Khamis, 10 Mei 2012

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


<b>KUALA SEPETANG</b> ECO TOURISM Mangrove Tour, Bird Watch <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 07:12 AM PDT

Industri peternakan kerang merupakan industri yang menjana pendapatan lumayan nelayan Kuala Sepetang.
Kawasan muka laut berhampiran Kuala Sanggar menjadi pusat peternakan kerang. Dari jauh kelihatan kayu pancang ditanda di kawasan peternakan kerang. Kawasan ini merupakan kawasan yang mempunyai hak milik dan peternak membayar hasil cukai tanah di kawasan laut ini.
Kerang hidup di permukaan lumpur. Dengan menggunakan sangkar kecil dan sebatang kayu panjang. Bot nelayan berputar di kawasan kerang untuk menuai hasilnya.

Che Kamarul seorang pengacara rancangan On Air ASTRO berkesempatan membuat tugasan menyauk kerang bagi episod Astro.

Che Kamarul host rancangan On Air membuat tugasan pelancongan menyauk kerang di Kuala Sepetang. Jangan lepaskan peluang menyaksikan Che Kamarul dan saya beraksi dalam rancangan tersebut. Bila akan on air janganlah tanya saya. Apa yang penting rancangan sebegini akan memberikan promosi untuk sektor pelancongan di Kuala Sepetang

 


Tauke kerang sedang meneliti hasil akhir pencucian kerang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan