Khamis, 24 Mei 2012

07 di teluk batik - Google Blog Search

07 di teluk batik - Google Blog Search


Gathering Blogger Perak <b>di Teluk Batik</b> Memang Sempoi — Blog <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2012 08:54 PM PST

blogger perak

Gathering Blogger Perak. Salam 1Malaysia dan salam sejahtera, semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Agak lama juga tak update blog ni, maklumlah cuti tahun baru cina. Balik kampung bukan ada coverage baik punya.

Waktu cuti banyak habiskan masa dengan keluarga, kawan-kawan dan televisyen. Tapi cuti pada kali ini, rasanya banyak habiskan masa dengan geng blogger Perak. Siap join gathering blogger Perak di Teluk Batik memang sempoi habislah.

Rasanya ini merupakan gathering besar yang ketiga oleh blogger Perak, gathering sebelum ini saya tidak dapat join. Maklumlah, tidak kena pada masanya. Oleh kerana yang pertama, sudah pastilah ramai rakan blogger Perak yang baru nak kenal.

Walaupun sebelum ini dah kenal dalam Facebook, tapi tak semua kenal pun. Yang kenal pun dua tiga kerat dari 1000 lebih ahli blogger Perak. Maklumlah, nak lepak lelama layan Facebook je mahu keje tak jalan pula nanti.

Anyway, ini bukan post journal. So saya ringkaskan sedikit secara kesimpulannya, kalau nak baca versi jurnal dari pukul berapa ke pukul berapa nantikan saja jurnal yang saya akan keluarkan kelak.

Secara ringkasnya, gathering blogger Perak yang berlansung di Teluk Batik pada hari Isnin bersamaan 23 Januari yang lepas memang meriah. Walaupun tidak semua blogger Perak yang dapat hadir, tetapi kemeriahan ini dibantu oleh keadaan Teluk Batik itu sendiri.

Maklumlah, waktu cuti tahun baru cina ini. Banyak keluarga mengambil kesempatan membawa keluarga mandi-manda di Teluk Batik. Aktiviti utama pada gathering pada kali ini ialah BBQ dan mandi laut.

Reaksi pertama saya bila pertama kali jumpa geng blogger Perak, memang sempoi habis. Tidak macam gathering lain yang sibuk cerita pasal blog sahaja, blogger Perak dari mula sampai habis gathering asyik bahan membahan demi mengeratkan silaturrahim. Tapi siapa rasa tersentap, harap maaflah jawabnya.

Habis sahaja gathering di Teluk Batik, aktiviti lain yang dilakukan oleh saya dan beberapa blogger yang tinggal ialah pembikinan video khas untuk menyampaikan ucapan hari ulangtahun kepada salah seorang blogger Perak. Kemudian bergerak makan malam di restoran apa pun dah lupa.

Akhir sekali, sesi melalak di pusat karaoke. Tapi saya tak nyanyilah, maklumlah suara tak sedap. Secara ikhlasnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan blogger Perak yang menjayakan gathering pada kali ini. Serius saya katakan, anda semua memang sempoi.

Nota: Nama blogger semua saya tidak masukkan, sebab saya akan tulis satu lagi artikel sebagai jurnal termasuk gambar-gambar. Nantikan ya. :)

ADVERTISEMENT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan