07 di chemor - Google Blog Search |
JELAJAH 1 MALAYSIA melalui <b>CHEMOR</b>! (9 APRIL 2012) Posted: 10 May 2012 05:46 AM PDT JELAJAH SATU MALAYSIA (acara berbasikal) . Acara Berbasikal di Malaysia adalah salah satu bidang sukan yan amat diminati oleh masayrakat di Malaysia . Permainan Bola sepak,Sepak takraw, Badminton dan Berbasikal adalah senarai nama permainan sukan yang sering kali mendapat sambutan yang hebat. Pada hari Rabu ( 9 April 2012) DM ke Pekan Chemor,Nadi bagi Penduduk di Chemor .DM agak pelik kenapa begitu banyak Polis yang berada di sekitar pekan Chemor. Di setiap Lorong juga terdapat seorang atau dua orang anggota polis yang bertugas.Dalam hati ini berkata " ini mesti VVIP nak lalu ni,sebabnya banyak jalan nak ditutup"..." ataupun nak buat "roadblock " besar-besaran sebab dari Chemor Ramai yang pergi ke perhimpunan bersih 3.0 yang lalu".maklumlah Chemor antara Kubu Kuat Pakatan Pembangkang yang senantiasa membuat Bangkangan . :) Sekitar jam 11.00pagi kelihatan sebuah Kereta Polis yang berjenama luar negara membuat pengumuman bahawa pelumba-pelumba basikal yang menyertai JELAJAH 1 MALAYSIA akan melalui Pekan Chemor tidak lama lagi.Teruja hati ini apabila dapat tahu Pelumba basikal JELAJAH 1 MALAYSIA akan melalui Pekan Chemor.DM persiapkan Telefon Bimbit untuk menangkap gambar dan video amatur untuk tatapan anda semua! video para pelumba melintasi Pekan Chemor |
You are subscribed to email updates from di chemor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan