07 di malim nawar - Google Blog Search |
Jelajah.Pantai.Timur 01 : From Pekasam Gi Budu « Dunia ini Rojak Posted: 27 Apr 2012 05:58 AM PDT Ikuti perjalanan dan catatan pengalaman kami menjelajah pantai Timur. Dari Johor menuju ke Perak dan seterusnya mendaki tanah tinggi Cameron Highlands. Dari Cameron Highlands kami bercadang seterusnya untuk ke Kota Bharu, Kelantan sebelum bergerak ke Terengganu, Pahang dan kembali ke Johor. Perjalanan yang tidak dirancang, tiada tempahan hotel dibuat, tiada agenda khusus, tiada lokasi sasaran yang ditetapkan…kami hanya memandu dan berhenti mengikut rasa, tidur apabila bertemu hotel/resort yang sesuai, menginap sekiranya merasakan badan sudah penat. Jarak perjalanan keseluruhannya ialah 2000km dan mengambil masa selama..selama…ntah tak ingatlah pula berapa hari…adalah dalam 4, 5 hari kot. Maklumlah…dah lama dah cerita ni. Tahun 2010 dulu..cuma hari ini di muat naik ke blog…sebelum ini ianya menginap dengan tenang di dalam naugan Facebook. Kita ikuti dulu Episod pertama perjalanan Jelajah Pantai Timur ini menerusi Episod 1 yang diberi tajuk From Pekasam gi Budu. Dari Perak menuju ke Kelantan. ![]() Dari Malim Nawar kami sengaja mendaki sehingga ke Cameron Highlands, kononnya ingin mengikut laluan Gua Musang Walaupun perancangan awal kami mendaki ke Cameron ialah untuk mengambil laluan Gua Musang untuk terus menuju ke Kota Bharu Kelantan, tetapi ianya hanya tinggal perancangan. Kami akhirnya mengambil kesempatan untuk menidurkan diri kami sendiri semalam di Cameron. Macam best pula cuaca sejuk-sejuk tu. Keesokan harinya kami turun semula dari tanah tinggi dan mengambil jalan Kuala kangsar menuju ke Grik…saja jer gatal menyusahkan diri sendiri. Hee hee. Sebenarnya, keputusan mengejut selepas bermesyuarat 4 biji mata, kami mengambil keputusan akan menggunakan jalan Grik menuju ke Kelantan kerana inginkan sesuatu yang unik. Dengarnya laluan ke Kelantan menerusi Grik lebih mencabar dan lebih indah permandangannya. ![]() Tasik Raban Resort, Lenggong - satu lokasi yang boleh dikunjungi nanti. Hari ni tak sempat. lain kali kami datang ya wahai En. Raban. ![]() Dari Grik, perjalanan diteruskan lagi meredah hutan belantara, banjaran Titiwangsa..menghayati keindahan alam ciptaan Ilahi. Memang berbaloi. ![]() Berhenti mencari nasi gulai kawah. Di mana ada kelihatan gerai usang dengan makcik yang berniaga, di situ kami berhenti. Selain dari berkongsi rezeki, pengalaman mengatakan rasa makanan di gerai begini lebih asli. ![]() Hmmm....Wakah Che Yeh. Kalau ke Kelantan tak singgah mengoyak poket di sini, tak sah perjalanan tu. Batal. Kena datang semula nanti. ![]() Macam-macam ada di Wakaf Che Yeh ni. Kira tercabut jugalah kaki mengikut gelagat si isteri yang seperti di sampuk penyakit misteri. ![]() Pasar Siti Khadijah. Satu lagi lokasi membeli belah tumpuan pelancong. Jangan beli ikan sudahlah. Susah nak di bawa balik ke negeri masing-masing nanti. ![]() Lupakan kolestrol, tekanan darah dan lain-lain penyakit. Niatkan sahaja...makan ni semua untuk buat ubat. Berakhir siri jalan-jalan pusing Kelantan. Seterusnya kita bergerak ke Terengganu. Ikuti Episod 02 dalam siri Jelajah Pantai timur ini di sini : Terengganu : Kau, Aku dan Dia Bersatu (in progress). atau anda juga boleh menonton video perjalanan kami dari JB ke Kelantan dan aktiviti pusing-pusing di Kelantan semasa datang bertugas suatu ketika dahulu di sini. |
You are subscribed to email updates from di malim nawar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan