibangkitkan dalam lapuran Ketua Audit Negara bagi tahun 2010.

4. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan kenapa tempat pembakaran yang tertutup (incinerator) di Pulau Pangkor sudah lama siap dibina masih belum boleh digunakan.

5. Bertanya kepada YAB Menteri Besar nyatakan jumlah wang yang telah dibayar oleh Kerajaan kepada orang-orang berikut dan senaraikan kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh mereka sejak perlantikan mereka.

(a) Dato' Chan Ko Youn sebagai penasihat Menteri Besar.
(b) Dato' S. Veerasingham sebagai penasihat Menteri Besar.
(c) Dato' Hamdi Bin Abu Bakar sebagai pengarah penerangan Kerajaan Negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan