07 di changkat keruing - Google Blog Search |
KERETA TERBABAS DAN TERCAMPAK DALAM SUNGAI, KANAK <b>...</b> Posted: 02 May 2012 03:00 AM PDT No of View :147 ![]() IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun hilang, manakala kedua ibu bapanya selamat apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan tercampak ke dalam Sungai Kayan di Kilometer 29 Jalan Teluk Intan-Sitiawan, awal hari ini. Ting Ching Chik, 2, dikatakan tercampak keluar dari kereta itu dan hilang di bawa arus, dan sehingga kini usaha mencari dan menyelamat kanak-kanak itu masih diteruskan. Bapa kanak-kanak itu, Ting Hock Seng, 45, dan ibunya Kia Chew Shie, 34, berjaya keluar dari kenderaan mereka yang hampir dipenuhi air. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohd Fakri Che Sulaiman, berkata ketika kejadian 2 pagi itu, keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Sitiawan ke Bidor. "Proton Waja yang pandu Ting hilang kawalan lalu terbabas dan tercampak ke dalam sungai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Sementara itu, dua beranak maut apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di KM7 Jalan Ayer Tawar-Pantai Remis, dekat Sitiwan pada 6.30 petang semalam. ![]() |
You are subscribed to email updates from di changkat keruing - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan