Rabu, 30 Mei 2012

07 di kamunting - Google Blog Search

07 di kamunting - Google Blog Search


PM, tolong bebaskan anak saya dari <b>Kamunting</b>! – Bapa tahanan ISA

Posted: 21 May 2012 11:56 PM PDT

(Oleh Rusnizam Mahat)

KUALA LUMPUR 22 Mei: Bapa kepada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Fadzullah Abdul Razak yang melakukan mogok lapar baru-baru ini, merayu kerajaan membebaskan anaknya itu dari kem Tahanan Kamunting.

Abdul Razak Mohd, 54 berkata, kerajaan perlu menunaikan janji untuk membebaskan tahanan ISA, seperti diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.

"Kita minta supaya kerajaan tunaikan janji supaya tahanan dibebaskan. (Najib) umum untuk mansuhkan ISA pada bulan Mac, tetapi sekarang sudah masuk Jun," katanya dihubungi Keadilan Daily.

Ketika ditanya mogok lapar yang dilakukan Fadzullah baru-baru ini, Abdul Razak berkata, keluarga pada mulanya terkejut mendengar berita itu.

Bagaimanapun, mereka tidak menghalang tindakan Fadzullah jika ia jalan terakhir mempercepatkan pembebasan beliau yang ditahan hampir setahun tujuh bulan di Kamunting.

Katanya lagi, Ibu Fadzullah, Hadijah CP Veeravu, 51, turut bersedih dengan nasib yang menimpa anaknya itu. Fadzullah yang sebelum ini bekerja di sebuah syarikat swasta, merupakan anak sulung dan harapan kepada keluarga.

"Dia merupakan anak sulung dari enam beradik dan merupakan harapan pada keluarga," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30764

Tiada ulasan:

Catat Ulasan