Sabtu, 26 Mei 2012

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search

HH Official Page: Makan Angin <b>Di Gopeng</b> ;)

Posted: 07 May 2012 06:05 PM PDT

28 April 2012 ,
Alhamdulillah sekali lagi diri ini dapat menjejakkan kaki ke Darul Hikmah. Peluang yang sangat bermakna diberi oleh Allah. Kali ini berpeluang untuk tidur di sana semalaman. Sebelum ke sini, kami terpaksa merentas jam di KL hingga terpaksa menukar laluan mengikut jalan yang jauh. Tiba di DaHikmah sudah petang. Menjamu mereka dengan sedikit makanan yang dibawa. Rasa gembira dapat kembali melihat mereka.
Malam itu,  banyak perkara yang dibualkan. Kami hadir berlima kali ni. Ada yang duduk berbual di kantin. Ada yang berbual di tengah padang. Ada juga yang bermain bola dengan adik-adik di malam hari hingga dikenakan oleh adik2 kerana ketakutan utk mengambil bola yg ditendang jauh ^-^
"Cita-cita nak jadi apa dik ?"
"Nak jadi angkabulan"   *sambil ketawa*
"kalau angkasawan sampai awan je, kalau angka bulan sampai bulan"
Akhirnya, saya yang terkedu =.= adoiii macam-macam.
Ada juga sorang tu bila ditanya nak jadi doktor. Kemudian , bila saya tanya kenapa nak jadi doktor dengan semangatnya adik tu jawab "Nak tolong mak dan ayah kalau sakit" Allah mulianya hati mereka :')
Ada cerita di sebalik gambar nie :')
Solat jemaah bersama ustaz sudah pun dimulakan. Namun si adik tetap bermain seorang diri di luar surau. Sudah ditanya mengapa tidak masuk ke dalam untuk solat tapi si adik hanya terus bermain tanpa menghiraukan yang bertanya =.=
Beberapa ketika setelah selesai yang lain berjemaah bersama ustaz, kelihatan si abang masuk ke dalam surau. Terkejut juga kerana si adik turut mengikuti langkah abangnya.
SubhanAllah, terharu melihat peristiwa itu. Sungguh, dia seorang abang yang baik. Memimpin adiknya dalam solat. Walaupun hidup mereka penuh dengan 'warna' namun mereka tetap kuat. Si adik hanya punya abang sebagai tempat bergantung.
p/s : Moga mereka menjadi insan cemerlang bukan hanya di dunia bahkan di akhirat kelak.

Adik ni sangat comel. Comel kerana dia pemalu. huhu. Bila diusik, dia tersenyum hingga menampakkan dua lesung pipit di pipi kiri dan kanannya. Saya yang nakal ni memang bertambah suka lah menyakat dia.
"Adik , jom lah tangkap gambar dengan akak"
*Sambil tersenyum dan menutup muka*  "malu maluuu"
Bila dia dah bersedia untuk di'snap' gambarnya, saya kembali menyakat "Ehh , dia senyum tapi gigi dia hilang laa" 
Dia kembali menutup mukanya "tak nak tak nak"
Dan akhirnya inilah hasilnya. Kesian dia kena buli dengan kak ayu :p
Pengembaraan kami ke Gopeng kali ni diwarnai dengan kisah-kisah 'indah' yang penuh hikmah. Nama pun ke DaHikmah kan ^-^ Apa 'kisah' tu ?? Shhh hanya kami yang tau. hehe :D Apapun , pengalaman yang Allah berikan banyak mematangkan fikiran kami. Sekaligus menjadi sumber kekuatan untuk kami terus meraih cintaNya. Kebahagiaan tak kan hadir tanpa cintaNya. Terima kasih 'DR A' kerana sudi berkongsi nasihat dan pengalaman hidup yang sedikit sebanyak membuka mata hati kami berlima. Kejayaan itu akan terasa indah jika disulam dengan Agama :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan